iDAN

03 Mac 2014

Air & Manusia

Hari ini menjelang petang jenaris nampak mendung... namun sampai azan Maghrib hujan masih tak turun. Semalam sepulangnya Azim dari SMTKL. Perlepasan darurat air, catuan air terus berlaku sekitar Cheras & Lembah Klang. Hanya dibenarkan pulang ke rumah pada Ahad jam 1:00 tengah hari sampai 9:00 malam ; Azim membawa rahmat. Hujan yang lama tak turun tetiba menyejukkan suasana Jenaris tatkala Azim melangkah kaki ke teratakku.

2. Amat bermakna hujan buta manusia, tanpa hujan hidup bagaikan kering di gurun panas. Rimas nak bergerak ke mana-mana. Menurut kata Azim masa dia dihantar oleh cikgunya ke klinik kerajaan. Punyalah ramai pesakait perlu rawatan. Dari jam 9:00 pagi sampai 1:00 tengah hari baru USAI berurusan dengan doktor. Nampaknya Azim dah semakin pulih setelah habis telan anti biotik & ubatan yang dibekal oleh doktor kerajaan.

3. Aku pula tumbang penat amat lantaran badan tak begitu sihat. Gout kakiku masih menyengat. Hanya bersarapan agak lewat dengan Anif di Restoran Naina Maju. Kemudian lepak kejap di Bengel Pomen Di Raja. Balik aku terus tumbang. Sedar-sedar dah Asar. Hatta pendeklah usia bak kata guru di SMI aku; tidur hanya akan memendekkan umur. Tidurlah sekadar yang perlu lebih tidur memang kita amat rugi. Ada benar katanya bila kita tidur bagai separuh mati; tak boleh buat apa pun sekadar mengulit mimpi.



Tiada ulasan: