Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

28 Oktober 2012

Maharaja Lawak Mega 2012

Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com
Foto oleh Astro

KUALA LUMPUR, 23 OKT 2012: Dengan kejayaan yang luar biasa diterima pada Maharaja Lawak Mega siri pertama tahun lalu, Astro khususnya Astrio Warna meneruskan misi sama, menaikkan taraf para pelawak tempatan.

Pentas Maharaja Lawak Mega 2012 bakal dimeriahkan dengan 11 kumpulan yang telah tercalon dalam memastikan kejuaraan mereka di dalam gelanggang tersebut. Mereka adalah Pi Mai (Imuda dan Mat Over), Boboi (Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Nabil), Jozan (Johan dan Zizan), Sabon (Abon dan Sathia), Jambu (Taukeh dan Yus), R2 (Rahim dan Wan Lopez) dan Shiro (Shahrol dan Ajak).

Manakala The Bandung Jokers (Dodon, Amin dan Aman), Saywho (Eko, Bocil dan Vicha) dan Dadidu (Bobo, AR Badul dan Arif Sudin) tersenarai sebagai pelawak jemputan sebagai tanda hubungan diantara kedua negara Singapura dan Indonesia dengan Malaysia yang pernah terjalin melalui pentas ini.

Namun, sebelum Pentas Maharaja Lawak 2012 berlangsung secara rasmi bermula 16 November 2012 di Dewan MBSA Shah Alam Selangor, tiga lagi kumpulan iaitu Mamu, Kecik dan Balas terpaksa bersaing menerusi pemilihan Kerusi Panas MLM yang akan berlangsung pada 14 November ini. Salah seorang daripada mereka ini akan dipilih untuk melengkapkan senarai 11 kumpulan yang akan bertanding di dalam Pentas Maharaja Lawak 2012.



Menjawab pertanyaan mengenai penyertaan yang berdasarkan kumpulan dan bukan lagi solo, Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Encik Nizam Sani berkata itu bukan merupakan format baru yang ditetapkan mereka, sebaliknya itu adalah pilihan peserta sendiri.

"Perkara ini tidak melibatkan sebarang ketetapan mahupun format baru bagi Maharaja Lawak Mega 2012. Semua ini adalah suara daripada peserta, solo khususnya, yang tahu kesukaran yang bakal dialami jika berada seorang diri di atas pentas.

"Malah mereka yang tersenarai ini bukan calang-calang pelawak. Kami yakin para peserta ini bukan mengejar hadiah semata-mata. Ia lebih kepada rasa perlu mereka mengetengahkan mesej dan pengajaran melalui saluran yang kami sediakan ini,"jelasnya.

Antara yang mencuri perhatian adalah penyertaan Sabon iaitu diantara Sathiya dan Abon. Jika tahun lalu gelaran Maharaja Lawak Mega telah disandang oleh Osbon setelah mengelahkan Boboi, adakah tahun ini Sabon dapat mengungguli kehebatan Osbon seperti apa yang diucapkan oleh Abon, bekas ahli Osbon.

Lain pula dengan Boboi yang memperkasakan kumpulan duo mereka menjadi trio, setelah Nabil memilih untuk bergabung bersama Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik bagi merebut takhta gelaran yang bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 500,000 tersebut.

Maharaja Lawak Mega 2012 akan diadili oleh empat orang juri tetap yang terdiri daripada 2 juri daripada Malaysia dan setiap satu wakil daripada Indonesia dan Singapura.

Juri tetap ini adalah terdiri daripada mereka yang terlibat secara langsung dalam dunia komedi dan menyumbang kepada 70 peratus daripada markah dan selebihnya menerusi undian oleh para penonton.

Program yang ditunggu-tunggu ini akan dikendalikan pengacara yang sama seperti musim sebelumnya, Dato' Ac Mizal. Maharaja Lawak Mega 2012 akan bersiaran secara langsung di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134) bermula 16 November ini.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di www.maharajalawakmega.com.my atau layari laman Facebook rasmi di www.facebook.com/maharajalawak .


Komen iDAN:

BOBOI

Memang kumpulan ini antara terhebat pasti menyaingi otai si Jozan, Jambu, Shiro yang telah ramai peminatnya. Agar format pertandingan diubah menjadi tambah mantap. Terutama elok ditambah sedikit waktu agar sampai segala lawak jenaka. Berdua pasti dapat menampilkan ketrampilan tapi jika bertiga jadi amat singkat aksinya.




Pelawak dari negara Jiran jangan diperkecilkan; mereka juga ada aura tersendiri. Pasti mereka akan mendapat lebih banyak idea sebab sentiasa terdedah dengan lawak dua negara. Saya suka dengan Say Who dari Seberang yang begitu unik sebab ada si kecil.

Perlu diingat Maharaja Lawak lain dengan Maharaja Lawak Mega yang melibat pelawak 3 negara. Tahun lalu Osbon menjadi juara. Bagi saya setelah menjadi juara eloklah tidak bertanding. Nanti jika kalah orang akan kata lawaknya semakin dingin dan tak kelakar. Sebaiknya itu menjadi syarat; selain memberikan laluan pelawak lain menjadi juara syarat begini juga tidak menjadi isu jika tiap tahun kumpulan yang sama menang.

Cuma satu yang saya nasihatkan buat Penerbit & juga Pelawak; eloklah kita kenakan syarat agar pelawak lelaki tidak memakai pakaian perempuan pun begitu juga sebaliknya. Berlawak sebenarnya ada batasnya tanpa batasnya pasti ianya akan mematikan hati.
SayWho: Pelawaknya Eko, Bocil dan Vicha

                         Osbon Juara Maharaja Lawak Mega 2011




Kategori Hadiah utama Finalis Negara Asal
Juara RM350,000 & Trofi Kumpulan Osbon Bendera Malaysia Malaysia
Naib Juara RM250,000 & Trofi Kumpulan Boboi Bendera Malaysia Malaysia
Tempat ketiga RM150,000 & Trofi Kumpulan Saehu Bendera Indonesia Indonesia
Tempat keempat RM 50,000 & Trofi Kumpulan Syok Bendera Malaysia Malaysia Bendera Singapura Singapura


SEPAH untuk bergelar juara Maharaja Lawak 2011.

JUARA – SEPAH
NAIB JUARA – JOZAN
KETIGA – NABIL
KEEMPAT – JAMBU


iDAN: 

Malam tadi aku tenguk Maharaja Lawak 2012, nampak hanya Jozan yang memberikan persembahan yang menarik. Yang lain seperi Jambu, Boboi dan ada beberapa kumpulan dapat menyaingi Jozan. Tapi yang amat sedih kumpulan yang memang tiga terakhir hancur malahan ada yang masih lawak versi lama berunsur lucah dan ada dua maksud tersirat. Sebenarnya penonton tak semua suka lawak begini. Sebab masa menonton tu bersama dengan anak-anak & keluarga.

Dulu pun Jozan macam kini; asyik di tangga teratas tapi tak lagi dapat menjadi Juara. Bagaimana tahun ini? kita tunggu.

21 Oktober 2012

DOA DAN ANTARA GANJARAN BUAT ISTERI YANG SOLEHAH.


Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia isteri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan..

Tergiang-giang di telinga lagu isteri solehah nyanyian kumpulan Saff One. Betapa Isteri solehah itu memang umpama sebuah permata yang amat tinggi nilainya hinggakan dianugerahkan begitu banyak ganjaran buat mereka oleh Allah SWT sekiranya mereka hanya taat kepada seorang lelaki yang bergelar suami. Antara ganjaran yang bakal mereka perolehi :-

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatatkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya reda, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

20 Oktober 2012

JATI DIRI


YTM Tengku Mahkota Kelantan mencemar duli malam tadi sudi turun ke padang melihat pemain Bola Sepak Kelantan & ATM. Pastinya suasana meriah ini amat bersejarah. Aku sebagai Penyokong Kuat Perak pun rasa bangga melihat kehebatan dua pasukan yang memang amat kuat & beraksi menarik.

2. Aku tak suka cara pengadilan sebab awal-awal lagi Apek dah kena SIKU pemain ATM; nak main bolehkah nak s

iku menyiku. Ada tak kurang dua kejadian menyiku olah pasukan ATM; sebab itu saya tenguk ATM punyai 5 kad kuning berbanding 4 Kelantan. Tak suka amat jika pasukan lawan kasar dibalas kasar.

3. Aksi permainan lupakan saja yang pasti Kelantan memang hebat; jurulatih ATM tak dapat terima hakikat mengatakan pemain Kelantan bak nangka busuk. Sebab di saat akhir perlawanan ramai jatuh tak cukup cergas.

4. Satu yang saya tertanya-tanya kenapa anggota pasukan ATM hanya mengangkat sembah terhadap YTM Sultan Pahang TIDAK seorang pun biar pun Pengurus orang kita Melayu mengangkat sembah ketika bersalaman dengan Sultan. Pemainnya kalau india atau iban atau negro mungkin tak tahu adat Kesultanan Melayu tapi apa jadinya kita bangsa Melayu semua nak jadi Jebat. Kalau KALAH bertarung hilang langsung jati diri.

5. Hatta aku amat hormat dengan kemenangan Kelantan belasah ATM 3-2 biarpun ramai kalangan kita fobia dengan penyokong Kelantan yang pernah bakar bangsu di stadium. Mana tahu peristiwa bakar bangku ini sekadar provokasi & laporan lengkap pun aku tak berkesempatan nak teliti. Semua pemain pun pengiring pasukan mereka mengangkat sembah terhadap kedua-dua YTM Sultan. Ingatlah sukan sekadar sukan jangan libatkan emosi hingga bungkam tak rasa rumput yang dipijak. Kalah menang memang ada perlawanan.

18 Oktober 2012

Peranan lemak berbeza

KALAU hendak masakan rasa lebih sedap, gunakan minyak jagung, bunga matahari atau kacang untuk menumis. Rasanya memang berbeza. Namun untuk menggoreng, gunakan minyak sawit; bukan saja rasanya enak warnanya juga lebih cantik,” bisik seorang teman membuka rahsia memasak.

Ini ilmu baru bagi penulis. Tidak pernah penulis tahu masakan seharian juga perlu menggunakan minyak berbeza untuk menaikkan rasanya kecuali bagi nasi atau lauk-pauk tertentu; malah lidah yang tidak terlatih ini tidak dapat membezakan rasa seperti yang diberitahu teman tadi.
sebelum   selepas

Bagaimanapun soal rasa itu soal kedua dan ia bergantung kepada cita rasa seseorang. Yang lebih penting ialah, adakah minyak pilihan anda itu sesuai dengan kaedah memasak kerana ia memberi pengaruh besar terhadap kesihatan, kata Pengurus Pemakanan Hospital Assunta, Ho Shiau Fen.

Isu penggunaan lemak dan kebimbangan terhadap kesan negatif lemak sudah lama dibincangkan. Bagaimanapun bukan semua lemak itu berbahaya dan ia mempunyai peranan tersendiri yang sangat penting.

Lemak memberi badan tenaga untuk berfungsi dengan baik, diperlukan untuk mengekalkan kesihatan kulit dan rambut; membantu badan menyerap vitamin A, D, E dan K (dipanggil vitamin larut lemak).

Lemak akan memenuhi sel-sel lemak di bawah kulit bagi membantu memanaskan badan. Selain itu lemak berperanan penting untuk perkembangan otak, mengawal keradangan dan pembekuan darah.

Tidak kira jenis minyak yang dipilih, semuanya adalah lemak. Lemak boleh dibahagikan kepada dua iaitu lemak tepu dan lemak tidak tepu. Klasifikasi ini dilakukan berdasarkan jumlah kandungan asid lemak tepu dan tidak tepu. Semua minyak, tidak kira semahal mana pun ia, tetap mengandungi lemak tepu tetapi dalam jumlah berbeza.

a. Lemak tepu: Ia adalah lemak yang diperoleh daripada haiwan dan ia beku pada suhu bilik; contohnya mentega, keju, minyak sapi dan lemak pada daging.

Bagaimanapun sesetengah lemak daripada tumbuh- tumbuhan juga dikelaskan sebagai lemak tepu seperti minyak kelapa, santan kelapa dan isi rong kelapa sawit. Minyak sawit juga dikategorikan sebagai minyak tepu kerana kandungan lemak tepu dan tidak tepu adalah sama. Kesannya, ia akan meninggikan paras kolesterol buruk dan tahap kolesterol keseluruhan jika diambil berlebihan.

b. Lemak tidak tepu: Lemak jenis boleh diperoleh daripada sumber haiwan dan tumbuhan. Ia boleh dibahagikan kepada tiga iaitu lemak poli tak tepu, lemak moto tak tepu dan asid lemak trans. Pada suhu bilik, ia berada dalam keadaan cecair.

# Lemak poli tak tepu - Sumber lemak jenis ini ialah bijian, kekacang dan ikan laut dalam. Contohnya minyak bunga matahari, jagung, soya, safflower, bijan, biji benih flaks dan kacang.

Ikan laut dalam pula seperti salmon, tuna, sardin, makerel dan trout membekalkan asid lemak perlu Omega-3 manakala minyak jagung, soya dan safflower pula mengandungi asid lemak perlu Omega-6.

Asid lemak perlu ialah lemak yang tidak boleh dihasilkan oleh badan.

Lemak jenis ini dikategorikan sebagai lemak baik kerana ia boleh mengurangkan paras kolesterol buruk (LDL), trigliserida dan jumlah kolesterol keseluruhan.
# Lemak mono tak tepu - Sumbernya ialah bijian dan kekacang seperti minyak kanola, kacang tanah, zaitun dan bran beras. Ia juga dianggap lemak baik kerana boleh mengurangkan jumlah kolesterol keseluruhan dan meningkatkan paras kolesterol baik (HDL).

# Lemak trans - Lemak trans dihasilkan apabila minyak dalam bentuk cecair ditukar ke bentuk pepejal seperti margerin, pepejal susu atau lemak (lemak yang digunakan dalam pastri) dan gi sayuran (vegetable ghee). Proses penukaran ini dipanggil hidrogenasi.

Ia dikategorikan sebagai lemak yang sangat buruk (dua hingga lima kali lebih teruk daripada lemak tepu) kerana asid lemak trans boleh meningkatkan paras kolesterol buruk dan merendahkan kolesterol baik.

Lemak trans adalah lemak tidak tepu; bermakna rantaian kimianya tidak dipenuhi hidrogen. Namun, apabila lemak tidak tepu menjalani proses hidrogenasi (penambahan hidrogen pada rantaian kimianya), ia menjadi satu rantaian baru menyebabkan lemak trans berada dalam keadaan pepejal pada suhu bilik.

Lemak trans digunakan untuk memperbaiki kualiti produk makanan, mengekalkan kesegarannya dan menaikkan rasa makanan supaya ia boleh berada di pasaran bagi tempoh lama.

Yang menjadi isu ialah, lemak trans boleh meningkatkan paras kolesterol buruk dan merendahkan paras kolesterol baik; sekali gus meninggikan risiko untuk mendapat penyakit jantung, strok, kencing manis dan lain-lain penyakit kronik.

Pilihan minyak dan kaedah memasak

Menurut Ho, pemilihan yang dilakukan oleh rakan penulis seperti diceritakan awal tadi memang tepat kerana bukan semua minyak sesuai digunakan dalam semua kaedah memasak.

“Kegunaan setiap minyak itu berbeza dan ia memberi ‘prestasi’ terbaik dalam lingkungan suhu tertentu. Sesetengah minyak memang boleh digunakan untuk menggoreng dan sesetengahnya lagi hanya untuk kaedah memasak yang tidak membabitkan suhu terlalu tinggi. Ada pula yang lebih enak jika dipercikkan sahaja pada makanan.

