Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

23 Jun 2013

 
 

teke romah sape..hihihi

  • Princess Shameza umah sape ek..mcm ingt2 lupe le pulak..

  • Amr Bidin sekarang dah tak merase le duduk umah cam ni...

  • Tepung Gomak tak ker seronok rumah dikampung....ader halaman luaih dan kosong...tak berpagor ngalah romah pasong....jiran tetangga saling berkunjong....

  • Amr Bidin sekarang dah lain bebenor kalau duduk di bandor weh.. sampai duduk dalam umah pintu bekunci tekurung dalam umah... ape ke hei nye, ate mane tak nye elak dari orang juey barang.

  • Kamal Ahamad Kamal kalau ade warisnya tolong baiki rumah ni..kita buat home stay...?

  • Tepung Gomak duduk di bandor jangan ler nyombong....Rumah elok tapi terkurong.....Jiran tetangga tiada menolong....Kalau kite terpekik mintak tolong...

  • Penyair Idanradzi Dlm perancangan... ada 1001 kenangan di rumah pusaka ni

04 Jun 2013

Jubin



Sepanjang malam tidur atas JUBIN sebab kat atas jubin sahaja yang sejuk. Hatta bangun pagi tak rasa orang. Sengallah sana sini. Tak pasti apa telah jadi india yang buat servis penghawa dingin ni. Tak muncul-muncul hari ni dah rabu telah janji dua kali senin. Nak berapa kali senin lagi eh.

2. Ilham pun tak mahu terbit, ingat nak menulis cerpen tapi semuanya membeku di fikiran. Khudrat menulis tu tiada. Sepanjang tahun ni baru sekitar 15 buah karya terbit di media massa. Cadangnya nak atasi jumlah karya yang terbit tahun lalu sekitar 30 buah karya.

3. Masih ada beberapa majalah & akhbar tak terima aku punya karya, aku masih giat menghantar. Bukan mudah mahu memujuk hati editor untuk menerima karya yang kita tulis. Ada editor masih dengan sikap kronisme mereka. Bagi aku yang tak punya persatuan seorang Penyair Bebas sering diketepikan.

4. Usia semakin pendek peluang mahu berkarya semakin singkat. Rutin harian yang sibuk dengan masalah duniawi pastinya membuatkan masa sentiasa mencemburui diri. Tapi aku tetap aku. Akuku tetap tabah menerima hukum karma. Jika Tuhan tak kasi bakat aku berkembang megar pasti ada rahsia di sebaliknya. Namun aku akan tetap terus menulis biarpun aku dalam suasana panas pun kegetiran sakit kronik yang tak pernah usai.
Sepanjang malam tidur atas JUBIN sbb kat atas jubin sahaja yang sejuk. Hatta bangun pagi tak rasa orang. Sengallah sana sini. Tak pasti apa telah jadi india yang buat servis penghawa dingin ni. Tak muncul-muncul hari ni dah rabau telaj janji dua senin.

2. Ilham pun tak mahu terbit, ingat nak menulis cerpen tapi semuanya membeku di fikiran. Khudrat menulis tu tiada. Sepanjang tahun ni baru sekitar 15 buah karya terbit di media massa. Cadangnya nak atasi jumlah karya yang terbit tahun lalu sekitar 30 buah karya.

3. Masih ada beberapa majalah & akhbar tak terima aku punya karya, aku masih giat menghantar. Bukan mudah mahu memujuk hati editor untuk menerima karya yang kita tulis. Ada editor masih dengan sikap  kronisme mereka. Bagi aku yang tak punya persatuan seorang Penyair Bebas sering diketepikan.

4. Usia semakin pendek peluang mahu berkarya semakin singkat. Rutin harian yang sibuk dengan masalah duniawi pastinya membuatkan masa sentiasa mencemburui diri. Tapi aku tetap aku. Akuku tetap tabah menerima hukum karma. Jika Tuhan tak kasi bakat aku berkembang megar pasti ada rahsia di sebaliknya. Namun aku akan tetap terus menulis biarpun aku dalam suasana panas pun kegetiran sakit kronik yang tak pernah usai.

Seniman S Shamsudin meninggal dunia di S'pura


 
Pelakon komedi era 1950-an seniman S Shamsuddin atau juga dikenali sebagai Sudin, 84, meninggal dunia di kediamannya di Singapura pagi ini.

Allahyarham meninggal dunia pada 10.56 pagi di kediamannya di Blok 101 Bukit Batok, West Avenue 6, #07-34, Jurong, Singapura, kata anaknya Noredah kepada Bernama di Kuala Lumpur.

Noredah berkata bapanya didapati tidak sedarkan diri pagi ini dan terus dibawa ke hospital, bagaimanapun beliau disahkan meninggal dunia.

Shamsuddin atau nama sebenarnya Sahamsudin Dali berkahwin dengan Puteh Esmoon pada 1954 dan dikurniakan tujuh orang anak.

Seorang anaknya, Ariff merupakan pelakon pelawak TV Singapura.

Allahyarham yang dilahirkan pada 1 Jan 1929 di Pasir Panjang, Singapura merupakan pelakon komedi seangkatan dengan seniman agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Allahyarham A R Tompel dan Datuk Aziz Satar. Gandingan mereka bertiga begitu popular dalam siri filem 'Bujang Lapok'.

Sepanjang hayatnya Allahyarham membintangi kira-kira 30 filem termasuk 'Nujum Pak Belalang', 'Nasib Si Labu Labi dan 'Tiga Abdul'.

Rezeki Allahyarham dalam bidang perfileman terjadi secara tidak dirancang apabila beliau ke Studio Malay Productions (MFP) di Jalan Ampas, Singapura pada 1948 untuk melihat penggambaran filem 'Cempaka'. Beliau diambil berlakon sebagai pelakon tambahan dalam filem itu.

Pengarah filem itu B S Rajhans membayar Shamsuddin RM3 untuk lakonannya yang merupakan bayaran bagi pelakon tambahan ketika itu.

Beberapa hari kemudian, beliau memohon bekerja dengan MFP untuk sebarang pekerjaan dan diterima sebagai tukang kayu untuk membina set dan latar belakang filem itu dengan gaji sebanyak RM50 sebulan.

Selain itu, Shamsuddin diberi bayaran tambahan apabila menjadi pelakon tambahan ataupun penari dalam sesebuah filem.

Bintang Shamsuddin mula menyinar apabila dipilih sebagai pelakon utama dalam filem 'Tas Tangan Wanita' arahan L Krishnan pada 1952.

'Tas Tangan Wanita' merupakan filem komedi yang dilakonkan beliau bersama Osman Gumanti, Neng Yatimah dan Siti Tanjung Perak.

Namanya memuncak selepas P. Ramlee mengarah filem berunsur komedi pertama pada 1957 iaitu filem 'Bujang Lapok' yang menggabungkan tiga watak utama sebagai tunjang cerita iaitu Shamsuddin, Aziz dan P.Ramlee.

Berikutan kejayaan besar filem itu, P. Ramlee melanjutkan watak 'Bujang Lapok' melalui tiga buah filem lagi iaitu 'Pendekar Bujang Lapok', 'Seniman Bujang Lapok' dan 'Ali Baba Bujang Lapok'.

Sebuah lagi filem arahan P. Ramlee yang menonjolkan kekuatan dan kehebatan lakonan Shamsuddin ialah 'Antara Dua Darjat' yang diterbitkan pada 1960.

Filem berbentuk drama berat itu disulami dengan kelucuan yang dihidupkan oleh lakonan Shamsuddin.

-Bernama

03 Jun 2013

Dunia SMS iDAN



Abg idan apa khbar? Jaga kesihatan jaga makan tu.... From H**** 8:47 1/6/13

Saya pun datang lepas Isyak Fron=m : Dzuan 8:19 1/6/13
1 mesej suara akan tamat dalam 3 hari.. Sila dapatkan semula  semula tamat tempoh From: 121 6:55am
31/5/13

Heehehe... miss u so much ;) From NoiRadzi 1:08pm 18/4/13
Soory abg, td sibuk pmantauan From: H**** 2:18pm 15/4/13
Teman d tepen weh, ngecek kereta anak rosak From: AmidHP 10:34am 14/4/13
Zainal datang lepas Isyak to Dzuan: Sent: 21/5/13 9:03

IBU jangan lupa bayar bil cukai tanah.. Hari ni last juga kuar duit untuk balik kg... Nanti kira jumlah tolak kos
baiki kereta. Sentz:19/5/13 9:21am

Biaslah sihat makan ubat harap umur panjang sbb nak balik kampung Sent: H****: 03/06/13 7:11pm
Cik Peah tu mak tiri pertama... Kata anaknya sakit tenat... Dah kuar hospital... baru tadi tahu Send:15/4/13
2:18pm

Masih kekal suara riang riang masih teduh dgn pokok rambai pun kg bunian tambah besar. Sent to: H****
23/5/13 7:18pm

TENGAH  rancang nak balik perak... isunya siapa nak teman... Cik Peh: emak tiri pertama... sedang sakit tenat... Sent to H****: 15/4/13 10:17am
Isya-Allah sempat bkebun lg dsana.. masih ada bunyi riang2 lagikah? From,; H**** 6:27pm 3/6/13

02 Jun 2013

Transformasi minda, nilai integriti penting dalam organisasi

SAINGAN separuh akhir Piala FA sudah pun melabuhkan tirainya. Kelantan dan Johor Darul Takzim bakal berentap di pentas akhir untuk menentukan siapakah yang bakal menjulang piala tersebut buat kali ke-24 sejak pertandingan itu dimulakan pada tahun 1990.

Biar pun perlawanan di Bukit Jalil, kelmarin berlangsung tanpa sebarang masalah, epilog terdahulu di Stadium Darul Makmur akan tetap kekal dalam lipatan sejarah bola sepak negara.
Kekecohan yang berlaku antara penyokong Pahang dan Johor DT minggu lalu. telah membuka minda ramai pihak terutamanya di kalangan pencinta bola sepak.

