iDAN

03 Jun 2016

Cara Pengiraan MUDAH Yang Anda Wajib Tahu

FARAID :




Posting kali ini admin kongsikan kepada anda agar anda semua tahu macam mana nak kira bahagian faraid ahli waris anda dengan cara yang paling mudah.

Cara pengiraan yang tak perlu nak pening-pening kepala nak faham. InsyaAllah dengan kaedah ni ianya dapat membantu anda.

Untuk itu, jom kita sama-sama belajar cara pengiraan mudah ini.

Admin bawakan satu contoh sebuah keluarga yang dikira ‘standard’ di mana dalam sebuah keluarga diketuai oleh si suami, seorang Isteri dan lima orang anak yang terdiri daripada 2 kelaki dan 3 perempuan dan juga seorang ibu dan bapa si suami.

Telah ditakdirkan si suami tadi telahpun meninggal dunia dan insan-insan di atas merupakan ahli waris si arwah.

Dengan mengandaikan bahawa perkara-perkara seperti kos pengurusan jenazah, hutang piutang, harta sepencarian dan wasiat tak lebih 1/3 arwah telah diselesaikan terdapat lebihan harta berjumlah RM3 juta untuk diagihkan kepada ahli waris tadi mengikut kaedah faraid.
Setelah merujuk kepada surah an-nisa ayat 11-12, maka kadar pembahagian harta pusaka bagi waris-waris arwah mengikut faraid adalah seperti berikut:-

1. Bahagian si ayah adalah sebanyak 1/6
2. Bahagian si ibu adalah sebanyak 1/6
3. Bahagian si isteri adalah sebanayk 1/8
4. Anak-anak mendapat lebihan daripada baki harta di mana anak lelaki akan menerima dua bahagian dan anak perempuan akan menerima satu bahagian.

Berdasarkan ketetapan dalam surah an-Nisa’ di atas, setiap seorang ahli waris akan menerima bahagian masing-masing dengan jumlah yang berbeza. Dan jumlah bahagian masing-masing adalah seperti berikut:-

1. Si ayah mewarisi sebanyak RM500,000
2. Si ibu mewarisi sebanyak RM500,000
3. Si isteri mewarisi sebanyak RM375,000
4. Anak lelaki mewarisi sebanyak RM464,285 setiap seorang
5. Anak perempuan mewarisi sebanyak RM232,146 setiap seorang

Itulah jumlah harta pusaka arwah yang diterima oleh waris-warisnya mengikut agihan secara faraid berdasarkan kepada kadar di atas.

Bagaimana admin mendapatkan nilaian bahagian ahli waris ni?

Jom admin tunjukan cara pengiraannya.
.
KAEDAH 1 : Tentukan dahulu nilai yang diterima oleh Ayah, Ibu dan Isteri arwah.

Untuk menentukan nilai yang akan diterima oleh ketiga-tiga ahli waris ini maka admin gunakan kaedah pecahan.

Kita dah tahu bahawa bahagian Ayah dan Ibu arwah adalah 1/6 dan bahagian untuk isteri arwah pula adalah 1/8.

Untuk mengetahui berapakah keseluruhan bahagian yang ada, maka kita mesti cari pembawah yang sama bagi pecahan-pecahan tersebut.

Maka kaedahnya adalah seperti berikut:-


Menerusi kaedah di atas kita dah tahu bahawa keseluruhan bahagian harta peninggalan si arwah adalah 24 bahagian kesemuanya. 4 bahagian masing-masing adalah untuk ayah dan ibu manakala si isteri mendapat 3 bahagian. Daripada 24 bahagian tadi hanya 11 bahagian telahpun diagihkan. Manakala 13 bahagian lagi adalah untuk anak-anak si arwah.

Langkah seterusnya untuk mengetahui berapakah nilai RM yang diperolehi oleh setiap daripada mereka (ayah, ibu dan Isteri si arwah) maka kita perlu bahagikan RM3 juta tadi kepada 24 bahagian untuk kita ketahui berapakah jumlah bagi setiap bahagian
Maka satu bahagian adalah bernilai RM125,000


KAEDAH 2: Tentukan nilai yang diterima oleh anak-anak

Seperti mana yang admin dah bagitau awal-awal tadi bahawa anak-anak si arwah akan menerima lebihan harta setelah datuk, nenek dan ibunya mendapat bahagian masing-masing.

Memandangkan arwah mempunyai 2 orang anak lelaki maka pembahagian harta pusakanya akan terhenti setakat ini sahaja kerana mereka adalah penghalang (stopper) bagi waris-waris yang lain daripada menerima harta pusaka arwah .

Jadi setiap daripada anak lelaki arwah akan menerima dua bahagian manakala setiap anak-anak perempuannya akan menerima satu bahagian.

Maka cara pengiraan adalah seperti berikut:-



Tadi anda dah tahu bahawa nilai bagi lebihan harta pusaka arwah yang masih belum diagihkan adalah sebanyak RM1,625,000 (RM3,000,000 – RM1,375,000).

Oleh itu, untuk mengetahui berapakah nilai bagi tiap-tiap satu bahagian daripada nilai baki aset maka RM1,625,000 perlu dibahagi dengan 7 bahagian dan anda akan dapati bahawa setiap bahagian bernilai RM232,142.86.

Dengan ini anda ketahui bahawa anak lelaki akan mewarisi baki harta pusaka arwah sebanyak RM464,285 (RM232,142 x 2 bahagian) setiap seorang dan anak-anak perempuanya pula mewarisi RM232,142.86 tiap-tiap seorang.

Jadi, itu saja caranya. Mudah kan!

Begitulah cara paling mudah pengiraan faraid secara manual dilakukan. Namun perlu diingat, apa yang admin kongsikan di sini hanyalah salah satu keadaan sebuah keluarga yang biasa. Situasi ini boleh berubah mengikut kepada ahli waris si arwah.

Bagi kes si mati yang tidak ada anak lelaki, atau selain daripada situasi di atas maka kadar pembahagiannya berubah tetapi masih tertakluk pada kadar yang dinyatakan dalam ayat 11 dan 12 dalam surah an-Nisaa’ tadi.

Satu perkara yang admin nak tekankan di sini ialah faraid adalah cara agihan harta pusaka pilihan terakhir dalam sistem agihan harta pusaka Islam sekiranya cara pembahagian berasaskan persetujuan semua ahli waris yang dilakukan sebelumnya gagal. Dan apa yang PALING PENTING ialah pembahagian harta pusaka ini tidak akan dapat dilaksanakan sekiranya tidak ada perlantikan pentadbir harta pusaka. Baca di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang kepentingan pentadbir harta pusaka.

Tanpa pentadbir harta pusaka maka tiadalah pengagihan harta pusaka dapat dibuat kepada waris. Melantik pentadbir setalah berlakunya kematian pemilik harta pusaka berkemungkinan mudah ataupun sebaliknya. Untuk mengelakan sebarang permasalahan, perlantikan pentadbir harta pusaka sewaktu anda masih hidup adalah jalan penyelesaiannya dan ianya hanya boleh dilakukan menerusi penulisan surat wasiat sahaja.

Semoga perkongsian kali ini akan memberikan sedikit pencerahan kepada anda tentang ilmu faraid yang amat berguna dalam membuat perancangan agihan harta pusaka.

PERHATIAN : Terdapat beberapa masalah teknikal untuk saya akses kepada komen-komen yang anda berikan dalam ruangan komen. Jika anda yang mempunyai sebarang soalan/pertanyaan dan inginkan jawapan pantas boleh kemukakannya ke Whatsapp saya di nombor 011-3216-1510 ataupun sertai Saluran Telegram Bijak Pusaka ditelegram.me/BijakPusaka. Segala kesulitan amat dikesali.




Fiona
18/04/2016 at 17:33


Assalam Tuan.

Minta pencerahan tentang penjualan rumah pusaka arwah suami. Memandangkan ibu mertua menuntut haknya dari rumah arwah iaitu bukan harta sepencarian kami, saya sebagai pentadbir oleh pejabat tanah bercadang untuk menjualnya dan dibahagikan secara faraid. Rumah tersebut masih lagi berhutang dengan bank. Setelah selesai hutang dalam anggaran akhir tahun ini dari simpanan saya, wajarkah saya menolak dari nilai rumah tersebut termasuk legal fee, kos penilaian, cukai pintu, tunggakan bil dan sebagainya barulah difaraidkan kepada ibu mertua, saya, seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Harap dapat penjelasan kerana bagi saya tidak adil untuk menangggung kos yg agak banyak ni sedangkan secara faraid hak saya lebih sedikit dari ibu mertua.

Wassalam, syukran.

Like


Mahathir Mohd Noor


Wkum salam Puan Fiona,

puan boleh menuntut kembali apa saja kos yang puan keluarkan daripada poket puan sendiri dalam menguruskan proses pengagihan harta pusaka si mati setelah rumah tersebut berjaya dijual. bakinya barulah diagihkan kepada ahli waris faraid si mati mengikut kaedah yang disepakati.

dalam soal penetapan kadar pembahagian faraid, itu adalah ketetapan Allah swt. tidak perlulah kita sebagai hambaNya merasakan ketidak adilan dalam setiap peraturan yang telah ditetapkanNya. Ada banyak hikmah disebalik setiap ketentuan Nya. Maka banyak-banyakanlah kita meminta ampun kepadaNya.

Allahu A’lam

Like

Fiona

Syukran Jazilan atas penjelasan Tuan.

Sy tidak berniat untuk mempersoalkan ketetapan Allah swt, cuma sy merasa terkilan ada pihak yang tidak bertimbang rasa dengan saya dan anak-anak yg baru berumur 2 dan 5 tahun selepas kehilangan ketua keluarga. Disebabkan itu, sy bercadang untuk menjual rumah tersebut dan bahagikan. Dalam masa yg masa, saya harap dapat mengelakkan perkara yang tak dijangka berlaku pada masa akan datang.

Satu lagi soalan saya, adakah wajar saya dapatkan sijil faraid setelah rumah berjaya dijual. Ini bertujuan untuk makluman semua waris termasuk adik-beradik arwah tentang bahagian faraid saya, anak-anak dan ibu mertua.

Like

w.ahmad

Assalaamualaikum Sdr Mahathir

Tahniah kerana berkongsi maklumat yang nampaknya memberi banyak manfaat kepada saudara seagama

Saya perlukan sedikit pencerahan mengira cara pembahagian faraid utk kes sebegini:

1 isteri
2 anak perempuan
1 emak (ayah telah meninggal dunia)
3 adik beradik perempuan seibu sebapa
datuk dan nenek pihak emak masih ada
datuk dan nenek pihak ayah telah tiada

harap dapat bantu kerana saya tak pasti apakah bapa saudara pun terlibat sama di sini

Terima kasih
W. Ahmad

Like

Mahathir Mohd Noor

Wkum salam tuan W.Ahmad,

Terima kasih atas sokongan tuan dan mereka yang lain dalam hal harta pusaka ni. ini hanya sedikit usaha yang dapat saya lakukan tak la besar mana pun. yang penting kita sama-sama berkongsi dan beroleh manfaat.

bagi kes tuan, bapa saudara tidak berhak atas harta pusaka si mati.

kadar pembahagian faraid bagi waris yang berhak adalah seperti berikut:-

Ibu = 12/72

Isteri = 9/72

anak perempuan = 24/72 bahagian tiap seorang

adik beradik perempuan = 1/72 setiap seorang

Allahu A’lam

Like

Ibnu Amir



Assalam Tuan..
Anak lelaki saya yg masih bujang telah meninggal dunia dan meninggalkan duit simpanan lebih kurang rm100,000. Arwah tidak meninggalkan sebarang wasiat atau penama atas simpanan tersebut. Arwah ada :
1) Ayah
2) Ibu
3) 1 abang
4) 2 adik perempuan
Apakah kiraan faraid yg boleh dilaksanakan di sini?

Like

Mahathir Mohd Noor


Wkum salam tuan Ibnu Amir,

Dalam kes tuan ni waris faraid yang berhak keatas harta pusaka si mati hanyalah ibu dan bapanya sahaja dengan kadar 1/6 untuk ibu dan 5/6 untuk bapa. manakala saudara lelaki dan perempuan si mati terhalang daripada menerima harta pusakanya kerana dihijab oleh bapa si mati.

Allahu A’lam

Like

izza



assalamualaikum..
arwah ayh sy meninggalkan rumah bernilai rm368k (kami masih duduk). tiada cash dan simpanan..
yg lain adalah milik syarikat..

arwah meninggalkan
1 isteri
1 ibu (opah)
1 ank lelaki
2 anak perempuan

soalan
bagaimana pengiraannya sbb kami masih menduduki rumah tersebut..
dan ia merupakan harta sepencarian arwah ayah bersama emak sy..

soalan kedua
adik seibu sebapa arwah ayah tiada
adik beradik seibu 7 org..
boleh rungkaikan permasalahan ini?

Like

Mahathir Mohd Noor

Wkum salam puan Izza,

dalam kes puan, waris si mati hanyalah ISTERI, IBU DAN ANAK2 sahaja. Adik beradik si mati tidak berhak mendapat pusaka memandangkan dihijab oleh anak lelaki si mati.

kadar bahagian faraid untuk setiap waris si mati adalah seperti berikut:-

Isteri = 12/96

Ibu = 16/96

Anak lelaki = 34/96

Anak perempuan = 17/96 tiap seorang

mengikut hukum rumah peninggalan si mati itu adalah harta pusaka si mati kecuali jika si mati dan isteri ada membuat sebarang deklarasi harta sepencarian ketika hidup ke atas rumah tersebut atau isteri si mati nak buat tuntutan harta sepencarian terhadap rumah tersebut di mahkamah syariah dan mahkamah membenarkannya.

Allahu A’lam

Like

zairee

Assalamualaikum Tn. Wan Kamal,

Saya nak bertanyakan bagi pihak isteri saya:

Emak dan ayah dia meninggalkan harta seperti, 2 bidang tanah, 2 buah rumah dan wang tunai. Katakan jumlah keseluruhan RM 1,000,000.00.

Waris kepada emak dan ayah yang meninggal itu :

1. anak lelaki (sudah meninggal dunia) mempuyai 2 orang anak lelaki
2. anak lelaki yang mempunyai 2 anak lelaki dan 2 anak perempuan
3. anak perempuan yang mempunyai 3 orang ank perempuan dan 1 orang anak lelaki
4. anak lelaki belum mempunyai anak.

Soalan:

1. Siapakah ahli ahli faraid?
2. bagaimana kadar pembahagian /pengiraan faraid untuk waris di atas?
3. sekiranya arwah penah berkata secara lisan untuk menyerahkan rumah pusaka pada anak perempuan, rumah pusaka perlukah di faraid?
4. selain waris di atas, siapa lagi kah yang berhak ke atas harta arwah?

mintak sangat bantuan penjelasan mengenai perkara ini

Jazakumuallah Khairan Khatira.

Like

Mahathir Mohd Noor

Wkum salam Sdr Zairee,

Saya cuba jawab ikut turutan soalan tuan:-

Soalan pertama

ahli waris faraid yang layak menerima pusaka adalah:-

1. anak lelaki

2. anak perempuan

bagi anak lelaki yang meninggal dunia perlu dilihat tarikh kematiannya dahulu. adakah dia meninggal sebelum ibu dan bapanya meninggal atau dia meninggal selepas ibu bapanya meninggal. Kalau dia meninggal terlebih dahulu sebelum ibu bapanya maka anak-anaknya tidak berhak untuk mendapat harta pusaka datuk dan neneknya. jika dia meninggal selepas daripada ibu dan bapanya maka anak-anaknya berhak menerima setakat bahagian dia saja dan berkongsi secara sama rata.

Soalan kedua

kadar pembahagian faraid adalah setiap anak lelaki akan mendapat 2 bahagian dan anak perempuan akan mendapat satu bahagian. sebagai contoh jika si mati meninggalkan 3 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan maka setiap seorang anak lelaki akan mendapat 2 bahagian dan seorang anak perempuan satu bahagian dan menjadikan keseluruhan bahagian adalah 7 bahagian.

Soalan ketiga

berwasiat secara lisan pada zaman ini amatlah tidak praktikal dan akan menimbulkan pelbagai keraguan dak kesangsian. jika dibawa ke mahkamah sekali pun ianya tidak akan diambil kira. Oleh yang demikian, memandangkan tiada sebarang dokumen yang boleh membuktikannya maka segala harta yang dinyatakan dalam wasiatnya secara lisan tadi turut dikira sebagai harta pusaka dan mesti diagihkan mengikut faraid atau secara sama rata (jika semua waris bersetuju).

Soalan Keempat

Saya beranggapan bahawa arwah ibu dan bapa mertua tuan sudah ketiadaan ibu dan bapa semasa kematian. Oleh yang demikian waris yang layak untuk menerima faraid hanyalah adik beradik isteri sahaja.

Allahu A’lam

Like

rnah binti Arsah



Saya pentadbir tanah kepada tanah datuk tiri saya dimana ibu saya telah mewariskan tanah itu kepada saya.Apakah hak saya sebagai pewaris tanah tersebut. Jika adik lelaki dan perempuan saya menentang dan ingin mengambil geran tersebut.

Like

Mahathir Mohd Noor
Wkum salam puan Arnah,

untuk menjawab persoalan puan ada beberapa persoalan yang perlu dijelaskan:-

1. status pentadbir tanah itu diberi oleh siapa? melalui persetujuan waris atau dilantik oleh datuk tiri?

2. adakah datuk tiri masih hidup atau sebaliknya?

3. Boleh puan senaraikan waris faraid datuk tiri puan yang masih hidup?

Like

Awang Zainal

Assalamualaikum Ustaz.Saya mempunyai 5 orang adik beradik ia itu 4 lelaki dan 1 orng perempuan dan seorang adik angkat perempuan yg d bela oleh orang tua sejaklahir.Kedua dua ibu bapa kami telah tiada.Arwah meninggalkan harta sebuah rumah kedai dan tanah seluas 11.9 hektar yg d wariskan kepada saya.Atas desakan adik beradik saya akan menjual tanah pusaka ini dgn nilai RM5 juta. Bagaimana pengiraan pembahagian wang hasil jualan tanah ini kepada adik beradik saya termasuk adik angkat tersebut?Mohon pencerahan Ustaz..terima kasih

Like

Mahathir Mohd Noor


Wkum salam Sdr Awang Zainal,

dalam kes tuan waris faraid yang berhak keatas hasil jualan tanah hanyalah adik beradik kandung tuan sahaja. di mana :-

1. setiap seorang diantara adik beradik tuan yang lelaki akan mendapat 2 bahagian

2. seorang adik perempuan tuan akan mendapat 1 bahagian.

ini menjadikan keseluruhan bahagian adalah 9.

untuk mengetahui nilai bagi satu bahagian, maka RM5 juta perlu dibahagikan kepada 9 bahagian.

Manakala anak angkat tidak termasuk dalam golongan waris yang berhak menerima pusaka si mati. Namun, atas dasar kasih sayang maka ahli waris faraid boleh bersepakat untuk memperuntukan sebahagian kecil atau secara sama rata bahagian masing-masing kepada adik angkat tadi.

Allahu a’lam

Like

Ahmad Mubarak


Salam admin,saya ada soalan,bagaimana hukum faraid nak dilaksanakan jika semua tanah dah dibahagikan atas nama2 warisnya sebelum tuan punya harta meninggaldunia.semua waris dah ambil bahagian masing2 sehinggalah tinggal sekeping sahaja tanah yang diletakkan atas nama isteri si mati dan anak perempuan bongsunya.kemudian isteri si mati juga meninggal dunia,dan tinggallah anak bongsunya yang sudah pun berumur 48 tahun ketika itu.adakah anak tersebut berhak ke atas tanah itu ataupun masih lagi perlu dibahagikan mengikut faraid walaupun hanya ada dua nama di dalam harta itu?atau adakah perlu ditolak 1/2 bahagian anak itu dan 1/2 sahaja di bahagikan mengikut faraid iaitu milik nama isteri si mati yg telah meninggaldunia.mohon pencerahan.

Like

Mahathir Mohd Noor

Wkum salam,

bagi menjawab soalan tuan, dalam instrumen agihan harta islam terdapat perbezaan antara pemberian harta ketika hidup dan selepas kematian.

jika harta diberikan kepada waris ketika pemilik masih hidup ianya dipanggil hibah

jika harta diberikan kepada waris selepas kematian ianya dipanggil pusaka.

hukum faraid hanya akan wujud jika si mati meninggal dunia dan meninggalkan harta.

jadi, tiada isu jika tuan punya harta mengagih-agihkan hartanya ketika beliau masih hidup.

memandangkan si isteri ada menerima sekeping tanah yang berkongsi nama dengan anak perempuannya (saya menganggap hak masing-masing adalah 50-50) maka:-

hanya 50% bahagian si isteri tadi mesti diagihkan secara samarata atas persetujuan semua waris yang ada atau pun secara faraid kepada semua waris si istri yang berhak.

Allahu a’lam

Like

mazril

salam tuan

Bagaimana kalau yg meninggalnya adalah perempuan,
beliau meninggalkan
– seorang ibu
– seorang bapa
– adik beradik
– seorang suami
– anak2

Like

Mahathir Mohd Noor

wkum salam,

secara umumnya kadar pembahagian faraid bagi waris si mati adalah seperti berikut:-

1. Ibu dan bapa menerima 1/6 bahagian setiap seorang

2. Suami akan menerima 1/4 bahagian

3. Anak-anak lelaki dan perempuan akan menerima baki harta

adik beradik si mati tidak menerima harta pusaka si mati kerana dihalang (dihijab) oleh anak lelaki si mati

allahu a’lam

Like

anita mohd salleh

Assalamualaikum..Arwah kakak saya telah bercerai dan tiada anak.setelah lunas hutang arwah, baki wang Rm168k. Kami ada ayah, 1 saudara lelaki dan 10 saudara perempuan..macamana nak bahagikan?

Like

Mahathir Mohd Noor
05/04/2016 at 12:03


wkum salam,

dalam kes puan ni, segala harta peninggalan si mati akan diterima oleh ayah sahaja. adik beradik si mati tidak menerima pusakanya kerana dihijab oleh si ayah.

Allahu a’lam

Like

Akmal

Assalamualaikum.. pakcik saya baru meninggal dunia.. hanya meninggalkan tanah sebanyak 1 stgh ekar ..
Mempunyai waris.. seorang isteri.. 3 orang anak perempuan… 2 orang abang dan 4 orang kakak.. bagaimanakah cara pecahan tanah tersebut. Mohon pencerahan.

Like

Solehah

Assalammualaikum.
Kakak ipar saya seorang janda,anak perempuan seorang sahaja telah pun meninggal bererti ada menantu lelaki masih hidup.
Ayah dan ibunya juga telah meninggal iaitu ibubapa mertua saya.
Dia ingin menyerahkan sebahagian hartanya untuk suami tetapi suami menolak takut tersalah penerima sebab suami dan kakak ipar hanya sama ibu tetapi berlainan ayah.
Kakak ipar saya mempunyai seorang kakak yg sama ayah dan ibu tetapi telah meninggal dan mempunyai 3 org anak saudara( anak kakaknya seibu seayah yg telah meninggal).
Saudara seibu berlainan ayah yg masih hidup 3 perempuan dan hanya suami saya sahaja lelaki.
Persoalanya skrg….bagaimana caranya jika kakak ipar hendak menyerahkan sebahagian hartanya utk suami dgn cara yg betul.
Adakah suami termasuk dalam penerima faraid yg sah. Terima kasih.

