iDAN

12 Jun 2011

Undangan

Telah tiba masanya terlalu banyak undangan pengantin, sampaikan ada yang tak sempat untuk dihadiri. Semalam ada tiga undangan, dalam masa yang sama aku terpaksa hantar Aziq ke Kolej Angsana 3 di Puncak Alam (Palam). Maka terpaksa membatalkan satu undangan bilamana undangan terakhir tuan rumah telah kemas meja; ketika itu telah cecah jam 6:00 petang.

"Ibu kalau nak hadiri tiga undangan kita kena bergerak sebelum jam 12:00 tengah hari..."cadanganku tapi tidak pun mendapat perhatian Mila.

"Huh! kalau tahu angah terpaksa hadiri banyak undangan, baik angah tak balik minggu ini!"

"Kenapa pula Aziq cakap macam tu.." aku tenguk Azig nampak resah.

"Banyak kerja Aziq kena buat & kena photostat nanti!"

"Ayah tak kisah jika Aziq nak balik awal, ayah boleh hantar Aziq dulu ke Palam!"

"Habis tu takkan nak biarkan angah kelaparan!"

"Kita pergilah ke satu majlis dulu!, Aziq dah kenyang barulah balik ke kolej!"

Biarlah Mila & anak-anakl jika tanpa desahan ayah agar cepat, maka melajaklah masanya; telah hampir jam 1:00 tengah hari baru bergerak. Anif yang ada latihan taekwando telah sepatutnya balik terpaksa Afiz yang mengambilnya. Jemputan yang pertama adalah anak arwah Abg Saudaraku Cek Jalal. Arwah Dr Jalaluddin Jiplius meninggal dunia ketika usia 40an seperti adik Karim. Isterinya Kak Chek yang membesarkan anak-anaknya, hari ini dia menerima menantu yang keempat. Aku sendiri tak ingat berapa anak Cek Jalal ini. Mengenal masa lalu., aku lama juga tinggal di rumahnya di Kampung Tenku, PJ ketika awal merantau di Lembah Klang, aku lama kerja di MARDI sebagai Pekerja Sambilan di hujung tahun 70an. Kak Cek mengajar di UPM, hingga kini dia masih tak tahu aku ini telah bersara.

Dewan Sri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya; tak pernah masuk ke kompleks ini. Sekadar lalu lalang adalah. Pernah kami menyaksikan bunga api sempena menyambut Hari Kebangsaan di sini. Semasa kami mencari arah untuk ke dewan ini; nampaklah persiapan Astro Ria untuk permentasan terakhir AF9. Aku teruja nak jumpa si Lena. Dua pelajar AF9 yang aku sukai; Lena & Erul. Nampaknya Lena sekadar dapat Naib Johan. Hazama mencelah dengan bakatnya yang memang besar. Dia menjadi Johan dengan menggondol RM200K, banyak tu tetapi kenapa tahun ini tak ada hadiah kereta!. Tahniah Hazama!.

Sekadar teringat abang & kakak saudaraku; tak ingat semua, tak tahu juga susunannya. Ada berapa anak Pak Jiplus ini iyer; Arwah Cek Jalal, Kak Senah, Abg Nasir, Karim, Khai, Basri & Salwa. Adakah yang tertinggal. Pak Jiplus adalah abang kandung arwah emakku.

"Emak arwah Almarhum Dr Burhanuddin Sharifah Zaharah binti Habib Othman adalah adik beradik dengan Kulub Mat Saman! atuk kita!" Cerita Khai kepadaku.

"Maknanya Almarhum Dr Burhanuddin adalah Atuk Saudara kitalah!" aku masih mencari salasilah kami ini. Aku mengandaikan Allahyarham adalah Pak Saudaraku. Tapi pangkat atuk rupanya.

- bersambung