“Perbezaan ini disebabkan adanya keadaan dipanggil titik asap iaitu tahap suhu minyak yang akan menyebabkan ia berasap apabila dipanaskan. Apabila minyak dipanaskan sehingga ia berasap, akan berlaku perubahan pada rantaian kimia minyak berkenaan yang boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan jika ia terus digunakan.

“Untuk menggoreng, gunakan minyak sawit kerana ia mempunyai titik asap yang tinggi. Manakala minyak lain dalam kategori lemak tidak tepu sesuai digunakan untuk menumis kerana titik asapnya yang lebih rendah,” katanya.

Malangnya ada orang salah anggap mengenai penggunaan minyak. Ada yang percaya mereka perlu menghindari minyak sawit sepenuhnya dan menggunakan minyak dalam kumpulan lemak tidak tepu untuk semua masakan.

“Ramai orang percaya jika menggunakan minyak tidak tepu, mereka akan jadi lebih sihat. Anggapan ini kurang tepat kerana ia mempunyai titik asap lebih rendah. Jadi apabila digunakan untuk menggoreng, akan berlaku perubahan pada rantaian kimia minyak tadi dan boleh mengakibatkan paras kolesterol dalam darah mereka semakin meningkat.

“Walaupun minyak sawit sesuai digunakan untuk menggoreng, kita perlu ingat, penggunaan minyak ini ada hadnya. Pakar pemakanan menyarankan penggunaan minyak menggoreng ini terhad kepada dua kali saja. Maknanya kita boleh menggunakan minyak sama untuk menggoreng setakat dua kali saja,” katanya.

Kali kedua anda memanaskan minyak, titik asapnya akan menjadi lebih rendah daripada kali pertama minyak berkenaan digunakan.

Ini sebabnya pakar pemakanan tidak menyarankan kita menggunakan semula minyak, terutama untuk makanan bergoreng.

Namun kini dengan teknologi penapisan yang semakin canggih, kebanyakan minyak sawit di pasaran boleh digunakan sehingga tiga kali seperti didakwa pengeluar. Cara mudah untuk mengenali minyak yang sudah digunakan ialah melihat warnanya. Elak membeli makanan yang digoreng dengan minyak berwarna gelap.

Satu perkara penting yang perlu kita tahu ialah semua minyak mengandungi asid lemak tepu. Tidak kira sebaik manapun ia, penggunaan minyak secara keseluruhannya perlu dikurangkan kerana satu gram lemak mengandungi sembilan kalori berbanding hanya empat kalori daripada setiap gram karbohidrat atau protein.

Ini sebabnya makanan mengandungi minyak atau banyak lemak dipanggil ‘menggemukkan’.

Walaupun lemak memberi kita tenaga, ia adalah sumber tenaga akhir yang akan dikeluarkan apabila kita bersenam atau melakukan aktiviti cergas.

Dalam masa 20 minit pertama kita bersenam, tenaga yang digunakan datang daripada karbohidrat.

Hanya lepas 20 minit bersenam baru badan akan membakar lemak sebagai sumber tenaga.

Ini sebabnya kita disaran bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari, lima kali seminggu untuk membakar lemak dalam badan yang boleh mendekatkan kita dengan pelbagai penyakit, terutama sakit jantung, strok, kencing manis dan masalah kolesterol tinggi.

“Antara 25 hingga 30 peratus tenaga kita sepatutnya datang daripada lemak. Ringkasnya, kita harus mengehadkan pengambilan lemak kepada enam hingga tujuh camca teh saja dalam pemakanan seharian.

“Bagaimanapun, jumlah ini sukar dicapai kerana kebanyakan makanan kita tinggi kandungan lemaknya, baik dalam masakan sayur-sayuran, lauk-pauk mahupun kuih-muih. Masalah pemakanan bertambah teruk kerana ramai orang tidak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan secukupnya setiap hari,” katanya.

Minyak dan kolesterol

Menurut Ho, semua lemak atau minyak yang dihasilkan daripada sumber tumbuh-tumbuhan tidak mengandungi kolesterol.

Kolesterol hanya ada dalam lemak yang berasaskan sumber haiwan. Maknanya makanan dari sumber haiwan yang dimasak sama ada menggunakan sedikit atau banyak minyak mengandungi kolesterol.

Kolesterol ialah bahan lembut dan berminyak yang boleh berkumpul dan melekat pada dinding salur darah. Pengumpulan kolesterol ini lama kelamaan membuatkan salur darah tersumbat yang boleh menyebabkan serangan jantung atau otak.

Tahukah anda, kebanyakan kolesterol dalam badan sebenarnya dihasilkan oleh hati daripada lemak tepu? Hanya tiga peratus kolesterol dalam darah datang terus daripada makanan. Hati adalah organ yang bertanggungjawab menghasilkan kolesterol baik dan buruk.

Jika begitu, bagaimana boleh timbul masalah kolesterol tinggi dalam darah? Apabila kita makan makanan mengandungi lemak tepu, hati akan memprosesnya dan menghasilkan kolesterol.

Lebih banyak kandungan lemak tepu, hati akan menghasilkan lebih banyak kolesterol untuk dilepaskan ke dalam darah.

Jadi walaupun makanan kita umumnya tidak mengandungi kolesterol, misalnya pisang goreng, ia dimasak menggunakan lemak tepu. Apabila banyak lemak tepu masuk ke dalam badan, banyaklah juga kolesterol yang akan dihasilkan hati.

Kolesterol mempunyai peranannya tersendiri; ia menjadi komponen pada dinding sel dan penting untuk otak dan saraf berfungsi dengan baik. Ia juga membantu penghasilan hormon yang diperlukan untuk pertumbuhan dan peranakan.

Ia menjadi pelopor untuk hormon estrogen, progesteron dan testosteron.

Malah banyak hormon lain turut bergantung kepada kolesterol untuk berfungsi, namun terlalu banyak kolesterol jahat boleh memudaratkan kesihatan.

Selain makanan, peningkatan kolesterol buruk juga disumbangkan oleh beberapa faktor seperti genetik, kurang bersenam, tekanan, umur, pengambilan terlalu banyak alkohol dan kurang makan sayur-sayuran serta buah-buahan.

Bagaimana pula dengan orang yang mengamalkan minum minyak tidak tepu untuk menjaga kesihatan? Menurut Ho, ia mungkin memberi manfaat tertentu tetapi perlu diingat, ia adalah lemak yang mengandungi banyak kalori dan jika melebihi keperluan kalori harian, ia akan menyebabkan masalah pertambahan berat badan.



Panduan mengurangkan penggunaan dan pengambilan lemak

# Gunakan kuantiti kecil dalam penyediaan makanan.

# Guna kuali tidak melekat untuk memasak bagi mengurangkan minyak. Menggoreng ikan di kuali leper akan menggunakan kurang minyak berbanding kuali melengkung.

# Hadkan makanan bergoreng kepada dua kali seminggu.

# Gunakan tuala kertas untuk melapik pinggan, ia akan menyerap lebihan minyak daripada makanan

# Pilih kaedah memasak yang lebih sihat seperti kukus, rebus, celur atau bakar.

# Gantikan santan kelapa dengan susu atau dadih rendah lemak.

# Buang lapisan minyak yang timbul apabila makanan sudah sejuk dan panaskan semula sebelum dihidang.

# Buang lemak pada daging dan ayam (terutama kulit ayam).

# Hadkan pengambilan marjerin, mentega, mentega kacang, makanan mengandungi banyak lemak dan snek.

# Apabila anda membeli produk makanan, lihat senarai bahan-bahannya. Hadkan membeli produk mengandungi pepejal susu atau lemak seperti biskut, kerepek, aneka kek dan pastri serta makanan bergoreng yang mungkin tinggi kandungan asid lemak trans.

# Baca label makanan dan pilih produk mengandungi paling rendah jumlah lemak keseluruhan, lemak tepu dan asid lemak trans.

Sakit Jantung

Sakit jantung pembunuh utama
Sakit jantung merupakan pembunuh utama di Malaysia.
Pelbagai faktor yang mempengaruhi serangan jantung koronari anda.
Punca penyakit jantung anda  dibahagi kepada dua faktor, iaitu faktor boleh ubah dan faktor tidak boleh ubah,

Adakah anda mempunyai faktor boleh ubah ini:

  1. Gaya hidup tak aktif
  2. Tahap kolestrol tinggi
  3. Gaya ambilan makanan tidak sihat
  4. merokok
  5. Kegemukan
  6. Tekanan darah tinggi
  7. Kencing manis


Faktor ini anda harus terima iaitu faktor tidak boleh ubah:

  1. Sejarah keluarga
  2. Jantina( lelaki lebih berisiko)
  3. Umur 35 tahun keatas

Makanan berlemak dan sakit jantung

Kesemua faktor-faktor diatas secara umumnya berhubung-kait. Katakanlah  kesukaan anda mengambil makan tinggi lemak, terutama lemak tepu, lama kelamaan nilai kolestrol darah akan melebihi nilai 5.2 mmo/l iaitu paras normal. Anda pula tergolong dalam kategori tidak bersenam, maka berat badan anda bertambah melebehi nilai IJT( Indek Jisim Tubuh) 18.5-25. Jika anda mempunyai riwayat keluarga berpenyakit darah tinggi atau kencing manis atau kedua-duanya. Anda memang mempunyai risiko tertinggi untuk mendapat serangan jantung koronari.
Justeru itu anda dinasihatkan untuk mengamalkan ambilan makanan bersederhana dari segi kuantiti makanan dan kurangkan makanan berlemak dan tinggi garam.

Lemak tepu ke lemak tak tepu.

Kesemua makanan yang anda makan bisanya bekombinasi lemak tepu dan lemak tak tepu. Anda gunakan lemak untuk kelazatan dalam masakan. Lemak ini dalam bentuk minyak masak, marjerin dan mentega.
Ada dua jenis lemak dalam makanan anda, lemak tepu dan lemak tak tepu.

Lemak Tepu

Berbentuk pepejal dan keras di bawah suhu sejuk.
Kebanyakan sumber haiwan tetapi terdapat juga dalam lemak tumbuhan seperti santan kelapa.
Pengambilan lemak tepu berlebihan meningkatkan tahap kolesterol darah anda dan meningkatkan risiko penyakit jantung.

Lemak Tidak Tepu

Lembut walaupun disimpan di dalam peti sejuk
Sumber utama dari tumbuhan
2 jenis lemak tidak tepu :
  1. Lemak Monounsaturated ( MUFA ) seperti minyak zaiton dan kelapa.
  2. Lemak Polyunsaturated ( PUFA ) seperti minyak bunga matahari , minyak jagung dan marjerin lembut.

6 tip mudah amalkan gaya hidup sihat dan makan sehat untuk jantung

  1. Amalkan makanan pelbagai secara sederhana dan seimbang
  2. Tidak gemuk
  3. Kurangkan gula dan garam
  4. Kurangkan ambilan makanan tinggi lemak dan kolestrol
  5. Tingkatkan ambilan serat sayuran,buahan dan bijiran gandum lengkap
  6. Bersenam secara konsisten

Minyak Kelapa Sawit - asid oleik

Minda
Bersama Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Choo Yuen May
choo@mpob.gov.my

AUSTRALIA bercadang meluluskan undang-undang untuk melabel produk makanan yang mengandungi minyak sawit secara mandatori dengan mengaitkan minyak sawit dengan isu penebangan hutan dan kesan asid lemak tepu terhadap penyakit jantung koronari.

Misi lawatan ke Australia yang diketuai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi baru-baru ini, diadakan untuk menangani isu ini. Bagi isu kesan lemak tepu, perkembangan terkini mengenai lemak tepu dan kebaikan nutrisi minyak sawit dikongsi melalui dialog dan mesyuarat dengan pihak berkaitan di Australia.

Minyak sawit adalah salah satu daripada 17 minyak dan lemak utama dalam pasaran dunia. Tidak seperti minyak lain, minyak sawit unik kerana ia mengandungi jumlah asid lemak tidak tepu (terutamanya asid oleik) dan tepu (terutamanya asid palmitik) yang setara.

Minyak sawit tidak memerlukan proses penghidrogenan dalam aplikasi makanan. Oleh itu, ia dapat menghindarkan masalah pembentukan asid lemak trans yang sudah pasti memudaratkan kesihatan.

Pelbagai kajian pemakanan manusia, termasuk kajian dijalankan di Universiti Sydney, membandingkan kesan pemakanan minyak sawit olein dan minyak zaitun (kedua-duanya mengandungi asid oleik yang tinggi) membuktikan bahawa minyak sawit olein dan minyak zaitun mempunyai kesan baik yang sama terhadap paras kolesterol di dalam darah.

Secara faktanya, komposisi asid lemak (yang menentukan sama ada sesuatu minyak atau lemak adalah tepu, mono-tak-tepu atau politak tepu) tidak dapat memberi gambaran keseluruhan dengan jelas.

Kedudukan asid lemak pada trigliserida (TAG) adalah lebih penting. Kajian penyelidikan terkini termasuk kajian dilakukan MPOB menunjukkan asid lemak tepu berantai panjang yang berada di posisi 1 dan 3 akan dikumuhkan dan hanya asid lemak yang berada di posisi kedua (sn-2) diserap serta-merta ke dalam plasma darah.

Posisi kedua pada TAG minyak sawit ialah asid oleik yang mana ianya serupa dengan minyak zaitun. Oleh itu, minyak sawit adalah serupa dengan minyak zaitun dan minyak lain yang kaya dengan kandungan asid oleik dan tidak meningkatkan risiko penyakit jantung koronari.

Laporan terkini Joint WHO/FAO Expert Consultation of Fats and Fatty Acids yang diterbitkan dalam Human Nutrition (2011) mengakui bahawa kesan peningkatan jumlah kolesterol dan LDL-C daripada pemakanan minyak sayuran adalah lebih rendah berbanding lemak haiwan disebabkan oleh asid lemak di kedudukan sn-2.

Walaupun terdapat syor dicadangkan pelbagai pihak berkuasa kesihatan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk mengehadkan pengambilan lemak tepu sebagai satu cara untuk mengawal risiko CHD, kontroversi masih wujud terhadap kesahihan syor berkenaan.

Pelbagai faktor menunjukkan bahawa lemak tepu berasaskan minyak sayuran bukan punca penyakit jantung berbanding lemak tepu berasaskan haiwan. Bagaimanapun, lebih banyak penyelidikan harus dijalankan untuk memperjelaskan fungsi lemak tepu adalah bergantung kepada sumber lemak berkenaan (sayuran atau haiwan).

Mesej yang disampaikan di sini ialah minyak sawit adalah minyak sayuran yang penuh berkhasiat tanpa asid lemak trans (yang merupakan ancaman terhadap kesihatan yang sudah dikenal pasti), yang tidak diubahsuai secara genetik, mengandungi asid lemak penting dan kaya dengan asid oleik.

Ia juga adalah sumber fitonutrien yang baik termasuk tokotrienol, yang mempunyai kestabilan pengoksidaan dan sifat-sifat fungsional yang baik.

iDAN: Banyak Artikel yang saya kaji malahan Doktor Pakar Pemakanan saya juga menasihatkan agar jangan minum selalu Teh Tarik sebab susu pekatnya dibuat dari kelapa sawit yang sukar dicairkan oleh insulin. Artikel di atas perlu penelitian sebab yang menulis adalah staf MPOB yang tentunya sentiasa meuar-uarkan kebaikan kelapa sawit.

