iDAN

07 Mac 2010

★ MMms 25 Penyair iDANRADZi ke Pakar Jantung lagi (Singgahsana)


Awal pagi hari ini Senin 8 Mac 10; Cuaca suram sesuram hatiku. Aku terpaksa berkejar ke Klinik Kardio pakar jantung di Hospital Serdang. Temujanji yang bagaikan berlindung dari Malaikat Maut. Takut mati, semua orang takut mati tak terkecuali aku. Maka itu bila sakit aku terpaksa berubat. Ikhtiar. Tak ikhtiar ibarat kita mahu membunuh diri.

Ikut catatan di Buku Rawatan ini kali ke tujuh. Ingat aku naik kapcai sahaja hari ini, payah nak parkir di sana. Semakin hari nampaknya semakin ramai yang sakit. Keramaian ini sebenarnya lebih kepada pengiringnya. Menemani pesakit samalah seperti memberi dorongan & kekuatan. Tapi bukan aku. Aku meredah kesakitan ini sendirian.

Sendirian di sana amat membosankan; biasanya sampai jam 2:00 petang masih di sana
harapanku hari ini cepat sikit lantaran si Anif nak periksa tak pasti dia ke sekolah bagaimana!. Biasanya aku yang menghantar dia ke sekolah, Anif sudah tak reti naik bas ke sekolah. tak tahu pun jam berapa bas akan datang.

Harapanku degup jantungku okey!, bulan lalu buat ECG di PKupm
nampaknya normal sahaja. Sesak nafas ketika dinihari mungkin ada
masalah lain harap-harap bukan jantung.

Jika aku mahu pergi pun jangan sampai
menyusahkan isteri & anak-anakku. Aku mahu pergi dengan senyap & aman.


Sore Senin; Jangkaanku betul, sekitar jam 2:30 petang baru aku sampai di Jenaris.
Kasihan Azim berjemur dekat sejam di luar. Musibah tak bawa kunci. Setiap ahli keluarga aku telah pun menyediakan sejambat kunci rumah. Anif terpaksa naik basikal. Hujan petang ini tak pasti aku bagaimana dia akan pulang ke rumah.

2104 nombor untuk ambil ubat 12:56 tengah hari. Sekitar 45 minit barulah dapat ubat.
Pada 20 April nanti barulah aku akan buat ujian Dobutamine Stress Echocardiography (DSE) apa bendanya ujian pun aku tak pasti.

Dobutamine Stress Echocardiography (DSE). Pemeriksaan echocardiography yang menggunakan infus dobutamine. Biasanya dilakukan untuk pesakit yang dicurigai berisiko jantung koroner tapi tidak dapat diperiksa dengan alat Treadmill lain seperti ECG. Selain untuk mendeteksi ada tidaknya penyempitan pembuluh koroner, pemeriksaan DSE juga dapat digunakan untuk mengetahui viabilitas otot jantung
dengan memantau gangguan gerakan otot jantung.

Harapanku janganlah sampai aku dibedah. Sakit sebenarnya jika dibelah pun dikopak dada ini. Mungkinkah doktor akan bedahku, rasanya tidak sebab aku telah berusia lagipun aku ada diabetes. Luka yang dalam bolehkah baik. Maka apa ikhtiar pakar!. Emmm! biarkan saja.