iDAN

07 Mac 2014

Jangan spekulasi, aset ATM digerakkan - Hishammuddin


Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA

SEPANG 8 Mac.-Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menggesa orang ramai tidak membuat spekulasi berkaitan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) ketika penerbanga ke Beijing, China.

Dalam sidang akhbar hari ini, Hishammuddin berkata, tidak ada sumber rasmi yang mengesahkan kononnya pesawat yang membawa 239 penumbang dan 12 anak kapal itu terhempas di perairan Vietnam.

Malahan maklumat kononnya pesawat MH370 itu selamat mendarat di Nanming juga tidak benar.

"Kita sedang bekerjasama rapat dengan negara yang terbabit iaitu China, Vietnam dan Filipina bagi mendapatkan maklumat rasmi serta bagi tujuan misi mencari dan menyelamat.

"Kita juga telah mengerakkan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke lokasi kali terakhir pesawat tersebut dikesan untuk operasi mencari dan menyelamat," kata Hishammuddin.

Antara aset yang dihantar termasuk helikopter 735, pesawat C-130 dan kapal tentera laut.

Bagi menyelaras maklumat rasmi, Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), Datuk Azaharuddin Abdul Rahman telah dilantik sebagai Ketua Koordinasi bagi menyalurkan maklumat rasmi berkaitan insiden tersebut.

Azaharuddin akan memberikan sidang akhbar selang dua jam bagi menyampaikan maklumat terkini.

-KHAIRULANUAR YAHAYA

Senarai penuh pesawat MH370

KUALA LUMPUR 8 Mac - Berikut senarai nama penuh anak kapal dan penumpang pesawat MH370 yang gagal dikesan setakat ini.

Senarai nama anak kapal
1. Fariq Ab. Hamid
2. Zaharie Ahmad Shah
3. Foong Wai Yueng
4. Goh Sock Lay
5. Gomes Patrick Francis
6. Mohd. Hazrin Mohamed Hasnan
7. Junaidi Mohd. Kassim
8. Andrew Nari
9. Ng Yar Chien
10. Tan Ser Kuin
11. Tan Size Hiang
12. Wan Syaid Wan Ismail

Senarai nama penumpang, selebihnya warga China

1. Anne Catherine Daisy (MYS)
2. Bai Xiaow (CAN)
3. Beherey Usage Waitrelos Laurence Arlet (FRA)
4. Biby Nazli Mohd. Hassim (MYS)
5. Brooskii Nikolath (RUS)
6. Burrows Mary (AUS)
7. Burrows Rooney (AUS)
8. Chan Huan Peen (MYS)
9. Chen Weihoing (MYS)
10. Chew Kar Mooi (MYS)
11. Chng Mei Ling (MYS)
12. Chuang Hsiu Ling (TWN)
13. Chustrak Oleg (UKR)
14. Deineka Sergii (UKR)
15. Dina Mohamed Yunus Ramli (MYS)
16. Gu Naijun (AUS)
17. Guan Hua Jin (MYS)
18. Huang Tianjui (CHN)
19. Hue Pui Heng (MYS)
20. Jee Jing Hang (MYS)
21. Jiang Cuiyun (CHN)
22. Koh Tiong Meng (MYS)
23. Kolekar Chetana Vinod (IND)
24. Kolekar Swanand Vinod (IND)
25. Kolekar Vinod Suresh (IND)
26. Kozel Christian (AUT)
27. Lawton Catherine (AUS)
28. Lawton Robert (AUS)
29. Lee Kah Kin (MYS)
30. Lee Sew Chu (MYS)
31. Li Hongjing (CHN)
32. Li Yuan (AUS)
33. Lim Por Chua (MYS)
34. Lui Ching (CHN)
35. Maraldi Luigi (ITA)
36. Maria Mohamed Yunus Ramli (MYS)
37. Meng Leoinf (USA)
38. Meng Nicole (USA)
39. Mohamad Sofian Ibrahim (MYS)
40. Mohd. Khairul Amril Selamat (MYS)
41. Muhammad Drazahan Zamani (MYS)
42. Mukherjee Muktesh (CAN)
43. Muzi Yusop (MYS)
44. Ng May Li (MYS)
45. Noorida Mohd. Hashim (MYS)
46. Nor Fadzillah Mat Rahim (MYS)
47. Norliakmar Hamid (MYS)
48. Puspanathan Subramaniam (MYS)
49. Ramlan Safuan (MYS)
50. Sharma Chandrika (IND)
51. Shirsath Kranti Pralhad (IND)
52. Sim Keng Wei (MYS)
53. Siregar Firman Chandra (IND)
54. Song Feifei (CHN)
55. Swadaya Ferry Indra (IND)
56. Sugianto Lomr (IND)
57. Suhaili Mustafa (MYS)
58. Surti Dahlia (NLD)
59. Swadaya Ferry Indra (IND)
60. Tan Ah Meng (MYS)
61. Tan Chong Ling (MYS)
62. Tan Sioh Peng (MYS)
63. Tan Steik Hin (MYS)
64. Tan Sei Chew (MYS)
65. Tan Xudong (CHN)
66. Tanurisam Indrasuria (IND)
67. Tee Ling Keong (MYS)
68. Teoh Kim Lun (MYS)
69. Tong Soon Lee (MYS)
70. Vinny Chynthyatiomrs (IDN)
71. Wan Hock Khoon (MYS)
72. Wang Willysurijanto (IDN)
73. Wang Ximin (NZL)
74. Wattrelos Ambre, Caroline, Laurence (FRA)
75. Wattrelos Hadrien, Marc, Pascal (FRA)
76. Weeks Paul (NZL)
77. Wong Sai Sang (MYS)
78. Wood Philipi Talmadge (USA)
79. Yang Jiabao (CHN)
80. Yap Cheemeng (MYS)
81. Zhang Liqin (CHN)
82. Zhao Qi Wei (CHN)
83. Zhao Yan Anne (FRA)

-UTUSAN ONLINE.

SEPANG: Kira-kira 20 individu dipercayai anggota keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dilapor hilang, dilihat berkumpul di bilik Menara Tinjau, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini.

Menurut seorang wanita yang berjaya disapa oleh anggota media yang menunggu di luar bilik berkenaan, mereka sedang menunggu perkembangan terkini berhubung kejadian. 

Kami keluarga penumpang, katanya ringkas... sebelum masuk ke bilik berkenaan. Mereka mula tiba di bilik yang terletak di tingkat lima Balai Perlepasan itu sejak jam 10 pagi.

Bagaimanapun anggota media tidak dibenar menemu bual mereka.

Lima anggota pasukan keselamatan Malaysia Airports Holding Berhad kelihatan berkawal di luar bilik itu.
Penerbangan MH370 Kuala Lumpur-Beijing yang berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dilapor terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi ketika berada di ruang angkasa Malaysia-Vietnam.

Pesawat B777-200 itu membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.

 - BERNAMA

Kali terakhir pesawat dihubungi 2.40 pagi di perairan Laut China Selatan: CEO MAS


KUALA LUMPUR: Kali terakhir pesawat MAS MH370 dapat dihubungi ketika pesswat berada pada jarak 120 batu nautika di perairan Laut China selatan jam 2.40 pagi tadi, kata Ketua Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas mengenai perkembangan terkini pesawat yang hilang itu, di Sepang, sebentar tadi.

Ahli keluarga penumpang MH370 dikawal ketat

Foto SEBAHAGIAN keluarga yang dipercayai penumpang pesawat MAS MH370 jenis B777-200 penerbangan Kuala Lumpur ke Beijing yang hilang di KLIA. - Foto Abd Rahim Rahmat

SEPANG: Setiap ahli keluarga penumpang pesawat MAS MH370 dikawal ketat pasukan keselamatan dan media tidak dibenarkan mendekati atau menemubual mereka.

Kelihatan seorang wanita lingkungan 50-an sebak sebelum diiringi memasuki Anjung Tinjau KLIA tempat keluarga mangsa berkumpul.

2014/03/08 - 13:21:29 PM

Kapten Zaharie Ahmad Shah juruterbang pesawat MAS yang hilang


KUALA LUMPUR 8 Mac - Penerbangan Malaysia Airlines yang dalam perjalanan ke Beijing yang hilang hari ini dipandu oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, kata ketua pegawai eksekutif kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya.

