iDAN

13 September 2012

Aziq Kini di UTM Skudai Siri 5

Aku membayangkan di CarreFour ada banyak pilihan makan. Selalunya pasti ada medan selera untuk aku makan mee claypot atau pun juadah panas segera. Andaian aku sekadar kosong, di Taman Sutera ini aku perhatikan hanya ramai kaum cina; Aku berpecah dua sebab parkir penuh. Mila, Aziq & Anif turun di foyer hadapan untuk mencari medan makanan yang selesa. Aku dan Azim mencari parkir nun jauh di tepi gerai durian yang nampak melambai.

2. Di mana-mana CarreFour samalah suasananya ada banyak gerai di dalam kompleksnya. Nampak hanya barangan mewah & ada kedai elit. Ada KFC yang aku kira sesuai jika medan selera tidak menyelerakan. Mila kata memang ada medan selera di tingkat bawah bersebelahan parkir; tapi dia kata tak selera persekitarannya sebab kedudukan gerainya ala Muhibah. Terkenang aku di Kampar Perak; memang medan selera sebegitu. Aku suka dan tak berkira bab persekitaran janji ada hidangan makanan halal.

3. Setelah penat berlegar di gerai sekitar CarreFour akhirnya Mila dan anak-anak buat piihan untuk makan di KFC. Aku mengikut sahaja sebab mentari dah mula nak terbenam; aku biasalah setipa dua ke tiga jam pasti akan lapar. Di KFC aku lihat semua pekerjanya orang kita Melayu. Pelanggannya tak sampai 30% orang kita Melayu. Ada sekitar tiga keluarga Melayu sahaja.



4. Aku kembali ke hotel, aku lihat sekitar Taman Nusa Bestari ini memang ada banyak pusat membeli-belah yang menarik; Sekitar hotel yang kami sewa, semua ada KFC, McD, Pizza, Giant malahan ada kedai makanan siam nampak santai. Aku lepak kejap di tingkat dua bersama anak-anak. Kemudian solat di bilik aku sendirian di tingkat bawah. Mila lepas solat di bilik anak-anak terus lelap ke alam mimpi.

5. Setelah maghrib aku rehatkan badan mandi-manda segala. Aku klik TV ada banyak saluran termasuk siaran dari Singapura. Tak ada filem Hindi cuma filem Tamil. Bola tak putus siaran langsung. Sendirian di kamar macam duduk dalam gua. Nak guna telefon pun nampak baterinya kehabisan, tak bawa caj. Aku ambil kesempatan yang terluang untuk mundur mandir sekitar Taman Nusa Bestari.

6. Jangan tak masuk ke kedai barangan dapur di Bestmart. Memang banyak amat pinggang mangkuk jag teko pelbagai hiasan dapur yang jarang kita jumpa di tempat lain. Aku tak bawa duit banyak tapi sempatlah beli beberapa barang aluminium & tembikar dari cina. Barangan cina biarpun murah tapi seninya halus & berkualiti. Nasiblah aku tak jadi orang kaya jika tidak memang berkendunglah aku membeli-belah di Skudai.

7. Alahai tidur sendirian di bilik bak gua buat aku tidak lena. Biasalah orang sakit kronik; selang dua atau tiga jam pasti terjaga. Akhirnya sekitar jam 3:00 pagi aku nonton filem seram memujuk hati agar tidur lena.

Dialog Orang Muda 'panas'

Editor 'ditembak' dengan soalan pilih kasih dalam pemilihan karya

Dari kiri; Padilah, Lutfi Ishak dan Salbiah pada Dialog Orang Muda di Rumah PENA.

MESKIPUN kehadiran pada Dialog Orang Muda: Media Massa dan Sastera kecil, ekoran perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah Celsea-Bayern Munich dan Piala FA Kelantan-Sime Darby malam sebelum program, tetapi sesi hampir dua jam tetap 'panas'.

‘Panas’ kerana panel majlis anjuran Biro
Penulis Muda, Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) diasak soalan dengan maksud tersirat dan meskipun dijawab panel, tetapi dapat disimpulkan beberapa penulis yang melontarkan soalan ‘sensitif’ tidak berpuas hati dengan jawapan panel.

Saya tidak nafikan ada karya indie bermutu, tetapi sesuai dengan kedudukan Dewan Sastera dengan citra yang dibawanya selama ini, adalah tidak wajar untuk majalah ini menyiarkan karya penulis yang baru pertama kali menghasilkan karya, sekalipun karyanya bermutu. - Padilah Ali, Ketua Editor Bahagian Majalah DBP
Ketua Editor Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Padilah Ali, menjadi ‘sasaran’ penulis muda dan mapan melepaskan rasa tidak puas hati mereka berhubung pemilihan cerpen mutakhir ini dalam majalah sastera berprestij, Dewan Sastera.

Dewan Sastera menjadi dambaan hampir semua penulis kreatif negara ini, baik muda apalagi veteran untuk melihat karya mereka mendapat tempat kerana dianggap sebagai kayu aras bagi mengukur ‘kehebatan’ seseorang pengarang kreatif negara ini.

Penulis mapan, Zainal Rashid Ahmad meluahkan rasa tidak puas berhubung pemilihan cerpen dalam Dewan Sastera sejak 10 tahun kebelakangan ini kerana tidak melahirkan penulis besar seperti yang pernah terjadi sebelum ini.

“Saya tidak melihat citra Dewan Sastera seperti yang pernah dinikmatinya dulu. Saya dapati karya penulis indie yang banyak aliran pemikiran baru begitu sukar menembusi Dewan Sastera sedangkan sesetengah daripada karya ini hebat dan wajar diketengahkan.

“Saya mengambil inisiatif mengumpul karya penulis indie untuk dibukukan dan dikongsi dengan rakan seperjuangan dari Indonesia untuk diketengahkan kepada pembaca sastera kerana berasa amat rugi jika dibiarkan begitu saja,” katanya juga Pengurus Besar, Bahagian Majalah dan Dokumentasi TV Al-Hijrah.

Zainal Rashid turut meluahkan rasa tidak puas hati berhubung program anjuran DBP, Minggu Penulis Remaja (MPR) yang sebelum ini melahirkan ramai penulis berbakat besar, tetapi kini tidak lagi melahirkan penulis pelapis yang mampu menghasilkan karya hebat.

Dialog bertambah panas panas apabila penulis muda yang juga produk MPR, Aidil Khalid, turut mempersoalkan kewibawaan Dewan Sastera sebagai majalah yang menerbitkan karya berprestij di negara ini, tidak lagi berada di landasan terbabit.

“Saya berasa cukup terganggu apabila cerpen yang dihantar seorang penulis tidak mendapat tempat dalam Dewan Sastera, tetapi dipilih sebuah akhbar perdana negara ini dan memenangi hadiah sastera syarikat terbabit,” ujarnya.

Padilah ketika menjawab persoalan itu menjelaskan, pemilihan karya bukan saja bergantung kepada tema, pendekatan, penstrukturan dan penceritaan, tetapi panel editor turut terikat kepada dasar penerbitan yang menyekat penyiaran karya yang menyentuh sensitiviti kelompok dan hal tertentu.

“Saya tidak nafikan ada karya indie bermutu, tetapi sesuai dengan kedudukan Dewan Sastera dengan citra yang dibawanya selama ini, adalah tidak wajar untuk majalah ini menyiarkan karya penulis yang baru pertama kali menghasilkan karya, sekalipun karyanya bermutu.

“Tidak semestinya penulis yang karya mereka tidak disiarkan dalam Dewan Sastera tidak bermutu. Tidak bermakna bila karya mereka pernah disiarkan dalam Dewan Sastera, karya mereka tidak boleh disiarkan dalam Tunas Cipta.