Persoalan demi persoalan bermain di minda mereka terutama aspek keselamatan dalam stadium mengikut peraturan pertandingan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) adakah masih relevan?

Ini perlu dirungkai dan difikirkan oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM.
Sudah tiba masanya orang-orang FAM berfikir 'melangkaui minda' untuk mengkaji kembali aspek-aspek keselamatan dalam satu-satu kejohanan yang dianjurkan.


Mereka perlu memikirkan penggunaan teknologi terkini dalam membuat kajian dan pemantauan untuk menambah baik aspek keselamatan penonton ke stadium setiap masa.
Ini saya perkatakan kerana mengikut trend terkini generasi-generasi Y begitu bijak untuk mempromosikan sesuatu perlawanan itu melalui alam maya amat berkesan.

Transformasi minda dilakukan oleh generasi Y ini begitu kreatif sehingga berjaya menarik perhatian setiap individu untuk mengikuti sesuatu maklumat itu dengan lebih dekat.
Walaupun topik-topik yang dimainkan itu satu provokasi (cyberwar) tetapi ia berjaya meningkatkan nafsu dan semangat pencinta-pencinta bola sepak itu menghadirkan diri ke stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan mereka.

Di sinilah peranan ahli-ahli jawatakuasa pertandingan untuk memantau setiap gerakan dan promosi yang dilakukan oleh penyokong-penyokong tegar pasukan itu untuk membuat persediaan awal keselamatan.

Sebagai contoh sudah tiba masanya saya fikir permohonan anggota keselamatan daripada jawatankuasa pertandingan perlulah mengikut nisbah mengikut kapasiti stadium seperti 70:30. Ini setidak-tidaknya anggota keselamatan dapat bertindak lebih awal dalam apa jua keadaan dan kemungkinan yang akan berlaku.

Kejadian di Kuantan ini juga sebenarnya membuka mata berhubung nilai 'integriti' dalam membuat keputusan di kalangan pegawai-pegawai FAM.

Pada pandangan saya keputusan itu amat tidak adil dan seolah satu tamparan kepada Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) yang pernah dihukum dengan begitu keras atas sebab dan keadaan yang sama, sehingga pasukan Sarawak bermain tanpa kehadiran penonton untuk empat perlawanan Liga Super tahun lalu selain dikenakan denda, disebabkan tindakan penyokong mereka.

Ini persoalan yang timbul difikiran saya, bagaimana Jawatankuasa Disiplin FAM menilai dan membuat sesuatu keputusan itu, sedangkan kejadian yang berlaku di Kuantan adalah serupa.
Pada pengamatan saya, sudah tiba masanya Jawatankuasa Disiplin FAM menyelaraskan setiap hukum itu supaya tidak dipersoalkan pada masa hadapan.

Contohnya Jawatankuasa Disiplin perlu menetapkan sesuatu hukum itu dengan jelas. Itu perlu difikirkan oleh ahli-ahli jawatankuasa disiplin FAM untuk merealisasikannya.

Sudah tiba masanya FAM merubah dasar pentadbirannya mengikut transformasi minda anak muda yang lebih agresif, kreatif dan efektif seiring dengan usaha mewarnai bola sepak Malaysia.


© Utusan Melayu (M) Bhd

Kelantan waspada hadapi Johor DT

KOTA BHARU - Pengendali Kelantan, Bojan Hodak menyifatkan pertembungan dengan Johor Darul Takzim pada perlawanan akhir Piala FA bakal menyuntik motivasi tinggi barisan pemainnya.

Menurut Hodak, beliau menjangkakan perlawanan sengit menentang Johor DT pada aksi akhir.
"Mereka (Johor DT) bukanlah sebuah pasukan yang mudah untuk ditewaskan kerana mempunyai barisan pemain berstatus bintang.

"Begitu juga dengan kita yang turut mempunyai pemain berstatus bintang. Jadi saya tidak perlu memikirkan cara memberikan motivasi dan mereka (pemain Kelantan) sudah memahami bahang perlawanan tersebut.

"Bagaimanapun, saya yakin kita mampu memenangi perlawanan tersebut berdasarkan momentum pasukan setakat ini. Apa pun kita tetap waspada dengan ancaman Johor DT," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Tambah Hodak, beliau gembira dengan pertemuan tersebut dan menjangkakan perlawanan akhir nanti akan dipenuhi dengan puluhan ribu penyokong kedua-dua pasukan.
Johor DT mara ke akhir Piala FA selepas menumbangkan Pahang menerusi kelebihan jaringan tempat lawan selepas kedudukan agregat terikat 2-2 dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil kelmarin.

Sementara itu, Kelantan selaku juara bertahan layak ke pentas akhir selepas menyingkirkan seteru tradisi, Terengganu dengan agregat 6-5.

Kedua-dua pasukan akan berentap di pentas akhir bagi merebut kejuaraan Piala FA musim ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 29 Jun ini.

Dalam pada itu, Hodak memberitahu, pasukan Kelantan akan mula menjalani latihan hari ini sebagai persiapan ke perlawanan akhir.

© Utusan Melayu (M) Bhd