17 Oktober 2012

Jenis Minyak Masak

Adakah kita betul2 faham tentang apa itu lemak? Tahukah kita jenis-jenis lemak? Betulkah lemak itu berbahaya? Mengapa kita patut kurangkan memakan makanan yang berlemak?
Berikut ini dicatatkan beberapa perkara asas tentang lemak yang perlu kita tahu.
  • Lemak sumber kalori terbanyak.
  • Makanan banyak lemak dan minyak menyebabkan kegemukan.
  • Lemak dikaitkan dengan penyakit jantung koronari, kencing manis dan barah.
  • Hampir kesemua makanan harian kita banyak mengandungi lemak.
  • Makanan yang mengandungi lemak semulajadi adalah seperti: minyak, mentega, marjerin, minyak sapi, santan, krim.
  • Makanan yang mengandungi tambahan lemak/minyak adalah seperti kuih muih, karipap, roti canai, kek, cucur pisang, bingka, keropok, nasi goreng, nasi lemak, mee goreng, ayam goreng, ikan goreng, mayonis.
  • Ada beberapa jenis lemak dan semuanya tetap menggemukkan dan seterusnya boleh menjejaskan kesihatan.
Ada 2 jenis lemak yang asas dalam makanan iaitu :

LEMAK TEPU
Menjadi beku dan keras dalam suhu sejuk (peti sejuk). Sumber utama hasil haiwan dan sebahagian tumbuhan seperti santan dan minyak kelapa sawit. Pengambilan yang berlebihan dikaitkan dengan bertambah paeas kolestrol dan risiko penyakit jantung koronari.

LEMAK TIDAK TEPU
Lembut atau cair walaupun dalam suhu sejuk. Sumber utama hasil tumbuhan dan terbahagi kepada 2 jenis:
  1. Mono tidak tepu : minyak zaitun, canola
  2.  
  3. Poli tidak tepu : minyak jagung, soya, bunga matahari dan majerin lembut
* Bertukarlah kepada minyak jenis tidak tepu ini didalam masakan tetapi gunakan secara berpatutan, jangan berlebihan
Tips Untuk Memasak Makanan Kurang Lemak
  • Buangkan lemak sebelum memasak
  • Kurangkan minyak dan lemak semasa memasak
  • Buang lemak beku dari sup/masakan
  • Ubahsuai resipi:
- Kurangkan atau elakkan membubuh santan/kerisik
- Tambah sayruan/kekacang
- Kurangan daging
- Gunakan herba / rempah untuk menambah rasa
  • Amalkan cara masakan seperti: Rebus, Kukus, Panggang, Ampap, Tumis, “Microwave”, “Pressure Cooker”
  • Kurangkan mentega, majerin dan mayonis dalam sandwic, digalakan membubuh hirisan timun, tomato dan salad.
Sedikit Nasihat
  • Bertukar kepada susu kurang lemak atau susu krim
  • Bertukar kepada snek yang lebih berkhasiat seperti buah segar, jagung rebus, roti paun
  • Bertukar menu daripada daging kepada ikan
  • Banyakkan makan salad dan ulam-ulaman
  • Bertukar kepada masakan rebus atau kukus

Khasiat minyak masak

Ramai masih ragu-ragu untuk guna, buat pilihan

MINYAK masak bahan utama untuk melengkapkan hidangan. Tidak kiralah apa jenis minyak kegunaannya sukar diketepikan sama ada untuk menggoreng, menumis, membakar dan sebagainya dalam sajian.

Walaupun minyak masak digunakan hampir setiap hari, masih ramai ragu-ragu mengenai jenis pilihan dibuat - sama ada elok atau tidak terutama apabila dikaitkan dengan kebaikan pada kesihatan dan keenakan dicetuskan minyak masak.

Minyak masak, umumnya terbahagi kepada dua jenis iaitu minyak poli tak tepu dan minyak mono tak tepu. Minyak poli tak tepu adalah yang terbaik antara semua minyak dan lelemak terutama sekali jika dibandingkan lemak tepu. Antara minyak ini seperti soya, jagung dan biji bunga matahari.

Bagaimanapun, pakar pemakanan berpendapat, asid lemak poli tak tepu dikatakan mudah teroksida apabila dipanaskan, terutama sekali apabila digunakan bagi tujuan goreng yang membabitkan penggunaan haba atau api panas. Penggunaan minyak teroksida secara berlebihan pula boleh meningkatkan risiko barah.

Sementara, minyak mono tak tepu pula didakwa baik untuk kesihatan jantung. Minyak yang kaya dengan asid lemak mono tak tepu adalah seperti minyak zaitun, canola, biji sawi dan biji bunga matahari.

Asid lemak mono tak tepu adalah semula jadi pada kolesterol darah dan dapat membantu menurunkan paras kolesterol yang tinggi sekali gus mengekalkan paras kolesterol darah. Namun, minyak jenis ini tidak sesuai untuk menggoreng, sebaliknya hanya digunakan menumis atau dimakan mentah , walaupun ia dikatakan bagus untuk jantung.

Ada yang berpendapat, jenama bukanlah faktor utama yang menentukan baik atau tidak sesuatu jenis minyak masak, tetapi terpulang kepada sebanyak mana yang kita ambil dan bagaimana cara memilih kaedah masakan untuk hidangan menyihatkan. Begitu rasa makanan, jika pandai menyesuaikan cara memasak apa jenis jenama pun boleh menjadikan hidangan itu sedap.

Minggu ini, Dapur Ratu berkongsi dengan pembaca jenis minyak masak yang biasa digunakan ketika memasak mengenai kebaikan atau kelebihan ada pada setiap minyak berkenaan.

Minyak bunga matahari
MINYAK daripada biji bunga matahari adalah salah satu minyak alami yang menyihatkan. Seperti minyak zaitun, minyak bunga matahari sangat disarankan dipakai untuk mengolah masakan.

Kandungan lemak tepunya jauh lebih rendah dan baik untuk kesihatan jantung berbanding minyak sawit dan jagung. Minyak bunga matahari mempunyai warna sangat jernih dan tiada bau hanyir apabila dimasak dan sangat cair pada suhu bilik, tidak seperti minyak kelapa sawit yang amat likat.

Selain itu, minyak bunga matahari juga tidak merosakkan rasa masakan, kaya vitamin A, C, D, dan E yang diperlukan untuk nutrisi tubuh, selain membantu meningkatkan stamina menurunkan kolesterol dan sesuai untuk pesakit diabetes.

Minyak jagung
MINYAK jagung dihasilkan daripada biji jagung atau ‘germ’. Minyak ini mempunyai kandungan lemak tepu sedikit rendah berbanding minyak sawit. Minyak ini biasanya digunakan untuk menggoreng.

Apabila memasak menggunakan minyak ini jangan terlalu panas dan jangan dipakai untuk menggoreng berulang kali ia bagi mengelakkan khasiatnya berkurangan.

Ia mengandungi sejumlah besar zat biologi aktif termasuk phosphatides, positif mempengaruhi jaringan otak, pro-vitamin A dan vitamin E yang tinggi, lesitin iaitu antioksidan yang aktif serta sumber asid lemak Omega 6 yang baik untuk kulit.

Selain boleh membantu pesakit diabetes, mengelakkan obesiti dan menurunkan kolesterol. Minyak ini juga didakwa berupaya mengurangkan ketegangan saraf, keletihan, meningkatkan metabolisme dan meningkatkan warna kulit.

Minyak zaitun
MINYAK zaitun bukan saja rendah kandungan lemak tepu tetapi kandungan lemak mono tak tepunya jauh lebih tinggi berbanding minyak jagung. Tidak dinafikan, minyak zaitun harganya begitu tinggi dan sering digunakan bagi masakan Mediteranean.

Walaupun ramai yang mengatakan makanan yang dimasak menggunakan minyak zaitun tidak sesedap berbanding minyak masak lain, namun ia ada kelebihan tersendiri khususnya sudut kesihatan.