Zaharie menyertai MAS pada 1981 dan mempunyai pengalaman terbang 18,365 jam, katanya kepada pemberita.

Ahmad Jauhari juga berkata pembantu juruterbang penerbangan MH370 ialah Fariq Ab Hamid, 27.
Fariq berpengalaman terbang 2,763 jam dan menyertai MAS pada 2007, katanya.
Pesawat Boeing 777-200 yang hilang itu berusia 11 tahun 10 bulan, kata Ahmad Jauhari.
Pesawat itu berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada 6.30 pagi (waktu Beijing). Ia membawa 227 penumpang, dua daripadanya bayi dan 12 kru penerbangan.

- BERNAMA

Senarai penumpang MH370

KUALA LUMPUR 8 Mac - Berikut sebahagian daripada senarai penumpang yang berada dalam pesawat MH370 yang gagal dikesan sehingga 1.40 petang ini:
Fariq Ab. Hamid
Zaharie Ahmad Shah
Foong Wai Yueng
Goh Sock Lay
Gomes Patrick Francis
Mohd. Hazrin Mohamed Hasnan
Junaidi Mohd. Kassim
Andrew Nari
Ng Yar Chien
Tan Ser Kuin
Tan Size Hiang
Wan Syaid Wan Ismail
Anne Catherine Daisy (MYS)
Bai Xiaow (CAN)
Beherey Usage Waitrelos Laurence Arlet (FRA)
Biby Nazli Mohd. Hassim (MYS)
Brooskii Nikolath (RUS)
Burrows Rooney (AUS)
Chan Huan Peen (MYS)
Chen Weihoing (MYS)
Chew Kar Mooi (MYS)
Chng Mei Ling (MYS)
Chuang Hsiu Ling ((TWN)
Chustrak Oleg (UKR)
Deineka Sergii (UKR)
Dina Mohamed Yunus Ramli (MAS)
Maria Mohamed Yunus Ramli (MYS)
Gu Naijun (AUS)
Guan Hua Jin (MYS)
Huang Tianjui (CHN)
Hue Pui Heng (MYS)
Jee Jing Hang (MYS)
Jiang Cuiyun (CHN)
Koh Tiong Meng (MYS)
Kolekar Chetana Vinod (IND)
Kolekar Vinod Suresh (IND)
Kozel Christian (AUT)
Lawton Catherine (AUS)
Lawton Robert (AUS)
Lee Kah Kin (MYS)
Lee Sew Chu (MYS)
Li Hongjing (CHN)
Li Yuan (AUS)
Lim Por Chua (MYS)
Lui Ching (CHN)
Maraldi Luigi (ITA)
Meng Leoinf (USA)
Meng Nicole (USA)
Mohamad Sofian Ibrahim (MYS)
Mohd. Khairul Amril Selamat (MYS)
Muhammad Drazahan Zamani (MYS)
Mukherjee Muktesh (CAN)
Muzi Yusop (MYS)
Ng May Li (MYS)
Noorida Mohd. Hashim (MYS)
Nor Fadzillah Mat Rahim (MYS)
Norliakmar Hamid (MYS)
Ramlan Safuan (MYS)
Sharma Chandrika (IND)
Shirsath Kranti Pralhad (IND)
Sim Keng Wei (MYS)
Siregar Firman Chandra (IND)

Pesawat MAS ke Beijing dilaporkan hilang

9:54AM Mar 8 

Penerbangan ini membawa seramai 227 penumpang (termasuk dua bayi) dan 12 anak kapal.

SEPANG 8 Mac - Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini mengesahkan bahawa pesawat MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi ini.

Kenyataan MAS itu memberitahu, penerbangan MH370, yang menggunakan pesawat B777-200, berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi tadi dan dijadualkan mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Katanya, penerbangan itu membawa sejumlah 239 orang, yang terdiri daripada 227 penumpang termasuk 2 bayi dan 12 petugas. Kerakyatan para penumpang adalah dari 13 negara.

Menurut kenyataan itu lagi, MAS sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa, yang sudah pun memulakan usaha mencari dan menyelamat bagi mengenal pasti lokasi pesawat.

MAS akan memberikan berita terkini mengenai kejadian ini dan orang ramai boleh menghubungi nombor 603 7884 1234 bagi maklumat terkini.