iDAN

15 Jun 2011

Menepati Ramalan: Hazama Juara AF9

KUALA LUMPUR – Seperti yang diramalkan Hazama Ahmad Azmi, 27 muncul juara Akademi Fantasia Kesembilan (AF9) pada konsert akhir program realiti berkenaan yang berlangsung di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya malam ini.

Beliau membawa pulang wang tunai RM200,000, piala Astro dan hamper Power Root bernilai RM5,000.

Hazama yang menyertai AF9 pada minggu ketiga mempunyai pengalaman menyanyi sebelum menyertai program realiti tersebut.

Pada persembahan malam ini Hazama menyampaikan lagu Pukau nyanyian asal Tomok dengan penampilan khas pelakon popular Lisa Surihani.

Sebuah lagi lagu yang dinyanyikan Hazama adalah Cinta Teragung.

Naib juara adalah Lena atau nama sebenarnya Lenaber Haidir.

Sementara Fina yang menikmati imuniti untuk ke konsert akhir mendapat tempat ketiga dan Azri mendapat tempat keempat.

II

Akhirnya Akademi Fantasia 9 (AF9) sudah melabuhkan tirainya semalam di Dataran Putrajaya, Konsert akhir AF9 semalam menyasikan Hazama telah dinobatkan sebagai juara AF9 yang juga Akademi Fantasia yang terakhir buat selama-lamanya.. Hazama telah menewaskan 4 peserta yang lain dengan jumlah undian sebanyak 45%… ini bermakna hampir separuh daripada pengundi telah memilih Hazama untuk dijadikan sebagai juara AF9 yang terakhir..

Dibawah adalah keputusan penuh pemenang AF9 setelah undian ditutup;
1) Hazama – 45%
2) Lena – 28%
3) Fina – 15%
4) Azri – 12%

Hazama yang juga Juara Akademi Fantasia 9 telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM200,000 beserta sebuah piala sumbangan Astro, sebuah kamera Sony Handycam bernilai 3,299 serta hamper dan wang tunai bernilai RM5,000 sumbangan Power Root.

Lena yang menjadi Naib Juara pula membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 beserta sebuah piala sumbangan Astro, sebuah kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499 serta hamper dan wang tunai sebanyak RM2,000 sumbangan Power Root.

Tempat ke-3 yang dimiliki oleh Fina pula membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000 beserta sebuah piala sumbangan Astro, sebuah kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499 serta hamper dan wang tunai sebanyak RM1,000 sumbangan Power Root.

Manakala Azri yang mendapat tempat ke-4 hanya membawa pulang wang tunai sebanyak RM5000 beserta sebuah piala sumbangan Astro serta sebuah kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499..