Minyak masak selain yang berasaskan minyak zaitun apabila digunakan berulang kali menyebabkan jumlah kolesterol teroksida dan menjadi tepu serta tidak elok untuk kesihatan. Kesannya dapat dilihat apabila minyak itu memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan bau. Namun, minyak zaitun sekalipun digunakan berulang kali tidak akan mengalami proses pengoksidaan dan menjadi tepu serta tidak akan berubah warna dan bau.

Perut akan terasa ringan dan puas apabila seseorang mengambil makanan yang ada minyak ini sehingga membuatkan mereka berhenti sebelum kenyang. Ia adalah kesan daripada penguraian tenaga di hati minyak zaitun yang mempunyai banyak kandungan zat bermanfaat.

Minyak zaitun tidak sesuai untuk menggoreng tetapi boleh mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian. Ia turut membekal vitamin E yang tinggi dan menghindari penyakit kardiovaskular.

Minyak kacang
MINYAK kacang dihasilkan daripada kacang dan diketahui mempunyai sedikit bau. Di United Kingdom ia dipasarkan sebagai 'Minyak Groundnut'. Ia mengandungi lemak cukup tinggi dan sering digunakan dalam masakan Asia Selatan atau Asia Tenggara. Lazimnya digunakan bagi menggoreng makanan terutama kentang jejari, ikan, ayam dan sebagainya.

Antara khasiatnya pula ialah mempunyai sumber tenaga, protein, vitamin dan serta mineral termasuk fosfor, kalium, magnesium, dan kalsium.

INFO: Beberapa panduan mengenai penggunaan minyak masak:

  • Gunakan minyak baru untuk menggoreng. Jika dicampurkan dengan minyak lama.
  • Elakkan terlalu lama minyak di atas api, semakin cepat struktur minyak itu akan berubah bentuk. Ia tidak sihat untuk kesihatan. Jika menggoreng jemput-jemput ikan, sebelum habis goreng pertama, cepat-cepat masukkan gorengan kedua. Jangan pula biarkan api lama menyala dan memanaskan kuali.
  • Jangan biarkan serpih makanan dalam takungan minyak. Ia akan mereput dan terus tinggal dalam minyak, mempercepatkan lagi perubahan struktur molekul minyak itu. Sebaiknya tapis bersih baki minyak sekiranya bercadang menggunakannya buat kali kedua.
  • Gunakan kuali yang tidak melekat untuk menjimatkan minyak masak.
  • Minyak yang dianggap sihat pada suhu bilik boleh menjadi tidak sihat apabila dipanaskan pada suhu tertentu.
  • Jangan gunakan minyak yang sudah rosak.
  • Minyak berubah warna menjadi lebih gelap sebab ada makanan yang sudah terbakar dalam minyak itu.
  • Semakin lama minyak digunakan, semakin likat struktur minyak itu. Logiknya bentuk molekul minyak sudah banyak berubah disebabkan faktor suhu.
  • Banyak mendapan di bawah bekas simpanan minyak.
  • 'Minyak sihat'

    Pastikan jenis untuk goreng dan digunakan tidak lebih dua kali

    PENGGUNAAN minyak masak dalam masakan sememangnya mencetuskan banyak persoalan seperti jumlah yang sepatutnya digunakan dan jenis minyak yang terbaik untuk menjaga kesihatan.
    Apatah lagi ada pelbagai jenis dan jenama minyak di pasaran, termasuk yang diselit dengan dakwaan bahawa ia baik untuk kesihatan.

    Pakar Pemakanan Kanan Institut Jantung Negara, Ho Shiau Fenm, berkata secara umumnya minyak masak terbahagi kepada dua jenis iaitu minyak poli tak tepu dan minyak mono tak tepu.

    Minyak poli tak tepu adalah yang terbaik di antara semua minyak dan lelemak terutama sekali jika dibandingkan lemak tepu. Antara minyak ini adalah seperti soya, jagung dan biji bunga matahari.

    “Bagaimanapun, asid lemak poli tak tepu dikatakan mudah teroksida apabila dipanaskan, terutama sekali apabila digunakan bagi tujuan goreng yang membabitkan penggunaan haba atau api yang panas. Penggunaan minyak yang teroksida secara berlebihan pula boleh meningkatkan risiko kanser atau barah,” katanya.

    Minyak mono tak tepu pula didakwa baik untuk kesihatan jantung. Minyak yang kaya dengan asid lemak mono tak tepu adalah seperti minyak zaitun, canola, biji sawi dan biji bunga matahari.
    Asid lemak mono tak tepu adalah neutral pada kolesterol darah. Ia dapat membantu menurunkan paras kolesterol yang tinggi dan seterusnya mengekalkan paras kolesterol darah. Namun, minyak jenis ini kata Ho, tidak sesuai untuk menggoreng. Sebaliknya hanya untuk menumis.

    “Minyak jenis mono tak tepu seperti minyak zaitun, minyak dedak padi atau campuran minyak jagung, tidak digalakkan untuk menggoreng. Walaupun minyak ini didakwa baik untuk jantung tetapi ia tidak sesuai untuk menggoreng,” katanya.

    Ho turut mengakui sukarnya untuk menyediakan makanan tanpa minyak. Apatah lagi majoriti rakyat negara ini sudah biasa dengan pelbagai makanan goreng sejak kecil lagi.

    Namun, penjagaan kesihatan sebaliknya perlu lebih diutamakan manakala penggunaannya jika perlu, haruslah bersesuaian dengan keadaan individu.

    “Untuk pesakit jantung misalnya, jangan goreng ikan dengan minyak. Lebih baik, elakkan makanan bergoreng. Sebaliknya, gantikan dengan menu ikan yang dibakar,” katanya.

    Menurut Ho, ada dua faktor utama penyediaan menu sihat, keseimbangan zat dan kepelbagaian zat. Selain itu, pemakanan yang sihat bukan hanya untuk mereka yang sudah disahkan menghidap penyakit kronik tetapi juga untuk kita yang ingin mengamalkan cara hidup sihat.

    “Misalnya dalam masakan yang menggunakan minyak. Memang kita tidak boleh lari daripada menggunakan minyak tetapi jumlahnya harus dipantau selain jenis minyak dan berapa kali kita menggunakan minyak yang sama perlu diambil kira,” katanya.

    Ho berkata, apabila minyak dipanaskan, karakter atau cirinya akan berubah. Minyak yang dianggap sihat pada suhu bilik boleh menjadi tidak sihat apabila dipanaskan pada suhu tertentu.

    Justeru, apabila memilih minyak masak, penting untuk anda memadankan kepanasan minyak dengan cara penyediaan masakan.

    “Apabila menggunakan minyak untuk menggoreng, pastikan ia tidak lebih dua kali. Selepas itu gantikan dengan minyak baru,” katanya.

    Info
    Dua jenis minyak:



  • Minyak poli tak tepu - minyak soya, jagung dan bunga matahari.
    Asid lemak poli tak tepu dikatakan mudah teroksida apabila dipanaskan, terutama sekali apabila digunakan untuk menggoreng
  • Minyak mono tak tepu - minyak zaitun, Canola, biji sesawi dan bunga matahari. Tidak begitu sesuai untuk menggoreng.
  • 12 Oktober 2012

    Ana telah pergi JAUH Siri 2

    Iskandar baru berumur TUJUH tahun
    Masa aku ke katil nombor 11 ICU. Tirai keliling katil Ana telah dikepung. Tajul pergi ke Surau untuk solat; selang beberapa ketika Azan Zuhur bergema. Enam cahaya mata Ana ada keliling katil; telah selesai berulang kali membaca Yassin; dari mesin/alat radas aku nampak angka skala meter dah tak seimbang. Kejap ada nombor 85 kejap tanda garis kejal tanda soal (?)

    2. Cahaya mata Ana seorang demi seorang mengajar Ana mengucap: di telinga ibu mereka. Semua cahaya mata anak lelaki; hanya seorang berada di Bintulu dalam perjalanan pulang. Aku sekadar mendoakan Ana tidak sukar menujau arah perjalanan.

    3. Aku berbisik kepada Fairus; tenguk bacaan mesin tu macam dah tak berapa stabil. Mata Ana masih terbuka layu; bibir Ana nampak lesu sebab dah seminggu di ICU. Jururawat bertugas & doktor minta kami keluar. Pasti ada kerja kecemasan mereka nak lakukan.

    4. Selain keluarga Ana aku & Fairuslah rakan baik Ana paling akhir dapat menziarahi dia. Aku menunggu di luar wad ICU. Tajul habis solat; tak jauh surau dari wad ICU; terus datang memeluk aku dengan tangisan. Dia masuk ke wad ICU; selang beberap ketika anak Ana kasi tahun Ana telah tiada. Iskandar keluar wad dengan tangisan tak mahu berhenti; abangnya memeluk Iskandar agar reda tangisannya.

    5. Aku tak mampu nak mendekati Iskandar, aku tak mampu mendekati Tajul sebab aku tahu semangatku nak menghadapi saat sedih begini tak sekuat mana. Muzammir Syed Abuya Rusdi ramai lagi sentiasa menenangkan Tajul. Ana milik Dia nan Esa; aku berharap Ana tenang di sana. Aku tahu Ana seorang isteri yang amat baik & banyak amat berjasa kepada suaminya Tajul pun ibu mertua yang lama tinggal bersamanya. Aku mendoakan agar Allah Azza Wa Jalla akan mengampunkan semua doa Ana. Cumanya Iskandar terlalu kecil untuk menerima hakikat hidup ini.

    Malam tadi ke majlis tahlil di rumah Ana; alahai emak Tajul macam tulah... macam apa yang Ana cerita; Tajul mengadu emaknya dah mula runsing sbb bila Tajul masak tak sedap mana dia tak suka; dia mahu Ana juga yang masak... si Iskandar pula asyik bertanya bila ibu nak balik... dia baru 7 tahun darjah satu TAK faham lagi erti kehilangan; abg yang rapat dengan dia masih di Bintulu masih tak balik sbb exam; khabarnya hari ini baru sampai semenanjung... mmg kesan kehilangan ini amat menyentuh hati kita; nak buat macam mana Allah SWT lebih sayangkan Allahyarhamah Ana meninggalkan kita dengan ujian yang tak urai ini...

    KELIRU

    Cepat amat hari berlalu; pejam celik dah Rabu hari ini. Kadang-kadang hidup sehari bagaikan tak cukup waktu sebab banyak sangat komitmen. Jadual. Agenda. Aktiviti & entah apa lagi keperluan hidup terkini.

    2. Sebab apa jadi begini, bila aku ingatkan masa bujang dulu; hidup hanya keperluan seorang; aku pula tak ada kapcai pun berulang alik kerja HANYA pakai basikal. Mulanya pakai chopper bila rasa dah nak laju sikit berkayuh pakai basikal lumba.

    3. Tak perlu nak beli minyak; dah jimat masa, tak perlu nak bayar cukai jalan, dah jimat masa. Bukan mudah nak hidupkan cukai jalan kena mengadap amoi beli insuran dulu. Semua ambil masa tu. Jarang pula tu basikal pancit; kapcai jangan nama saja laju. Kadang-kadang seminggu mesti sekali pancit; jika murah rezeki sebulan sekali pancit itu biasa. Tiub sekarang tiub nipis macam belon. Asyik pancit. Dah kena ambik masa nak baiki atau tampal moto.

    4. Bila ada anak bini dah nak uruskan keluarga. Isteri sakit kena bawa klinik; Mila okey boleh ke klinik sendiri tapi monyoklah mukanya. Kalau sakit bersalin takkan tak temani dia. Anak-anak memang kena hantar. Kena guna masa. Masalah lain berkembang dengan hubungan waris, jiran; adoi kalau tak pandai membahagi masa memang jadilah awak kera sumbang. Giler hidupnya mengejar masa.

    5. Hiduplah dengan masalah awak sampai nak kena Teh O Limau (doktor pakar pemakananku dah tak benarkan minum teh tarik) dengan rakan pun tak ada masa. Jauh sekali nak jalan-jalan atau berkelah dengan rakan & keluarga. Hidup terikat dengan kerja cari duit. Sebab rumah beli mahal amat, kereta asyik bertukar lebih kalut isteri pun bukan sorang, tak tukar tapi tambang cawangan. Hidup terikat dengan hutang.

    Adoi aku LEMAS sorang-sorang sekarang ini sebab aku orang biasa ramai kalangan rakanku jiran ku warisku semua orang LUAR BIASA sibuknya.

    Saintis temui bukti terdapat aliran air di Marikh

    gambar yg ini mungkin sekadar hayalan saintis

    WASHINGTON - Kenderaan robotik Curiosity menemui batu-batu yang pernah dihanyutkan air di planet Marikh, jelas Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) kelmarin.
    Penemuan itu menunjukkan mungkin terdapat aliran air yang deras dan setinggi paras pinggang di planet tersebut.
    "Kami teruja mengenai perkara ini," kata Ketua Saintis Institut Teknologi California, John Grotzinger.
    Gambar-gambar batu itu dihantar kenderaan tersebut untuk dikaji oleh saintis-saintis NASA.
    Kenderaan robotik itu mendarat di Kawah Gale di Marikh pada 6 Ogos lalu. - Agensi

    GAMBAR yang disiarkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan kelmarin menunjukkan batu-batu yang dipercayai pernah dihanyutkan air deras di planet Marikh.  

    11 Oktober 2012

    Ana telah pergi JAUH.


    Sahabat baikku Ana Tajul tengah kritikal di ICU Hospital Serdang. Padanlah dua tiga hari ini aku asyik teringatkan Ana.

    2. Aku tengah bersiap untuk ke Hospital Serdang. Agar keluarga Ana tetap tabah menghadapi ujian Ilahi ini. Iskandar anak bungsu Ana rapat dengan ku sering sebut namaku bila aku bersara.

    3. Aku memang tak berdaya kehilangan sahabat baik lagi. Agar Ana kembali pulih.

    4. Terlampau nak cepat aku terlupa nak pakai topi keledar. Dah masuk lebuh raya SILK nak ke SAGA baru perasan; terpaksa cari jalan kampung Sg Kantan; kut silap tertembung polis sah kena saman.

    5. Janji dengan Fairus jam 12:30 tengah hari; nak ziarah bersama. Fairus & Mior yang telefon. Mereka tahu Ana adalah sahabat baik sejak kami bujang lagi. Sama-sama nak basikal pergi kerja; masa itu aku pakai basikal Chopper.

    6. Dengan khabar Ana nazak sejak jam 3:00 pagi lagi. Hanya bantuan pernafasan yang membuat nadinya berdenyut lagi. masa aku sampai Fairus dah nak balik; rakan sekerja yang lain ramai dah pulang.

    7. Ketika aku nak masuk Iskandar tetina muncul menarik tanganku. Pengawai menjaga pintu benarkan aku & Fairus bawa Iskan nak melihat ibunya.

    "Ibu dah nak meninggal dunia". dia bersuara; Fairus memegang rapat tangan Iskandar. Kami bertiga menuju ke katil nombor 11 ICU.

    "Iskandar jangan fikir macam itu kita kena berdoa agar ibu sihat... ibu cepat baik" aku memujuk Iskandar; dia baru sekitar 8 tahun kut tak pasti darjah berapa kini. Memang sejak lama dia begitu rapat denganku; Selalu temankan aku ketika aku memantau makmal komputer.
    • Penyair Idanradzi kenal Wajah Ana sejak tahun 1979 masa tu dia kerja di kilang gula-gula Seri Kembangan selalu bertembung pergi kerja; sy ke MARDI dia pergi kerja ke kilang gula-gula itu... selang beberapa tahun dia muncul di fakulti kejut setempat kerja dengan ku... kiralah berapa lama... mmg lebih 30 tahun...
    • Penyair Idanradzi Ana pasti tergelak... keras perut teringat aku jatuh dalam parit di UPM; Chopper aku hilang tak nampak terbenam di air keruh; aku hanya sempat selamatkan nasi lemak yg org kirim... basah
    - bersambung

    09 Oktober 2012

    Puisi iDAN Naib Juara Pertandingan Mencipta Puisi

    Ada LIMA puisi iDAN dipertandingkan dalam Pertandingan Mencipta Puisi di PuspaFM: Jangan lupa malam ini bermula jam 9:00 malam ini 6.10.2012 sekitar 3 buah puisi akan dideklasikan oleh DJ bersuara Unik Alan Tam.