“Kami di Dewan Sastera dan Tunas Cipta mempunyai garis panduan pemilihan karya yang sesuai untuk kedua-dua majalah berkenaan. Pemilihan karya diputuskan secara bersama oleh sidang editor dan saya terbabit sama.

“Saya tidak menafikan ada karya yang cepat disiarkan kerana mutunya menyerlah berbanding sesetengah karya yang terpaksa menanti giliran, tetapi ini tidak bermakna karya yang disiarkan baik semua sepanjang bulan.

“Penulis muda dan baru saya galakkan agar cuba menembusi Tunas Cipta terlebih dulu kerana persaingan pemilihan tidaklah terlalu sengit berbanding Dewan Sastera. Saya suka memberi nasihat kepada penulis jika karya pertama bermutu, tidak bermakna karya seterusnya juga demikian,” katanya berterus-terang.

Bagi Padilah, beliau berkata demikian bukan kerana enggan menerima kritikan, tetapi bagi membolehkan semua penulis faham situasi editor yang ada kalanya tersepit dalam situasi penulis muda dan mapan serta akan berusaha membaiki kelemahan demi kebaikan semua pihak.

akui, kadang kala editor tersepit sebegini dan mengharapkan penulis muda bersabar kerana masih ramai penulis mapan yang masih menunggu giliran karya mereka disiarkan.

Padilah turut mencadangkan penulis kreatif agar bersikap lebih terbuka kerana DBP bukan saja menyedia Dewan Sastera dan Tunas Cipta, sebagai gelanggang berkarya kerana sebenarnya mereka turut boleh mengirimkannya ke Dewan Budaya.

Menjawab persoalan editor ‘pilih bulu’, Editor Sastera, Berita Harian (BH), Salbiah Ani, menegaskan ruangan Sastera BH sentiasa mengamalkan sifat terbuka dan memberi peluang kepada semua penulis baik mapan mahupun muda kerana yang diutamakan ialah mutu karya.

“Sebagai orang surat khabar yang menjadi keutamaan adalah isu semasa, perkara berkaitan bahasa dan bangsa Melayu, tetapi ini tidak bermakna karya bentuk lain tidak dipertimbangkan. Jika menulis mengenai isu pula janganlah mengulangi apa yang sudah disiarkan dalam berita dan rencana,” katanya.

Beliau turut mengingatkan khalayak Dialog Orang Muda bahawa akhbar dan majalah mengamalkan pendekatan sedikit berbeza kerana batasan halaman memaksanya membahagikan peluang kepada karya yang lebih dekat dengan pembaca yang bukan saja orang sastera, tetapi juga biasa.
“Sebagai editor sastera di akhbar saya juga turut dipersoalkan pengurusan kanan berhubung berapa banyak naskhah, pembaca dan nilai iklan yang berjaya dijana daripada halaman Sastera kerana syarikat bergerak atas dasar keuntungan.

“Saya tidak akan membuka sebarang pintu polemik kerana pengalaman lalu, Berita Harian terpaksa mengorbankan RM80,000 untuk membayar seorang sasterawan hanya kerana serangan peribadi seorang pengkritik terhadapnya disiarkan dalam Berita Harian.

“Segala aspek yang saya terangkan ini menjadi sebahagian daripada ciri dalam penilaian Indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk diri saya selaku editor dan juga semua wartawan di bawah jagaan saya,” katanya.

Beliau menutup Dialog Orang Muda dengan peringatan agar tidak menjadikan kemenangan karya dalam sesebuah hadiah sastera sebagai pengukur kerana mutu kerana pemilihan pemenang banyak dipengaruhi panel yang mengadilinya.

iDAN: ha³ 3 tahun lebih gua hantar karya puisi ke BH tak satu pun tersiar; DS baru hantar nampaknya lebih ADIL & saksama... paling tidak dibalas dengan e-mel kata rangsangan. 

