iDAN

12 April 2013

Skandal Tanah di Mukim Teja... Nazak.


Warkah buat ADUN Mukim Teja. Kampar Perak

YB

Tanah arwah apak saya di Mukim teja banyak dirampas secara tak bertemadun... sy telah beberapa kali cuba menyelesaikan isu sampai BPA dari JPM masuk campur tetapi ianya masih jadi mainan Pej Tanah Kampar Pooi Weng Keong YB juga rakan baik sy mungkin tahu masalah sy...

Arwah apak sy Mohd Radzi Abdul Rahman terkenal sebagai MD Sesh di Mukim Teja kehilangan banyak tanah masih tidak dijual. Ada satu geran Rizab Melayu tanah tu sekitar 7 ekar telah bertukar nama dengan Hamidah (PR Indonesia IC Merah) yang berkahwin dengan China Islam alamat Kopisan Gopeng. Geran lama lain ukurannya Geran baru telah digabungkan. Sy pernah jumpa suami Puan Hamidah ini.

No Lot masih sama tetapi no geran sejak sy usaha untuk menebuskan semula tanah pusaka kami; telah berubah sebanyak tiga kali dalam tempoh tak sampai 5 tahun. Cukai tanah yang bertunggak menjadi isu yang kami tewas... sedangkan ianya sebaiknya diperjelaskan sebab sy memang waris terdekat tapi alamat sy mereka seolah-olah BUTA dan reti nak tukarkan ke alamat baru; alamat asal cuma akan sampai ke "Pokok Sentang" di Kg Changkat Tualang itu; sebab kami semua tiada di kampung sana lagi.

Ini memang satu perangkap orang kampung yang tak berduit; bila lama Cukai Tanah tak berbayar mereka lelong cara tak bermoral & tanpa pengetahuan waris atau pemilik terdekat.
— bersama dengan Pooi Weng KeongTidak suka · · · Kongsi · Sunting · Promote · 5 jam yang lalu

  • Idan Radzi mereka yang pernah kehilangan tanah pusaka mungkin tahu apa ertinya perkataan ... tak akan membiarkan biarpun seinci tanah kami dijahah... hihihi kan gitu.

  • Zeq N Zeqq Solat hajat 40 org,,bagi buka hati mereka yang mkan gaji,

  • Zeq N Zeqq Jika nka saman makan wang masa puluh ribu

  • Idan Radzi sudah terang lagi bersuluh masih puak kat Pejabat Tanah ni nak guna akta; saluran; nak buka status... pelbagai protokol macamlah Mukim Teja tu tanah bunian... luasnya selaut cekerawala!.

  • Idan Radzi Pernah sy dapat trace sekitar 3 geran tanah pusaka milik kami masih tak diusik; amboi ada staf kat Pejabat Tanah Kampar tu Perempuan Separuh Abad dah umurnya; XSEN bukan main; asyik nak ugut Lelong; masa tu duit mmg cupoi; bayaran cukai tanah bertunggak sekitar RM5K; tanah bernilai sekitar RM300K kini; bergolok bergadailah sy; org kampung macam sy bukan org senang nak ada duit selonggok begitu; semuanya mainan akta tanah; pun kerja tak semengah mereka di Pejabat Tanah; perangkap orang kampung; kasi alamat cukai tanah kat 'Pokok Sentang'.

  • Umi Kalsom Ibrahim kita umpama pelarian di tanah tumpah darah sendiri....huhuhu sedih....

  • Idan Radzi Jika kita ada duit kita boleh redah dengan pasang lawyer... ini yg disarankan oleh Penolong Peg Daerah; Peg Daerahnya LARI masa wakil BPA ... dari JPM datang ke pejabat mereka... Abg nampak lorongnya Umi tapi tak tahu berapa kos nak lawan kebejatan Peg. Daerah Kampar ini.

  • Idan Radzi Tapi ini cuma mainan akta tanah dunia yg mereka gubal; pada hakikatnya tanah itu mereka rampas cara tak beretika; akta tanah mmg buat kita boleh kiat pinda & boleh jadi berPERANG sesama kita. Tapi abg tak takut sebab nanti mereka ini mati pasti akan remuk dihimpit tanah sebab kami tidak HALALkan cara mereka rampas tanah kami. Mana mungkin mereka boleh mati tanpa berkait dengan tanah... kecuali mereka kena bom atau meletup di pesawat.