    2. Keputusan pemenang juga akan diumumkan malam nanti.


    3. Banyak puisi menarik dari kalangan pendengar PuspaFm akan berkumandang. Sila klik URL ini untuk mendengarnya. Anda juga dipelawa memeriahkan AuraFM dengan mendaftar menjadi ahli online tanpa sebarang bayaran.



    http://radio.puspafm.net:8000/listen.pls

    http://www.mesrachat.net/

    http://www.LepakChat.org/


    4. URL yang ini untuk anda mendaftar menjadi ahli.


    http://www.facebook.com/groups/Ruangan.Game.PuspaFM.2012/


    Jangan tak dengar jika memang anda orang seni & minat dengan sastera terutama puisi/sajak
    Puisi iDAN antara 11 puisi terpilih.

    Ermita Dominic:

    -11 YANG TERPILIH- Penyair Idanradzi

    TITIK SABAR

    Bertali arus janji-janji rapuh
    melilit juraian yang geruh
    segala keintiman semakin gugur
    tak kenal rasa sesal lagi akur
    biarpun puas aku menegur.

    Kekhilafan itu bukan alasan
    jika berkali-kali memungkiri
    kemaafan itu bukan mainan
    jika saban kali memanipulasi
    biarpun jenuh aku menasihati.

    Jangan salahkan cermin mengajuk
    bayangannya adalah diri sendiri
    jangan marahkan aku merajuk
    aku tak larat lagi asyik memujuk
    titik sabar ini telah pun termaktub.

    (Aku sentiasa memberikan ruang
    di lipatan hati ini demi nilai diri murni)

    IDANRADZI
    Jenaris Kajang.


    (Emm ini antara TITIK kejayaan yang menjadi
    kenangan terindah sepanjang aku berkarya)
    Alan Tam Selagi Termampu:
    1-mawar Putih[pusara ayah]
    2-penyair idanradzi[titik sabar]
    3-mohd uzir[kalam al-quran]
    1-saguhati-[yan ismail]
    2-saguhati-[Ann Kay]
    3-saguhati-AkimiashailyFully Marbuli]
    4-saguhati-[Evy Afendy]
    5-saguhati-[Ramlah Ayoub]
    1-Hadih Misteri- Huzaimi Ahmad
    2-Hadih Misteri- Sizuka Kaizoku
    3-Hadiah Misteri-Liah Omar
    -CENDERAHATI- Khas Tuk Alan Tam Selagi Termampu-

    Sy tak menyangkakan pun dapat tempat Naib Johan Pertandingan Mencipta Puisi bagi sy terpilih antara 11 puisi pun sudah cukup baik. Terima Kasih PuspaFM

    01 Oktober 2012

    SENDIRI siri 2.



    Paling aku terkesan bila terkenang rakan yang baik telah bersemadi di Alam Barzakh. Banyak sejarah hidupnya aku tahu tapi bukanlah jelas sangat. Aku cuma tahu wataknya depanku. Di belakang kehidupanku mana kita tahu. Tapi masih ada ceritera baru aku dengar tentang arwah. Tak percaya tanyalah tentang mereka ini jika awak dapat berbual dengan rakan yang sama mengenali Allahyarham. Biasanya mesti tentang keraguan atau keaiban.

    2. Sebaiknya agama mengajar awak menutup aib mereka. Jangan sebarkan aib rakan yang telah tiada. Namun hati awak itu pasti ada NAKALnya. Sebab awak sentiasa tahu tentang perangai aib rakan kita ini. Tidak berkata di mulut. Hati pasti berkata-kata. Kita berdoalah agar diampunkan dosa-dosa rakan kita juga dosa-dosa umbat Islam yang lain. Perkara ini salah satu penyakit hati yang perlu kita rawat dengan zikir.

    3. Isu yang membeban jiwa ragaku ini adalah aku juga banyak DOSA. Biarpun dosa itu kecil tetapi jika aku longgok pasti jadi banyak dosanya maka pasti jika disukat saiz akan besarlah saiz. TAKUTnya.

    4. Maka itu ketika sendiri kena mencari jalan untuk dapat mengurangkan dosa-dosa ini dengan cara meminta keampunan, bertaubat. Dosa kecil dapat dihapuskan dengan beristighfar kepada Allah SWT dan banyak ibadat.(Jika tidak berkait dengan orang lain). Ada cara lain seperti sering berjalan kaki ke tempat ibadat; buatlah baik seperti bersedekah agar pahala bertambah. Berkata baik atau menulis sesuatu agar dapat membina insan jadi mulia.

    5. Dosa sesama manusia kena SEGERA meminta maaf kepada orang yang awak berbuat JAHAT atau aibkan. Islam adalah agama penuh kasih sayang. Maka setiap Muslim dianjurkan untuk memberi maaf sebelum orang meminta maaf. Sebab memberi maaf itu lebih dekat kepada ketakwaan seperti firman Allah yang bermaksud:

    “Dan jika kamu memberi maaf, maka itu lebih dekat kepada takwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 237).

    6. Jika terusan terpinggir & tak siapa nak bersapa dengan awak; awak pun semakin ego dengan LEKA duniawi. Apa penghujungnya.

    SENDIRI


    Amat sukar untuk mengekalkan hubungan yang intim sesama kita. Apatah lagi diri ini bukan orang hebat yang boleh dibanggakan oleh seseorang itu untuk menjadi teman rapatnya. Berbeda jika awak tu orang tersohor. Bila saja berada di tempat awam semua mengenali awak. Semua lagak & ketrampilan awak akan diikuti oleh peminat.

    2. Pernah seseorang berjanji mahu ketemu aku jika aku akan berada di sekitar tempat tinggalnya. Aku siap uar-uarkan talian telefon bimbitku sentiasa akan dibuka sepanjang hari aku di sana. Nak jadi ceritera pengecas tertinggal hanya bergantung kepada pengecas kereta. Pun telefon bimbit cap ayam ku tak berfungsi tika berada di daerah orang. Teringatlah aku akan janji-janji pertemuan. Huh igauan semata.

    3. Sekadar teringat; tapi hati tentunya berbunga nak bertemu rakan yang tak pernah ditemui atau rakan lama yang jauh dari mata. Bila aku balik ke rumah & dapat menghidupkan kembali telefon bimbitku tak ada pun sebarang SMS atau notis panggilan tidak diterima.

    4. Aku perasan juga ada rakan yang begitu intim sering membuka Muka Buku (FB) ini dapat dikesan melalui dinding FBnya. Sesekali tertera namanya dalam sinarai rakan yang klik FB aku; dia langsung tidak klik SUKA atau petanda mahu menghubungiku; sekadar klik tak pasti baca atau tidak catatanku. Mungkin menunggu aku MATI atau nazak baru mahu bertanya khabar (dah tak kuat diri cam mana nak klik FB)

    5. Tak perlulah berharap orang menyukai diri. Disukai atau dibenci bukan urusan yang boleh dipaksa. Berkawan biarpun seribu yang benar-benar prihatin kepada kita tak siapa pasti. Semua itu adalah hak masing-masing yang penting aku terpaksa meneruskan hidup ini. Biar apa cara pun; lagipun akhirnya kita akan sendiri terkurung dalam alam barzakh dengan 1001 teka-teki bagaimanakah suasana di alam sana. Menunggu hari kiamat.

    - bersambung