Like

Mahathir Mohd Noor

wkum salam,

dalam persoalan puan ada berlaku salah faham tentang harta pusaka.

sebenarnya harta pusaka hanya akan terjadi setelah pemilik harta itu meninggal dunia dan pemberian harta pusaka mestilah kepada ahli waris faraid.

jika pemilik harta masih hidup, sebarang pemberian yang dibuat tidak tertakluk kepada hukum faraid. pemilik harta BEBAS untuk memberikan segala hartanya kepada sesiapa yang beliau inginkan.

dalam situasi puan, cara kakak ipar puan nak bagi harta tu dah betul. jadi penerima tidak semestinya waris faraid. suami boleh terima pemberian tersebut. kaedah sebegini dipanggil hibah.

Allahu a’lam

Like

liza

Assalamualaikum. Nenek sy telah meninggal dunia.simpanan tabung hj.rm10000.meninggalkan suami (datuk),3 anak perempuan,seorang adik lelaki kandung.bolehkah datuk sy menuntut hak sepencarian drp simpanan itu sblm difaraid?.bagaimana cara pembahagian duit ini?

Like

Mahathir Mohd Noor


wkum salam,

tuntutan harta sepencarian boleh dibuat tetapi memakan masa yang agak lama dan jumlah yang bakal diterima adalah tertakluk kepada keputusan mahkamah syariah. memandangkan harta si mati yang tinggal tidak besar, pada pandangan saya memadailah jika ianya diagihkan mengikut faraid sahaja.

Allahu a’lam

Like

hafiz

arwah ayah sy ada meninggalkan sbuah kreta wira dan kreta bkenaan tlah jual dgn harga rm3300 .

arwah tgalkan
1 isteri
5 anak lelaki
7 anak prempuan

jd bleh x kira brapa faraid utk wang RM3300 itu..

sekian phatian phak tuan puan.

Like

Ila

Salam…arwah ibu tlh mninggal dunia..pninggalan arwah rm10 375.00 bagaimnakah hukum afraid bg suami,1 ank lelaki dan 3 org ank prmpuan

Like

Mahathir Mohd Noor

wkum salam,

kadar bahagian faraid bagi setiap ahli waris adalah seperti berikut:-

1. suami : 5/20 bahagian

2. anak lelaki : 6/20 bahagian

3. anak perempuan : 9/20 bahagian

Like

Khairul

Salam Ustaz…

Saya ambil perlindungan insurans/takaful bagi isteri saya dan premium bulanan adalah dibayar sepenuhnya oleh saya. Jikalau isteri saya meninggal, adakah wang insurans ini perlu diagihkan mengikut hukum faraid atau dibayar sepenuhnya kepada saya.

Like

Mahathir Mohd Noor


wkum salam,

wang pampasan insurans / takaful tidak dikira sebagai harta pusaka. cara pembahagian wang tersebut adalah mengikut kepada budi bicara syarikat dan tidak perlu diagihkan mengikut faraid. cuma perlu diambil perhatian sekiranya insurans yang diambil adalah insurans konvensional maka tuan boleh mengambil sekadar jumlah premuim yang dibayar sahaja dan selebihnya hendaklah diserahkan ke baitulmal.

Allahu a’lam

Like

khairul anhar

Terima kasih ustaz. ..

Like

rahaslina binti ismail

as salam ustaz, saya cuma nak tanya..jika simpanan arwah di tabung haji sudah dibuat penama oleh arwah sebelum meninggal..adakah ia juga patut dikira sebagai harta pusaka dan wajib dibuat secara faraid.terima kasih banyak ustaz ya.jawapan ustaz sgt diperlukan.

Like

Mahathir Mohd Noor

wkum salam,

fungsi penama dalam mana-mana akaun simpanan, KWSP, Tabung Haji dan sebagainya hanyalah sebagai PEMEGANG AMANAH sahaja bukannya penerima. Penama WAJIB untuk mengagihkan baki akaun yang ada kepada waris faraid.

diharap saya menjawab soalan puan. Allahu A’lam

Like

zila


assalamualaikum.. bolehkah sy bertanya mengenai pembahagian faraid bagi 5 beradik, harta dari arwah ibu dan ayah..3 lelaki dan 2 perempuan.. bagaimana cara kiraan pembahagian ya tuan?

Like

Mahathir Mohd Noor

Wkum salam,

anak perempuan akan berkongsi 2/8 bahagian manakala anak lelaki akan berkongsi 6/8 bahagian.

Allahu A’lam

Like

husaimi

Salam.emak saya telah meninggal dunia.

begitu juga bapa, pun telah lama meninggal dunia.

yang tinggal 2 org anak lelaki.
bagaimana cara agihanya?

adik beradik emak ada 3 org.

Like

Mahathir Mohd Noor

wkum salam,

kedua-dua anak lelaki si mati akan berkongsi harta pusakanya secara sama rata. manakala adik beradik si mati tidak menadpat bahagian dari harta pusakanya.

Allahu A’lam

Like

JOHARIAH BINTI HAMAD


assalamualaikum. gaji arwah suami sya, untuk 14 hari sebelum dia meninggal berjumlah Rm 3241.32. bagaimanakah pembahagian faraid nya. waris simati ialah: ibu, bapa, isteri, anak lelaki ( 1 org), anak perempuan (2 org). terima kasih.

Like

Mahathir Mohd Noor

Wkum salam,

Bahagian faraid bagi setiap waris arwah adalah seperti berikut:-

1. Ibu : 12/72 bahagian

2. Bapa : 12/72 bahagian

3. Isteri : 9/72 bahagian

4. Seorang anak lelaki : 26/72 bahagian

5. 2 orang anak perempuan berkongsi 13/72 bahagian.

Cara nak agih bahagikan jumlah wang kepada 72 bahagian untuk mengetahu nilai bagi satu bahagian dan seterusnya darabkan bahagian masing2 dengan nilai satu bahagian.

Allahu a’lam

Like

rafiah


10.3.2016 – Rafi
Minta tolong ustaz membuat pengiraan bahagian tanah 1/2 bahagian dan di pecahkan kepada waris-waris bagi memudahkan pihak kami menyediakan perintah pembahagian seperti berikut:-
1. isteri – ( 3/24 bahagian)
2. anak lelaki – ( 17/24 bahagian)

1. anak perempuan – (1/60 bahagian)
2. anak perempuan – (1/60 bahagian)
3. anak perempuan – (1/60 bahagian)
4. anak perempuan – (1/60 bahagian)
5. anak lelaki – (2/60 bahagian)
6. anak lelaki – (2/60 bahagian)
7. anak lelaki – (2/60 bahagian)

Like

Kanwar

Salam.suami telah meninggal dunia.begitu juga bapa dan emak si mati pun telah meninggal dunia.yg tinggal hanya isteri dan anak2.adakah agihan masih lagi 1/8 untuk si isteri dan lebihannya dibahagikan kepada anak2?.sekian.

Like

Mahathir Mohd Noor

wkum salam puan,

ye puan. memandangkan si mati mempunyai anak maka isteri si mati hanya menerima 1/8 bahagian daripada harta pusakanya.

jika si mati meninggalkan anak lelaki atau lelaki dan perempuan, maka baki harta akan dikongsi oleh mereka dengan nisbah lelaki 2 bahagian dan perempuan satu bahagian.

jika si mati menginggalkan seorang saja anak perempuan, maka anak itu akan menadpat 1/2 daripada harta pusaka si mati dan bakinya perlu diberikan kepada saudara seibu sebapa lelaki dan perempuan si mati (jika ada)

jika si mati mempunyai lebih daripada seorang anak perempuan maka mereka akan berkongsi 2/3 daripada harta pusaka si mati manakala bakinya perlu diberikan kepada saudara seibu sebapa lelaki dan perempuan si mati (jika ada)

begitulah cara pembahagian faraid secara ringkas. allahu a’lam

Like

Syazlin


Salam. Bagaimana pengiraan tabung haji nilai 1686.11.anak lelaki 3 n Pompuan 3.

Like

Ruslina
05/03/2016 at 00:04


Salam tuan..
Arwah suami sy bru mnggal pd bln Jan yg lepas..
Arwah mninggalkn seorg ayh (ibu sudah mnggal), seorg balu iaitu sy , 2org ank lelaki dan 1org prpuan..
Dalam soal ni ayh xnk apa2 dlm pmbahagian hrta ini.. sy nk tahu mcmmna pngiraan mengikut faraid..
Senarai harta arwah:
1) Asb : 50K
2) Bsn : 6K
3) T.Haji : 10K
(Arwah telah bt penama iaitu sy. Adakah d kira hrta pusaka?)
4) tanah 3lot : 120K
5) SSP : 1K

Terima kasih tuan.

Like

rafiah


Rafi, 3.3.2016
Asalamulaikum ustaz, macam mana saya nak kira bahagian ibu arwah yang dapat 4/24 bahagian untuk dipecahkan kepada anak-anaknya pula :-
1. 4 orang anak perempuan
2. 3 orang anak lelaki
sila buat cara pengiraan dengan mudah.
Terima kasih diatas jawapan semalam.

Like

Mahathir Mohd Noor


puan tak payah nak kira. pergi je ke pejabat tanah isi borang untuk pentadbiran harta pusaka. nanti proses memasukan bahagian dan nama tu pegawai pejabat tanah yang uruskan.

Like

Mahathir Mohd Noor

wkum salam…

innalillahi wainna ilaihi rojiun…

pengiraan faraid bagi ahli waris arwah makcik puan adalah seperti berikut:-

(a) kadar bahagian ahli waris

1. kakak : 1/12 bahagian

2. adik perempuan : 1/12 bahagian

3. 5 orang adik beradik lelaki : 2 bahagian tiap seorang

(b) nilaian aset arwah

1. simpanan : RM20,000

2. ASB : RM5,000

3. Pampasan Insurans : RM50,000 (anggaran saya sahaja)

4. Tabung Haji : RM40,000

5. EPF : RM30,000

6. Rumah di Petaling Jaya : RM700,000 (anggaran saya sahaja)

7. Kereta Honda : RM60,000 (anggaran saya sahaja)

TOTAL ASET ARWAH = RM905,000

Setiap satu bahagian bernilai : RM76,416.66

(c) pembahagian

1. kakak dan adik perempuan arwah akan menerima sebanyak RM76,416.66 setiap seorang

2. 5 orang adik beradik lelaki arwah akan menerima RM150,833.33 tiap seorang

PERHATIAN : Ini adalah nilaian sahaja dengan anggapan semua aset arwah dicairkan. Cara pembahagian adalah tertakluk kepada persetujuan ahli waris.

Like

hazlina


Tuan
Sekiranya rumah tidak d cadang utk d jual
Apakah cara terbaik utk penyerahan hak rumah tersebut Dan siapa yg bhak.
Kereta mempunyai baki pinjaman d bank rm7ok
Bagaimana cara terbaik pnyelesaian pinjaman.terima kasih
Hazlina

Like

Mahathir Mohd Noor

rumah semua ahli waris berhak. boleh masukkan nama mereka dalam geran.

baki pinjaman kenderaan perlu dijelaskan terlebih dahulu menggunakan aset arwah yang ada. setelah itu baru baki harta dibahagikan ikut faraid

Like

Hazlina

Salam tuan
Bagaimanakah pengiraan faraid utk makcik saya (usia58) yg baru sahaja meninggal dunia Jan 2016
-bujang
-simpanan bank 20k
-simpanan insurans
-tabung haji 40k(Ada penama)
-asb 5k (tiada penama)
-epf 30k (tiada penama)
-rumah single storey d petaling jaya
-kerete Honda pinjaman berbaki 7 thn lagi
Ahli keluarga
1-kakak(ibu saya)
1-adik perempuan
2-abg
3-adik lelaki
Mohon bantuan tuan.terima kasih

Like

rafiah

Rafi,2.1.2016
asalam mulaikum ustaz, saya nak buat pembahagian harta untuk 1/2 bahagian tanah, suami telah meninggal pada 2013, dengan meninggalkan anak lelaki dan isteri, ibu arwah telah meninggan pada 2015 dengan meninggalkan anaknya 4 perempuan dan 3 lelaki

Like

Mahathir Mohd Noor

wkum salam puan,

suami meninggal pada tahun 2013 ketika itu waris faraid yang ada adalah:-

1. ibu : 4/24 bahagian

2. Isteri : 3/24 bahagian

3. Anak Lelaki : 17/24 (baki aset)

walau bagaimanapun pada tahun 2015 ibu arwah meninggal dunia sedangkan bahagiannya belum diperolehi. oleh itu waris arwah ibu (4 perempuan & 3 lelaki) akan menerima bahagian pusakanya pada nisbah lelaki 2 bahagian dan perempuan 1 bahagian.

pembahagian boleh dibuat samada memasukan semua nama waris dalam geran atau pun tanah itu dijual dan hasilnya dibahagikan mengikut kadar bahagian masing-masing.

