iDAN

14 Januari 2013

HARAM JADAH

http://www.youtube.com/watch?v=_0nmE6bWOQ0

Peneroka Haram Jadah

Dari perkataan Haram Zadah dari Bahasa Parsi. Tak pasti bagaimana boleh terlahir perkataan yang kasar terhadap peneroka yang mungkin lebih tua. Isu yang timbul mungkin disebabkan tidak sehaluan dalam fahaman politik.

2. Aku sendiri pernah TERTULIS kata-kata ini dalam Aduan di BPA sebab terkilan amat duit aku dirampas olah CELCOM lantaran Pelan Prabayar yang tidak memihak kepada pelanggan. Bukan setakad duit hilang diambil secara sedar malahan nombur kesayangan telefon pakej Prabayar aku lenyap kena rampas. Bila buat aduan untuk tebus semula nombor tersebut; pekerja CELCOM yang aku buat aduan & rayuan tidak dapat membantu biarpun hak pelanggan untuk menebus itu ada. Aku yang tak tahu syarat & bagaimana cara untuk menebus pastilah amat terkilan & mungkin ini lahirnya kata-kata kurang manis di HATI..

3. Sebagai ingatan kepada kita; orang kata Jika Guru Kencing Berdiri selalunya Anak Murib akan kencing berlari. Ini sebenarnya tidak baik hatta itu aku tarik semula ke BPA menyunting aduan membuang kata-kata tidak manis itu.

4. Memang benar ada orang tidak dapat mengawal diri bila rasa tertekan amat; lalu akan lahirlah perkataan tak manis. Kita anggap ianya sekadar menunjukan rasa marah; tapi inilah bayangan kekalutan di jiwa orang yang tak sabar.  "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya" . Kemarahan memang perlu dikawal.

(Ada baiknya bila kita sedang marah gunakan perkataan indah serta baik seperti Anak Bertuah; Intan Payung & banyak lagi kata-kata orang berlatah sopan)




Tiada ulasan: