iDAN

18 Jun 2010

Demam Bola 2 (Sukan)

Semboyan telah berbunyi




Aksi Bola

Afrika dihias iklan bola

Kenal tak Pemain bola ini?

Jumpa Peminat (Singgahsana)


"Kau jangan marah... kalau abg kau cakap iDAN..."

"Apa dia Abg Suib?"

"Abg tiap kali bila baca tulisan kau mesti rasa marah sangat!"

"Kenapa? ada yang tak kenakah!?"

"Marah sebab bagaimana kau dapat ilham menulis macam tu!" aku tersenyum lebar; sampai begitu penghormatan Abg Suib terhadapku.

Itu antara bualan aku & Abg Suib di PKNS Seri Kembangan. Aku memang sejak dulu perasan dia antara pengikut senyapku. Sejak aku buat laman web di Tripod lagi, dia rajin buka ruangan yang aku tulis. Aku tak pasti apakah dia baca semua tulisan aku di server easyjournal. Hari ini tulisan aku di easyjournal tak dapat diakses lagi.

Sebelum aku ke Machang ianya boleh diakses, tapi tak sempat aku nak pindahkan semua tulisanku di sana ke server Blogspot. Terlalu banyak tulisanku di sana. Sepanjang bulan lalu terlalu banyak yang merunsingkan aku ketika mahu menyambut menantu. Sibuk sangat. Tak sabar menunggu 11 Jun 2010 jangkaan Afiz diijab kabul. Maka itu kerja pemindahan aku itu terbengkalai.

Aku berharap jika situs aku di easyjournal dapat diakses semula aku mahu memindahkan ianya ke server blogspot. Semuanya. Hanya baru sebahagian kecil aku sempat pindahkan di sini http://desatualang.blogspot.com

Setahu aku keluarga Pak Wahid amat meminati puisiku, semua puisi di easyjournal telah pun sempat aku pindahkan di URL ini http://rempiang.blogspot.com. Ada banyak lagi puisi sengaja aku simpan di dalam kotak e-melku. Aku menunggu sekitar setahun lagi baru boleh dimuatkan di situs di atas; sebab ianya aku hantar ke media massa tapi masih tidak mendapat respon. Agar keluarga Pak Wahid rajin klik situs rempiang ini.


Jika anda menghantar karya sastera ke Mingguan Malaysia selalunya pasti akan dibalas yang karya anda telah diterima & sedang proses penilaian. Tidak di Berita Harian Sabtu. Tak pasti apakah karya anda tiba di meja editor atau tidak. Senyap sahaja. Dulu aku ada masalah pembayaran honorarium di Berita Minggu; cek yang dikirimkan ke alamatku yang tidak lengkap membuatkan ianya tidak sampai ke tanganku. Cuma ada nombor rumah tanpa nombor jalan. Di Jenaris jika nombor 65 boleh kata tiap jalan ada nombor 65. Semua alamat di Jenaris menggunakan nama jalan . Seperti Jalan Jenaris 1, Jalan Jenaris 2, Jalan Jenaris A, semua menggunakan nama Jalan Jenaris. Maka setipa jalan tu adalah nombor 65.

Aku gatal bertanya pun sebab rakanku Mohd Amran Penyair dari DBP yang mencadangkan.

"iDAN di akhbar tu kalau kau tak tanya tentang honorarium selalunya mereka tak kasi!; tulis e-mel & sertakan puisi yang telah tersiar!"

Maka terbongkar akan kes cek tak sampai ke rumahku; ada editor di Berita Harian sertakan semua salinan cek & terpapar alamat yang tak lengkap. Agak banyak juga ceknya. Sejak kes itu semua karya aku jadi pengap. Sepi.

Emmm! bayaran puisi di Berita Minggu sekitar RM30 sahaja, Mingguan Malaysia aku tak pasti; tahun 80an aku pernah terima honorarium sekitar RM35 bagi setiap puisi di Mingguan Malaysia. Tetapi jika di Dewan Bahasa sebuah puisi dibayar sampai RM200. Sejak kebelakangan ini biar pun aku kerap hantar di Mingguan Malaysia & Berita Harian Sabtu nampak hanya Mingguan Malaysia menyelitkan sebuah puisi di tahun ini. Berita Harian senyap sepi. Bukan mudah mendapat tempat jika karya kita tidak sepadan.

Maka itu Penyair Mohd Amran di DBP telah lari ke bidang lain; dia asyik menulis pantun & teka-teki & membukukannya. Aku kehilangan rakan rapat Penyair yang tak minat menulis puisi lagi. Tinggal sahabatku Abuyon yang rapat dengan aku. Kelompen nampaknya hilang senyap tak menyapa aku lagi.

Aku amat menghormati penulisan Abuyon. Dunia Penyairan baginya bukan mengejar nama tetapi sahabatku ini amat rapat dengan puisi. Terusan menulis puisi yang amat bagus. Seperti katanya.

  • "Kalau orang menyebut bercinta sampai ke syurga. Suka pula saya menyebut, menulis sampai ke syurga. Tetapi tuan, bukan senang. Isinya mesti berbau harum syurga, kalamnya pula mesti acuan syariat Tuhan.
  • “Aku menulis bukan kerna nama.”
Aku amat menghormati pendirian sahabatku Abuyon & berharap tidak kehilangan aura penulisan dari sahabatku ini.

Bila jumpa peminat seperti Abg Suib buat aku rindu & bersemangat menulis puisi lagi. Tetapi dorongan dari sahabat sealiran memang teramat penting.