iDAN

01 September 2009

'Spiderman' buat kejutan lagi (Ceritera)




KUALA LUMPUR - Tiada sesiapa yang menyangka semasa hujan gerimis dan serentak dengan waktu umat Islam bersahur pagi semalam, ada seorang lelaki menghampiri bangunan Menara Berkembar Petronas tanpa disedari oleh pengawal keselamatan dan mula memanjat.

Hanya dalam tempoh 90 minit kemudian, lelaki Perancis itu, Alain Robert, 47, yang memanjat tanpa sebarang peralatan sehingga dikenali di serata dunia sebagai 'Spiderman Perancis', sudah berdiri di atas puncak menara dua bangunan berkenaan.


SEBUAH helikopter berlegar pada waktu Robert berdiri di puncak Menara Berkembar Petronas semalam.


Dia yang sekadar memakai kemeja-T dan seluar jean, kemudian memacakkan Jalur Gemilang sebelum turun dari menara itu dan kemudian ditahan oleh polis selepas kehadirannya disedari oleh pengawal keselamatan menara berkenaan.

Walaupun ditangkap, Robert boleh tersenyum puas kerana usahanya kali ini berjaya selepas gagal pada 1997 dan 2007 yang turut berakhir dengan dia ditahan atas dakwaan menceroboh.

Seorang jurugambar, Ee Wee Kiat yang merakamkan aksi Robert berkata, lelaki itu dilihat memanjat tanpa peralatan.

"Dia memanjat tanpa ada gangguan kerana tiada ada sesiapa termasuk pengawal keselamatan yang nampak,'' ceritanya.


Robert ditangkap dan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas gagal memanjat Menara Berkembar Petronas pada 2007.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman berkata, Robert memanjat bangunan itu pada waktu hari masih gelap bagi mengelak kehadirannya dikesan.

iDAN: Biarpun langkah Spiderman Perancis membahayakan diri & agak aneh... Namun sebagai manusia aku memang mengagumi ketangkasan beliau.

Tak dapat aku bayangkan bagaimana perasaan beliau ketika dinihari yang tentunya bangunan Menara Berkembar Petronas tersebut masih berembum. Licin tentunya; dia boleh sampai di puncak, tanpa rasa gerun atau menggigil kepala lutut.

Memang amat luar biasa kehebatan & keberanian Alain Robert ini. Aku tetap menghormati ketangkasan beliau.





'Saya tidak akan kembali' - Robert sudah puas hati selepas didenda RM2,000


ZAINI HUSIN
ROBERT menunjukkan reaksi gembira selepas hanya dikenakan denda RM2,000 atas kesalahannya menceroboh Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur semalam.



KERATAN Kosmo! semalam.


KUALA LUMPUR - Dia tidak dapat lena tidur dalam lokap Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi sepanjang malam kelmarin walaupun selepas berjaya memanjat Menara Berkembar Petronas setinggi 452 meter dalam cubaan ketiga sejak 1997.

Namun, Alain Robert, 47, lelaki Perancis yang terkenal dengan gelaran Spiderman atas minatnya memanjat bangunan-bangunan tinggi di serata dunia tanpa menggunakan apa-apa peralatan, ada sebab untuk gembira.

"Misi saya sejak 12 tahun lalu untuk menjejakkan kaki di puncak Menara Berkembar Petronas akhirnya telah tercapai.

"Inilah bangunan paling sukar untuk saya panjat sebab sering dihalang oleh pihak berkuasa anda," katanya kepada Kosmo! di perkarangan Mahkamah Majistret di sini semalam.

Robert sebelum itu terlepas daripada hukuman penjara dan hanya didenda RM2,000 selepas mengaku bersalah atas tuduhan menceroboh di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan.

Dia yang diwakili oleh peguam Wong Kian Kheong membayar denda itu dan dibebaskan pada 11.40 pagi.

Kosmo!