iDAN

19 April 2010

MMms 27: Imbasan Jantung (DSE) Penyair iDANRADZi Gagal (Singgahsana)

Sejak jam 3:00 pagi bilamana aku terjaga segalanya jadi kontras. Pelbagai ingatan datang buat aku sukar mahu tidur kembali. Sementelah sejak dua tiga hari ini aku diserang sakit tekak, nak dikatakan batuk pun tidak. Tapi suara pun hilang!. Badan semakin berat amat payah untuk bangun di waktu pagi. Sepanjang hari terasakan bagaikan ada ular sawa berlengkar di tengkuk ini. Sakit & berat amat.

"Pecah rekod, gula naik mendadak, maknanya dalam sehari dua ini aku tak boleh sentuh air bergula, belum pernah aku punya glukos naik ke 10.++" hatiku rasakan bagai satu terpaan bencana datang!; kenapa iyer?. Dalam seminggu dua ini memang aku kawal pengambilan gula, tiap kali aku minum minuman manis pasti aku turuti minum air kosong sebanyak mungkin. Tanpa gula badan memang lesu. Takkan tak ambil langsung gula. Apakah stres & susah hati juga mempengaruhi kenaikan glukos di badan. Tak mungkin!.

Doktor habis ikhtiar, ujian Dobutamine Stress Echocardiography (DSE). Lantaran tekanan darahku melambung naik. Aku pulang dengan tanpa apa pun keputusan, sekadar ujian darah & tekanan darah sahaja; Jawabannya hanya balik & makan ubat. Ibarat tiada harapan lagi!; ceriteranya samalah jika seseorang itu memang sakit diabetesnya tenat melampau, mana mungkin doktor berani ambik risiko buat pembedahan jantung pelbagai. Samalah DSE.

"Lagi dua minggu encik datang, banyakkan buat senaman!" Sekadar itu nasihat doktor!.

"Kita buat ujian stres semula, pastikan mendapat sampai tahap empat!" kata doktor lelaki berambut separa botak.

"Jangan paksa diri jika rasa tak boleh ketika ujian stres nanti, rasa tak mampu tak perlu teruskan ujian!" doktor perempuan yang paling akhir ketemuku lewat tengah hari berpesan.

Dua pertembungan pendapat. Dua-dua doktor pakar jantung!.

Aku malas nak fikirkan lagi, ada seorang abang sebelahku pun sama. Dari wajahnya dia pun amat kecewa tak dapat membuat ujian terapi DSE sepertiku. Tentunya doktor lebih tahu akan tahap kesihatan kami. Ujian DSE ini memang agak ketat prosedurnya. Kena masukkan ubat pelali yang mana memerlukan tanda tangan pewaris pelbagai. Lagi pun tekanan darah tinggiku yang naik pastinya berisiko untuk menjalani ujian ini. Mungkin faktor itu doktor sembunyikan. Pembantu Perubatan sedari awal pagi mengatakan aku tak boleh buat ujian DSE; apatah lagi jika bacaan tekanan darah tinggiku naik sekitar 170/100 mmHg begini.


Maka ibarat gantung tak bertali; aku terpaksa berulang lagi ke Klinik Kardio ini entah ke berapa kali lagi!. Dua minggu lagi terpaksa menapak ke sana lagi!. Lagi & lagi. Untuk apa buat Ujian Stres jika bagai dulu!. Pasti masalah yang sama lutut tak akan mampu memapah badan ini. Bagaikan perjalanan ujikaji kesihatan ini kembali ke belakang, ulang tayang, atau memang beginilah khidmat perubatan di kelas dua. Bersama rakyat marhaen yang kadang ketika buat kita rasa putus asa pun ada.

Aku terkadang sedih melihat taraf pemikiran doktor pakar ini, apa kata ramai kalangan pesakit jantung yang berkereta sorong atau bertongkat dipaksa bagai aku & abg seorang tadi. Mahukan juga keputusan Ujian Stres sampai tahap empat. Melihat wajah abg yang tadi pun aku rasa sedih; Na mungkin! kata Datuk Shahrukh Khan; orang setua itu mampu melakukannya; apatah lagi dia mengadu padaku lututnya tak kuat lagi. Badannya taklah sebesar aku. Silap-silap tak sempat buat apa pun kami pesakit begini boleh terus gol@mati. Bunyinya memang lain, bagaikan mahu protes keputusan doktor tetapi memang beginilah hakikatnya bila terus berjuang menahan sakit & bukan mudah setelah dua tahun berulang alik ke Klinik Kardio ini. Sakit itu satu hal bagaimana dengan semangat & kekuatan minda pesakit dalam meladeni jadual pertemuan yang memang amat meresahkan ini. Huh! Lemas!.