Like

yazid

KONGSIKAN PENGIRAAN BAGI KES KEMATIAN BERLAPIS

Like

noryati binti yaacob

Assalamualikum…saya nk tanya tentang pengiraan harta mengikut faraid mak saya baru meninggal. bil anak 5 lelaki dan 4 perempuan..saya pemegang amanah untuk menyimpan wang tunai dan barang kemas sewaktui hidup..kalau blh sya nk segerakan pembahagian harta di atas. walaupun sedikit saya rasa perlu disegerakan pembahagian tersebut. terima kasih

Like

Mahathir Mohd Noor

wkum salam puan,

innalillahi wainna ilaihi rojiun…

pertama sekali takziah dari saya atas pemergian mak puan. semoga rohnya ditempatkan bersama roh-roh orang yang beriman hendaknya.

ok, berdasarkan soalan puan diatas di sini saya berikan kadar faraid bagi tiap2 adik beradik puan.

bahagian adik beradik lelaki 2 bahagian setiap seorang

dan adik beradik perempuan 1 bahagian setiap seorang

bahagian asal adalah sebanyak 14 bahagian.

cara nak bagi,

campurkan nilai barang kemas dan wang tunai itu.

kemudian bahagi kepada 14 bahagian utk dapatkan nilai setiap satu bahagian.

maka akan dapatlah nilai bagi bahagian setiap waris tadi.

semoga penjelasan ini dapat membantu puan.

Like

Mohamad Zaed

Asalamualaikum Tuan,bapa mertua saya tlh mnggl 9 tahun lpas. Arwah meninggalkan seorang isteri,seorang anak lelaki dan 2 anak perempuan. Harta yg ditinggalkan ialah sebijik rumah rm140k,sebijik rumah berharga rm23k,kereta rm15k,motosikal rm1k dan ASB rm70k.Ada sebidang tanah sebelah rumah telah dihibahkan dan telah ditukar nama kpd isteri saya kira2 15 tahun sblm arwah mnggl berharga rm13k. Minta ustaz tolong buatkan pengiraan untuk faraid waris? Jazakallah ustaz.


Mahathir Mohd Noor


wkum salam tuan zaed,

pertama sekali saya bukan ustaz. saya ni orang biasa saja.

apa pun terima kasih kerana bertanya,

jawapan bagi persoalan tuan adalah seperti berikut:-

(a) kadar bahagian faraid ahli waris

1. isteri = 1/8 bahagian

2. anak = baki harta dimana lelaki 2 bahagian dan perempuan 1 bahagian

setelah ditashehkan asal masalah maka bahagian masing2 adalah seperti berikut:-

1. isteri = 3/24

2. anak lelaki = 14/24

3. anak perempuan = 7/24

(b) nilaian harta

1. 2 biji rumah bernilai RM163,000

2. kenderaan bernilai RM16,000

3. ASB berjumlah RM70,000

Total aset arwah = RM249,000

(c) nilai bahagian utk setiap waris

bahagian keseluruhan adalah sebanyak 24 yang dibahagikan dengan nilai aset (RM249,000) dimana setiap bahagian adalah bernilai RM10,375

bahagian isteri adalah 3 bahagian yang bersamaan dengan RM31,125

bahagian anak lelaki adalah 14 bahagian yang bersamaan dengan RM145,250

manakala bahagian anak perempuan adalah sebanyak 7 bahagian yang bersamaan dengan RM72,625. Jumlah ini perlu dikongsi oleh kedua-dua anak perempuannya yang menjadikan setiap seorang akan menerima RM36,312.50

nota : tanah tidak termasuk dalam harta pusaka kerana pemilikan telah pun bertukar semasa arwah masih lagi hidup.

semoga penerangan ini dapat membantu.

Like

Muhammad


assalamualaikum tuan…sekadar ingin tahu ..baru-baru ni abg saya telah meninggal dunia .dan meninggalkan 3 anak perempuan serta isteri..bapa masih hidup dan adik lelaki si mati..

Like

Mahathir Mohd Noor


wkum salam,

maaf dalam soalan diatas tuan tak nyatakan perkara yang tuan nak tahu tu. boleh tolong jelaskan?

Like

ibnubakr

Salam. Mengikut perkiraan diatas. Jika si mati meninggalkan hanya waris anak. Setiap anak lelaki dan perempuan mendapat bahagian yg sama..?

Liked by 1 person

ibnubakr

Maaf, contoh di atas lelaki dapat lebih,. Jika kesnya ada 6org anak lelaki 2 perempuan. Bagaimana cara kiranya?



Mahathir Mohd Noor


kita ambil contoh yang sama cuma bilangan anak ikut contoh tuan. jadinya:-

Bapa = 1/6

Ibu = 1/6

Isteri = 1/8

Anak Lelaki & Perempuan = Baki dengan nisbah lelaki 2 bahagian perempuan 1 bahagian.

pengiraan untuk Bapa, Ibu dan Isteri sama ikut contoh dalam artikel.

Untuk Anak-anak ada sedikit berbeza iaitu:-

6 orang anak lelaki = 12 bahagian

2 orang anak perempuan = 2 bahagian.

Total = 14 bahagian.

Bersasarkan contoh dalam artikel diatas, baki harta yang belum diagihkan adalah sebanyak RM1,625,000.

Jadi jumlah RM1,625,000 / 14 = RM116,071.43 untuk satu bahagian.

Bahagian keseluruhan anak lelaki = RM116,071.43 * 12 bahagian = RM1,392,857.16

Dimana setiap seorang akan dapat sebanyak RM232,142.86

Manakala

Bahagian keseluruhan anak perempuan = RM232,142.86

Dimana setiap seorang akan dapat sebanyak RM116,071.43

Like

Aida Ibrahim

as salam..ayah saya baru meninggal, mempunyai 3org anak perempuan & isteri, mak masih hidup.

Saudara 1ibu 1bapa: 1lelaki
Saidara 1bapa: 4lelaki 3perempuan

Harta Peninggalan:

4ekar tanah
Tabung Haji 15k
Simpanan 25k

bagaimana pengiraan faraid?


Mahathir Mohd Noor


wkum salam,

(1) pengiraan faraid bagi waris ayah puan adalah seperti berikut:-

1. Isteri = bahagian asal 1/8. selepas ditashehkan menjadi 9/72

2. 3 orang anak perempuan = bahagian asal 2/3. selepas ditashehkan menjadi 16/72 seorang

3. Saudara lelaki seibu sebapa = baki selepas ditashehkan menjadi 15/72

*Saudara lelaki sebapa dan saudara perempuan sebapa tidak mendapat bahagian kerana terhalang oleh Saudara lelaki seibu sebapa.

(2) nilaian harta arwah

1. 4 ekar tanah = RM200,000 (anggaran)

2. Tabung haji = RM15,000

3. Akaun simpanan = RM25,000

TOTAL = RM240,000

Nilai untuk setiap bahagian adalah = RM3,333.33

Maka dengan itu bahagian yang diterima oleh setiap waris adalah:-

1. Isteri = RM29,999.97

2. 3 orang anak perempuan = RM53,333.28 tiap-tiap seorang

3. Saudara lelaki seibu sebapa = RM49,999.95

harap ianya menjawap persoalan puan. Allahu a’lam

Like

AKmal


Assalamualaikum, saya ingin bertanya bagi pihak suami saya di mana beliau baru sahaja kematian bapa. Emak sudah tiada. Yg tinggal hanya suami dan kakaknya iaitu 2 beradik sahaja. Peninggalan arwah hanyala 2 biji rumah n duit tidak sampai 15k beserta sebiji kereta. Bagaimanakah pembahagian herta tersebut mengikut faraid. Harap dapat membantu tuan. Terima kasih

Liked by 1 person

Mahathir Mohd Noor

wkum salam,

terima kasih atas pertanyaan puan.

kadar bahagian faraid bagi waris arwah adalah:-

seorang anak lelaki = 2/3 bahagian

seorang anak perempuan = 1/3 bahagian

berapa jumlah setiap waris dapat itu bergantung kepada nilaian kesemua aset yang dinyatakan.

Allahu a’lam.

Like

admin



Wkum salam Tn. Wan Kamal.

Pertama sekali terima kasih kerana sudi mengunjungi blog Bijak Pusaka.

berikut adalah jawapan bagi soalan yang diajukan:-

sebelum harta tuan diagihkan, pertama sekali perlu dikenalpasti siapakah waris faraid yang berhak untuk menerima harta pusaka peninggalan tuan.

menurut maklumat yang diberikan, waris faraid yang berhak menerima harta pusaka tuan adalah terdiri daripada :-

1. Isteri (1/8 bahagian)

2. Ibu (1/6 bahagian)

3. Ayah (1/6 bahagian + baki jika ada)

4. Anak Perempuan (1/2 bahagian)

memandangkan ayah tuan masih lagi ada, maka abang dan adik beradik tuan yang satu ayah dan satu emak tidak berhak menerima harta pusaka tuan kerana dihalang (hijab) oleh ayah tuan.

Ok. masalah waris yang berhak menerima pusaka tuan dah selesai.

Sekarang mari kita lihat pula pada jumlah aset yang tuan ada berdasarkan maklumat di atas:-

1. rumah 2 buah ( saya anggarkan setiap rumah bernilai RM250K)

2. wang simpanan dan tabung haji bernilai RM38K

Jadi jumlah keseluruhan nilai aset tuan adalah sebanyak RM538K

Berdasarkan asas pengiraan yang saya tunjukan di atas, RM538K perlu dibahagikan kepada 24 bahagian menjadikan setiap bahagian berjumlah RM22,416.66. maka setiap waris yang menerima pusaka berhak mendapat:-

1. Isteri = 3 bahagian (RM67,249.98)

2. Ibu = 4 bahagian (RM89,666.64)

3. Ayah = 4 bahagian beserta baki (RM89,666.64 + RM22,416.66 = RM112,083.30)

4. Anak Perempuan = 12 bahagian (RM268,999.92)

inilah pengiraan faraid untuk waris tuan.

namun, apa yang saya tunjuk ini bukanlah suatu yang muktamad. tuan masih ada ruang untuk membuat perancangan bagaimanakah cara agihan yang terbaik buat ahli waris tuan memandangkan majoriti aset yang tuan miliki berbentuk aset tetap yang mana jika ikutkan contoh diatas waris perlu untuk menjual kedua-dua aset tersebut untuk mendapatkan hak masing-masing.

diharap saya menjawab soalan tuan. Wallahu a’lam…

Like

wan kamal


as salam..saya hanya mempunyai seorg anak perempuan sahaja..isteri..mak dan ayah yg masih hidup..harta..2 biji rumah..tabung haji..akaun simpanan..berjumlah 38k..bagaimana pengiraan faraid? Ada abg dan adik lelaki yg 1 ayah dan 1 emak..


Bob

Assalam..minta admin jelaskan masalah sy…si mati meninggalkan 2 isteri dan 6 anak.6 org anak dr anak isteri pertama 2 lelaki dan 4 perempuan..dan isteri kedua mempunyai anak dr bekas arwah suami dulu.si mati dan isteri kedua tiada anak..si mati juga yatim piatu..harta yg ditinggalkn 4 buah rmh.4buah kereta 2 bidang tanah sebuah bot nelayan dan cash rm850k..

Sumber:

https://bijakpusaka.wordpress.com