iDAN

07 Oktober 2010

Aishwarya Larang Suami Berlakon Dengan Katrina?

7 OKT 2010: Sejak Katrina Kaif menjadi tumpuan dalam industri perfileman Bollywood sekarang ini, macam-macam khabar angin yang Murai Batu dengar tentang ex-girlfriend kepada aktor Salman Khan ini.

Antaranya ialah ramai aktres yang sudah bersuami khabarnya bimbang kalau-kalau suami mereka akan cepat cair serta jatuh hati dengan si gadis yang jelita itu.

Salah seorang daripadanya ialah Aishwarya Rai. Khabarnya, Aishwarya telah melarang suaminya, Abhishek Bachchan untuk menerima tawaran menjayakan remake filem Italian Job ke Bollywood.

Sebabnya ialah kerana filem itu bakal menggandingkan Abhishek dengan Katrina. Dek kerana cemburu, Aiswarya tak mahu Abhishek berlakon dalam filem tersebut. Wow..Tak sangka. Hot property sungguh Katrina ya....

Namun ada juga sumber yang memberitahu sebaliknya. Kononnya, Ash yang rekomenkan nama Katrina kepada pembikin filem tersebut. Sebab, pada asalnya Ash adalah pilihan yang pertama sebagai pemeran utamanya.

Tapi, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, Ash tidak dapat berlakon dalam filem tersebut. Dan, akhirnya dia menyarankan nama Katrina untuk digandingkan bersama dengan suaminya.

Pengarahnya, Vipul Shah sendiri pun memberitahu bahawa Aishwarya memang tidak keberatan langsung kalau Abhishek berpasangan dengan Katrina dalam filem remake Italian Job itu.

Jadi, tak betullah kalau Aishwarya Rai tu jealous dengan Katrinakan? Apa yang penting, dua-dua pernah jadi ex-girlfriend Salman Khan. Apakah ia satu suratan atau satu kebetulan