  • Umi Kalsom Ibrahim saya tak berapa nak berani.....takde sokongan keluarga masing2 buat hal sendiri je.....mana boleh sensorg abg idan......terjelepuk saya nanti.....

  • Umi Kalsom Ibrahim berul tu...jangan main2 dengan tanah...sbb kat dunia pun Allah dah bagi pertunjuk....

  • Idan Radzi Boleh kalau ada duit; abg dah habis sekitar RM10K berjaya tebus sebahagian dari tanah yg mereka simpan statusnya; kini kos makin tinggi; kalau ada duit cukup; esok pun boleh terjah Peg Tanah Kampar itu sbb hak pemilik tanah ini masih ada bukti yang kukuh & boleh kita tuntut. Tanah kami belum berjual; Pej Tanah yang sengaja tak mahu keluarkan Cukai Tanah tanpa alasan kukuh... Kenapa?... Sedangkan mereka tahu sy pewaris terdekat telah menuntut sebahagian dari Tanah Pusaka kami ini. Dalam geran tanah bukankah ada nama pemilik; IC pemilik. Ini semua mainan Pej Tanah pun MB atau kerajaan negeri yg berkuasa bab tanah ini.
  • Umi Kalsom Ibrahim sabar je lah banyak2...semuga Allah bagi jalan yg mudah utk di uruskan.....
  • Idan Radzi Sebenarnya jika Ketua Kampung itu jujur pasti dia boleh membantu; begitu juga Penghulu & seterusnya Pegawai Daerah; mereka di Pejabat Tanah apatah lagi Menteri Besar hanya ikut akta tanah yang dipinda mereka sekitar tahun 1960an. Siapa tak mahu dapat tanah cara mudah tanpa diteroka bagai nenek moyang kita dulu. Apatah lagi tanah di kampung itu boleh ditukar status dari tanah pertanian kepada tanah bandaran atau perindustrian yang berganda-ganda mahalnya.

  • Umi Kalsom Ibrahim skg ni saya sendiri pun tak kenal siapa ketua kg..penghulu ..pegawai daerah lagi la....bila di fikir2kan...yg rugi siapa...kita anak kampong jati....

  • Jejak Kasih Mcm nie nasib "org kita" bang Idan Radzi. sanggup merampok harta bangsanya sendiri demi kepentingan peribadi... bukannya nk membantu...

  • Idan Radzi Sedih amat Umi yang tinggal di Changkat Keling pun status tanah mereka masih kabur; alasan Peg Tanah org kampung kita tak mahu keluar duit; Sekitar Changkat Keling & Masjid sahaja nampak meriah;

    Ialah adakah duit orang kampung kita tu; yang kes Cukai
    Bertunggak macam abg pun kena korban sekitar RM10K itu terbiar sekitar 15 tahun; mereka di sana lagilah rumah main cacak; Ketua Kampung sekarang no komen; bukan orang asal kampung kita pun; katanya orang Kedah; Kak Nomie pernah jumpa dia emm payah runding; kes tanah pusaka kami diteroka org kampung tanpa pengetahuan kami.

    Takkanlah dia tak tahu statusnya sedangkan Tanah tu ada nama arwah apak juga si Yot Abg sulung abg tu... memandai saja main tebang terang macam tanah sendiri. Abg dah suruh anak Yot (ada 7 orang berpakat untuk bayar cukai tanah ayahnya si Yota: sekitar 2 ekar... tapi nampaknya biasalah tak mahu keluar duit; tak mahu berpakat; padahal nama ayahnya dah ada dalam dalam geran tu)... emm sanggup beli rumah sekangkang kera beratus ribu tapi tak sayang tanah pusaka yang patutnya jangan jatuh ke tangan org ini masalah kita orang kampung.

    Terkini geng di Changkat Keling juga puak dari KL main teroka tanah sekitar Hulu kampung kita tak jauh dari Tanah Haji Soba; abg memang ada 3 ekar tanah yg telah ditebus dan sentiasa bayar cukainya hingga hari ini di kawasan itu... tak pasti lagi apakah geng ini berani main teroka saja termasukkah tanah kami... masalahnya arwah Apak tak ada lagi dia yang tahu mana sempadannya.

    Luar dalam ada penyagak itu yang payah. Memang Nazak betul Mukim Teja ni.