iDAN

08 September 2004

Keibubapaan (Singgahsana)

Kursus nan dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sememangnya amat bagus untuk kalangan pasangan suami isteri menghadirinya. Cumanya sasaran nan paling tepat untuk dihadiri adalah pasangan nan baru sahaja berkahwin dan mereka di usia 30an ke awal 40an.

Ada peserta nan berusia 72 tahun menghadiri, ada juga kalangan nan telahpun ketiadaan suami rasanya agak kurang tepat untuk disasarkan. Mungkin maklumat tidak meluas lantaran jemputan menghadiri kursus tersebut cuma disebarkan di sekolah-sekolah. Penceramah pula memang kalangan nan berwibawa seperti Datuk Dr Hj Fadzilah Kamsah, tentunya amat banyak pengalaman boleh ditimba bagi kalangan pasangan suami isteri. Rasanya memang amat rugi segala pengalaman serta saranan beliau tidak sampai ke kalangan pasangan terutama mereka nan bermasalah.

Begitu juga Tuan Haji Mohd Hanim, dalam usianya nan memang telah matang banyak dapat memberi pedoman bagi pasangan untuk mendapat kasih sayang sejati.

Penceramah seperti En Johar rasanya kurang tepat untuk membimbing pasangan nan rata-rata lebih tua dan telah lama berumahtangga. Selalunya pasangan suami isteri lebih berkesan dengan pengalaman orang nan telah menempuhi masalah rumahtangga. Pengalaman pasangan yang telahpun bernikah lebih dari 30 tahun rasanya amat baik untuk kita sebarkan bagi mereka nan baru sahaja berkahwin.

Semoga kerajaan akan terusan menganjurkan kursus nan baik ini demi menjadikan rumahtangga bahagia di negara kita.