iDAN

09 Julai 2010

Dr Imah tiada lagi di Pkupm (Singgahsana)


Amat menggusarkan aku, Dr Hashimah yang merawat sejak lebih dari tiga tahun tetiba aku dapat telah berhenti.

"Dah sebulan dah dia berhenti!.."

"Padanlah dia tak buat temujanji dalam Kad Rawatan ini... saya perasan dah lewat sehari ini!"

Pastinya aku akan merindui Dr Imah; lantaran sepanjang dia merawat aku tak pernah pun aku rasa tersinggung atau terkilan tegurannya. Impian aku mahu membuktikan aku akan kembali normal tak seboroi kini nampak tak kesampaian. Impian aku satu hari nanti aku nak bawa buah-buahan dari kampung projek dusun & hutan simpanku nampaknya tak kesampaian. Aku teringat akan kata-katanya.

"Nampaknya sampai pencenlah kita berjumpa di PKupm ini..." bila aku kasi tahu dia yang aku telah buat keputusan untuk bersara awal.

Selalunya sekitar 7hb aku akan mengadap doktor, buat ujian terapi sakit kronikku tetapi hari ini telah 9hb. Aku memang perasan sejak minggu lalu, tapi aku rasa badan tak sedap lantaran tak cukup tidur Deman Bola. Aku terasa memang sering pening & biasalah tenguk siling berpusing. Sejak minggu lalu aku tahu ada tak kena dengan badan ini.

Salah satunya aku memang tak teratur makan ubatnya; mana taknya kalau tidur tak menentu; makan boleh makan ubat perut kosong. Berjaga malam juga buat aku banyak minum air manis. Dua minggu lalu aku pasti glukos aku amat tinggi. Telah dua hari tak ada perlawanan bola lewat malam maka agak awal aku tidurnya. Awalnya pun jam 2:00 pagi masih terkebel-kebel. Tak mahu lelap lalu malam tadi layan ZEE tau-tau jam 3:00 pagi baru terlelap.

Seperkara lagi, sejak kamar panjang telah dipasang penghawa dingin aku mulalah ngacau anak tidur. Tumpang tidur di kamar Azim & Anif; itu pun tak lama sekitar jam 4:00 pagi bila bola habis aku terlelap sekitar 2 jam di kamar panjang. Siang curi-curi masa tidur, mana tak meracau jadinya kesihatanku.

Aku melihat yang mengagihkan kamar doktor yang perlu ditemui. Aku teringat Datin Nasibah yang sering juga merawatku. Sebut Datin itu buat aku rasa takut amat. Biarlah dia menjadi doktor keduaku jadi aku berserah sahaja ke doktor mana aku diarahkan ketemu; setelah Dr Imah telah tiada.

Kamar nombor 10.

Tak tahu pun siapa doktornya; aku mengandaikan doktor lelaki mungkinkah Dr Yahaya. Aku lihat dia yang keluar masuk dari pintu utama Kamar nombor 10. Emmm! namanya amat pelik jarang aku sebut atau terbaca! Dr. Aditya Adawiyah Darwis. Orang mana?... Nak panggil doktor apa iyer!. Dr Itya.

Telahan aku benar glukos aku naik ke 7.4 mmol/l, kalau Dr Imah pasti dia taka akan benarkan aku sampai dua bulan ambil ubat; dia mahukan aku kawal sekitar 4 atau 5 mmol/l barulah boleh ambil ubat buat dua bulan.

Masih terlalu awal untuk kenal watak Dr Itya ini tapi dari segi usia pastinya dia jauh lebih muda dari Dr Imah, mungkin cara dia menguruskan pesakit akan jauh berbeda berbanding dengan Dr Imah. Sementelah kemerosotan kesihatan yang makin rumit ini rasanya aku kena banyakkan berpantang & terpaksa mencari ruang untuk bersenam bagai kali terakhir aku ketemu Dr Imah dua bulan lalu glukosku cuma 4.7 mmol/l.

"Berjaga malam mesti banyak minum minuman manis! ni!"

"Tak doktor, saya memang kawal dalam bab air manis ini!" aku berbohong sebenarnya, gula asyik kena komplot sorok pun aku bersungut. Tiap malam pasti dahaga tekak ini nakkan air limau taruh gula!. Jika dulu aku suka air Ais Krem Soda sekarang dah bertukar Air Lemon!; air manis juga tapi taklah sebanyak Ais Krem Soda gulanya.

Masalah utama aku jarang makan ubat pun sudah malas makan Goji Kering itu faktor penting buat diabetes ini kembali kronik. Bila bacaan telah 7.4 mmol/l; penipuan aku terbongkar juga!. Glukos dalam badanku tak dapat dipecahkan.