iDAN

19 April 2013

Aku dalam Kasta Vaisya golongan Penyair



Dari aku remaja sampailah aku tua; aku didera oleh Kerajaan Malaysia menjadi KULI di jabatan kerajaan. Aku sebut ini penghambaan moden. Gaji memang naik tapi pangkat tarak. Sebab aku ini bukan kaki bodek tak reti nak ampu bos. Lawan tauke yang lebih. Kalau aku kerja dengan Benggali kat swasta dah lama kena tendang kerja. Sila-silap lain pula nasibku. Tapi siapa yang kenal aku tahu bagaimana si Penyair Idanradzi ini buat kerja.

    2. Bila aku dah tua; aku mengkaji KASTA kaum India; aku ambil keputusan; aku tak sanggup mati jenazah aku dijunjung ke kubur dengan pangkat KULI@buruh dalam Kasta Pariah... Hitam - Buruh Kasar... perlu difahami Sundra juga buruh... aku lompat dua kasta menjadi Kasta Vaisya... Coklat - Petani, Pedagang, Pelukis & Penyair.

    3. Bila aku telah berada di Kasta Vaisya; aku baru sedar dalam kalangan ini aku masih dikawal oleh Kasta Ksatriya di negaraku yang amat tenat. Hidup mereka ini asyik dengan kroni & ego yang tinggi. Ramai kalangan editor di tanah airku ini letak hidung di dahi. Tenging & buta hati. Bukan sebab tak terima tulisan aku tapi meletakkan sastera itu buang masa. Mereka lebih mengira laba berupa wang ringgit; kerja Penyair atau Pengarang Sastera ini amat membazir & buang masa. Ruang Sastera makin kecil dalam penerbitan mereka sebab katanya tak mendatangkan hasil. Maka aku perhatikan hari demi hari warga tanah airku makin malas berfikir. Malas nak baca bahan sastera.

    4. Dalam semua hal; main langgar saja. Bila perayaan berlakulah peperangan RATUSAN nyawa melayang sebab semua warga kini hilang nilai seni. Memandu tanpa budaya berfikir; Sampaikan panduan jalan raya pun malas nak baca lagi... yang jadi mangsa mesti Kasta Pariah & Sundra; Penunggang kapcai mereka LENYEK saja. Sebab nak kejar laba. Hidup perlu laba. Tanpa mahu lagi kepala hotak berfikir; (Bunyi kasar saja ayatnya) Bak bunga itu ada kelopak; kelopak itu mengeluarkan harumnya; Haruman itu disukai Nabi.

    5. Berlakulah seperti apa yang aku lalui jasa aku tidak lagi dikenang; bilamana golongan elit nampak staf baru yang dapat mereka perkuda untuk visi mereka; aku mereka NAK jentik macam taik cicak. Ini perkara benar lagi soheh hatta mereka yang tak lari seperti aku; seorang demi seorang MATI dengan kemiskinan. Terpaksa beralah untuk golongan geladangan ini menjadi manusia paling naif lagi dibenci Allah. Mereka diserang BALA seorang demi seorang dapat sakit barah; waima diserang penyakit pelik tanpa mereka sedar; golongan teraniaya seperti pernah aku alami pergi secara aman & damai.

Tiada ulasan: