iDAN

03 April 2012

Dilema Anif 2

Kini adalah minggu kedua masalah Anif tak selesai lagi. Tadi dia telefon ibunya minta ditukarkan ke sekolah lain. Ibunya pula tidak berbincang dengan ayahnya mahu di tempatkan di mana. Memang tak sangka tiba-tiba timbul masalah di STTJ Seremban ini. Bermula dari kehilangan jam tangan kemudian diikuti dengan disiplin rambut dan kecurian. Sedar tak sedar ianya telah mengganggu fikiran Anif. Di mana-mana asrama masalah remeh begini memang akan timbul. Alasan Anif dia tak boleh belajar di sini sebab markah ujian awalnya agak mengecewakan. Aku sendiri tak dapat lihat keputusan itu tetapi mengikut abangnya si Aziq memang perkara biasa di awal pembelajaran agak sukar mendapat keputusan baik. Dia pun bekas pelajar Sekolah Teknik Gombak. Mula-mula belajar memang markahnya teruk. Harapanku Anif akan berubah hati dan tetap tinggal di asrama. Aku risau jika dia mahu tinggal di rumah takut pelajarannya tak sebaik mana. Aku nampak pergaulan di sekitar Jenaris amat mencabar. Pengaruh rakan memang akan buat masanya banyak terbuang. Suasana di rumah pula belum tentu dia akan dapat belajar dengan selesa. Kecuali dia kena ambil kelas tambahan tiusyen yang tentunya memerlukan kos pembelajaran yang tinggi. Agar Ilahi dapat memberikan pertunjuk buat Anif memilih langkah atau sekolah yang sesuai. Peluang belajar bukan datang selalu. Sayang jika masa yang singkat ini terbuang. Bukan lama pun perlu belajar tekun. Sekitar dua tahun sahaja. Jika tercicir amat payah untuk bersaing dengan rakan sebaya. Segalanya aku berserah kepada Allah SWT agar dilema Anif ini akan berakhir dengan baik.