Warkah Untuk Rakan Penyair

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Sahabaku Helmi:

Ustaz Mohd Adid Ab Rahman ini asalnya saya kenali ketika saya aktif menulis di laman sesawang melayu.com; tak pasti apa yang terjadi dengan lama web ini. Ketika itu saya  sibuk dengan kerjaya saya maka terpisah terus dengan dunia penulisan puisi; ketika itu tahun 90an saya banyak menulis blog di easyjournal tapi server ini tetiba hilang, hampir semua tulisan saya di sana hilang. Ada sebahagian sahaja tulisan saya sempat saya salin ke blogspot.

Saya sering berhubung dengan Ustaz Mohd Adid Ab Rahman setelah saya buka akaun di FB kira-kira 3 tahun lalu; sejak ada akaun FB kami hanya berhubung di FB. E-mel dia saya tak pasti. Cer cuba e-mel yang ini  apakah boleh kita hantar melalui yahoo mohd.rahman.16@facebook.com hanya itu e-mel yang dia sertakan di maklumatnya.

Kekuatan menulis bagi kita mmg bila kita sering berhubungan dengan rakan penulis. Mengikut kata rakan penulis memang editor BH telah bertukar sejak 3 tahun lalu. Beliau BUKAN golongan penyair. Saya pernah baca artikel yang beliau tulis; egonya memang tinggi. Beliau mahukan puisi MUDAH sampaikan beliau sering tolak tulisan dari kalangan penulis yang ada PhD dalam dunia kesasteraan sebab bukan puisi mudah. Saya ni lagilah tak ada apa jua sijil nak dimajukan. Tapi puisi mudah yang terbit tetap saya lihat puisi sukar kita nak fahami memang penulis yang sama berligar. Saya anggap dia ada citarasa sendiri & kroninya. (Bukan menuduh)



Editor begini boleh membunuh impian penulis jadi jangan kacaukan sangat jiwa penyair tu; tak salah kita menulis di akhbar PR atau BN dalam satu masa;  bagi saya golongan penyair sebaiknya neutral dalam berpolitik. Dalam penulisan jua macam itu sebaiknya jangan memihak mana-mana parti politik. Undi itu rahsia tugas kita menulis tegur siapa jua asalkan kita ada visi dan keikhlasan menulis.

Editor (BH) begini bagi saya akan berhutang waktu/masa dengan kita. Harapan/Ilham kita sering dicantas; saya tak pernah terlepas beli akhbar MM dah BH setiap hari minggu sebab ada ruang sastera yang saya minati. Tak dinafikan rasa terkilan itu ujud sebab karya kita dibakulsampahkan. BH atau Berita Minggu dulunya masih berhutang sekitar 10 buah puisi yang tidak berbayar; ceknya mereka kasi salinan tapi tak sampai ke tangan saya sebab silap alamat; semua itu semasa editor 3 tahun lalu. Beliau Editor yang ikhlas kata rakan saya dia seorang penyair macam kita. Beliau menjalankan kerja cuma org kelilingnya tak prihatin dan terleka dalam tugasan. Seharusnya bila cek tak ditunaikan pastilah mereka perasan & mencari mana silapnya. Sedangkan bagi penyair macam kita bukanlah honorarium itu utama tapi penerimaan & tersiarnya karya kita itu lebih memberi makna.

Ish takkanlah 3 tahun kita menulis untuk BH tu tak satu pun sesuai buat editornya. Pelik. Jangan putus asa. Teruskan menghantar karya ke BH nanti Editor BH akan muflis di sana sebab mencantas terus impian & harapan kita mahu bersuara dalam puisi.

iDAN

Nota kecil:

Kerja kita sebagai Penyair teruslah menulis; jika ada Editor tak dapat terima jangan putus asa kebarangkalian puisi kita tak sesuai untuk akhbar atau majalah mereka. Teruskan menghantar karya. Jika terkandas di dunia media arus perdana; ada wadah lebuh terbuka; di alam maya ada blog atau Muka Buku. Pilihlah mana satu agar dunia sastera kita tetap meriah. Biar masyarakat menilai tulisan kita.