iDAN

25 Mei 2011

Rutin Harian iDAN 2

Setelah sempat klik internet, dua ruang yang aku sering klik. Pertama blogku di blogspot, aku akan balas respon yang ada. Sekarang sekitar satu dua sahaja sehari, ikut isu; jika dulu sampai lebih sepuluh orang akan kasi respon sesuatu isu. Keduanya FB, ruang ini memang pelik; terlalu banyak mendapat respon biar pun terkadang isu remeh. Aku cuba untaikan (link) blog ini ke FB tapi agak hampa, tak ramai suka baca nota panjang. Padahal talian ke laman sesewang ini memang laju & pantas sekali.

12. Jam 9:30 Azim telah bangun, jika aku telah beli sarapan dia akan sarapan sendiri; bergantunglah jika aku belum makan akan makan bersama. Yang pasti kami akan makan bersama, sering juga kami makan di Kedai Mamak Naina Maju, biasalah mamak telah tahun minuman kami adalah aku Teh Tarik kurang manis air suam ikut cuaca kalau rasa panas ais kosong, Azim pula Holick Ais. Sambil tunggu roti canai dua keping banjir; kami suka makan telur rebus taruh kicap & serbuk lada putih. Tenguklah kalau lapar sangat dua biji seorang. Kalau makan roti kosong dua keping sampai jam 2:00 petang pun tak akan lapar. Azim biasanya roti telur.

13. Menjelang jam 12:00 tengah hari aku akan siram pokok bunga, kemas laman depan kut ada tahi kucing, kasi bejuku makan, ganti airnya jika keruh sangat atau aku akan cari barangan dapur. Biasanya di TESCO Kajang, jika Husna ingin masak, aku akan cari apa bahannya. Macam siang tadi aku beli ikan kayu (tongkol) nak buat masak singgang, lengkuas, bawang putih, bawang merah, kacang bendi, belacan, sardin tin dan beberapa barangan lagi habis sekitar RM50. Ke TESCO tidaklah setiap hari tapi aku suka ke TESCO biarpun Giant lebih dekat sebab barangan basahnya nampak segar & banyak pilihan. Ke TESCO ini aku naik kapcai sahaja; ikut jalan pintas Sungai Kantan, jadi tak timbul Lelaseng Jalanan. Aku pula jadi Atok Rempit, perah motor tak berek di bumper; asap kapcaiku semua nyamuk mesti mati punya.

14. Jika ke TESCO memang ambil masa, sampai di rumah dah jam 12:00 tengah hari lebih; Azim pergi bersiap aku rehat sebentar & hantar dia. Azim masuk sekolah jam 1:00 tengah hari, ketika ini jalan di Jenaris sederhana sesaknya. Terkadang aku penat berhenti kejap di bawah pokok dekat sekolah Azim; hisap rokok. Di rumah memang aku tak hisap rokok. Sekitar jam 1:15 tengah hari aku telah berada di rumah. Santai kejap di kamar panjang; jika kena cari lauk waktu ini aku akan singgah di gerai Akak yang rajin buat lontong di Sungai Kantan; atau beli nasi bungkus di Mamak Naina Maju atau beli nasi ayam di Restoran milik Ayu rakan sekolah Afiz. Kedai lain aku jarang singgah sebab cekik darah amat harganya. Cuma Restoran Warisan bolah tahan itu pun sebab aku rapat dengan Nengnya; kalau Neng yang kira murah sikit, kalau taukenya kira mak datok sama dengan harga di Restoran Pantai Timur.

15. 1:45 tengah hari kena ambil Anif pulang; kerja ambil Anif ni tak menentu, terkadang dia balik lewat aku terpaksa tunggu dia telefon, terkadang dia naik bas. Maknanya aku tak boleh bergerak sebelum dia balik. Nak tidur kejap pun tak boleh.

Banyak lagi tugasan orang bersara, ini baru jam 2:00 petang. Memang betul bukan senang jadi suri rumah; apatah lagi kalau kena hantar & jemput anak ke sekolah.