Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

24 April 2017

Jutawan iDANRADZi.



Udah lama sangat Sijil Simpanan Premium (SSP) aku tak menang. Ada beberapa kali dapat hadiah berupa SSP sekitar RM300. Sijil milik Mila pun pernah dapat mini kompo juga SSP.

Aku pun tak pasti berapa banyak aku simpan SSP ini; yang aku tebus pun banyak juga. Semua duit BR1M dua kali aku dapat semuanya aku tukar ke SSP di Bank Simpanan Nasional. Agar membiak!.



Sejarah BR1M... awal diperkenalkan aku layak sebab geng Abg Najib tak dapat kesan Mila di mana. Bila masuk ke fasa BR1M3 udah sangkut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) tolak permohonan BR1M aku dengan alasan tak dapat mengesan isteri aku Mila ini siapa pun kerja di mana (emm... PATI agaknya, Aku tak pernah berbohong tulis nama & Mykad Mila dalam tulisan rumi; bukan tulisan Benggali) tahun ke empat BR1M4 ada staf LHDN geng Abg Najib ini telefon Mila nak sumbat suaminya aku ke dalam lokap. Sebab katanya aku kasi maklumat palsu; sebabnya aku tak tulis status perkahwinan... berkahwin. Moralnya jika udah memang tak dapat kesan Mila dalam permohonan sebelum ini; apa perlunya nak tulis maklumat Mila dalam permohonan yang terkini.

Isunya elaun bersara aku cumalah sekitar RM1,000. Manalah nak cukup hidup berkeluarga. Sebab itulah aku memohon BR1M; aku baca berita pun ada ratusan juta RM... BR1M tidak diagihkan. Jika LHDH tolak permohonan BR1M aku sebelum ini, lojiknya Mila kenalah kasi BR1M kepada aku; untuk aku bayar pelbagai cukai yang terus naik, juga GST yang kini tetiba ujud 6%; pencen cuma naik 2%. Nampak sangat ini satu penganiaya. Bukan aku nak joli.

Sepanjang hayat aku memang tak pernah pun tahu berapa gaji Mila. Bertanya pun tak pernah sebab aku tahu ianya isu teramat sensitif buat Mila. Bonos Mila lagilah aku tak tahu. Melalui BR1M dapatlah congak rupanya Mila tu seorang yang kaya raya. Baru tahu. Cumanya Mila berkerja sekitar dua tahun sahaja lagi.

Agar sesiapa yang terbaca nota ini doakanlah aku menang hadiah lebih besar dalam cabutan SSP setiap hujung bulan. Manalah tahu atas doa dari kalangan 12,595 rakan/ahli KuCuiT satu hari nanti aku akan jadi jutawan. Seronoknya berangan!.

#KuCuiT

20 April 2017

Cara Menanam Durian Montong Agar Cepat Berbuah



Cara menanam durian montong agar cepat berbuah itu cukup mudah - Rasanya sedikit sekali yang tidak menyukai buah yang satu ini. Selain karena rasanya yang legit nan lezat, buah durian juga memiliki aroma yang khas. Banyaknya jenis durian membuat penikmatnya semakin senang berburu buah berduri yang satu ini. Namun tetap saja durian montong masih menjadi salah satu jenis durian yang menjadi primadona. Dagingnya yang tebal dan rasanya yang tidak diragukan lagi ini, membuat orang semakin banyak membudidayakannya untuk mendapat keuntungan. Karena hal tersebut tidak mengherankan jika banyak pembudidaya yang mencari cara menanam durian montong agar cepat berbuah.



Banyaknya pembudidaya durian montong membuat anda harus pintar-pintar memilih dan menentukan cara menanam durian montong agar cepat berbuah, dan memiliki buah yang maksimal. Berikut adalah cara menanam durian montong agar cepat berbuah yang sebaiknya anda lakukan jika akan menanam durian ini, dan tidak terlalu lama menunggu untuk menikmati buahnya. Hasil buahnya juga bagus dan tidak mengecewakan.

Pemilihan Bibit



Cara menanam durian montong agar cepat berbuah yang pertama ini harus sangat anda perhatikan. Pilihlah bibit yang bagus. Bibit merupakan elemen yang sangat penting untuk menentukan, apakah pohon durian anda akan cepat berbuah atau tidak. Namun jika anda memiliki kemampuan khusus, sebaiknya anda melakukan pembibitan sendiri bukan membeli bibit yang sudah jadi.

Menyiapkan Media Tanam

Hal ini juga menentukan sebagai salah cara menanam durian montong agar cepat berbuah. Perhatikan tempat anda menanam pohon durian anda mulai dari tanah, pH asam dan basa tanah, pengairan, jadwal menanam hingga menetapkan luas area penanaman.

Bersihkan dahulu lahan yang akan anda tanami pohon durian sebelumnya. Singkirkan batu-batu dan tanaman-tanaman lain yang akan mengganggu pertumbuhan pohon durian montong anda.
Membuat Bedengan

Tanah yang akan anda jadikan bedengan harus anda cangkul sedalam kurang lebih 30 cm, dan menjadikan tanahnya menjadi gembur. Campur tanah yang sudah anda cangkul tersebut dengan kompos dan pasir yang sudah anda persiapkan sebelumnya. Untuk bendengan dengan ukuran lebar 1 m dan panjang 2 m, berikan pupuk kompos sebanyak 5 kg dan pasir juga sebanyak 5 kg. Biarkan tanah tersebut tercampur selama satu minggu dan semprot dengan basamid untuk mencegah timbulnya bakteri dan jamur.
Perhatikan Jarak Antar Tanaman

Jarak yang paling sering digunakan untuk membudidayakan durian montong adalah sekitar 10 hingga 12 meter. Jarak ini akan berpengaruh penting jika pohon durian sudah besar dan akan berbuah.
Cara Menanam yang Benar

Setelah bibit sudah dianggap cukup untuk ditanam di lahan perkebunan dengan tinggi sekitar 75 hingga 150 cm, cara menanam menentukan buah yang akan dihasilkan. Caranya adalah dengan membuka polybag bibit dengan hati-hati, dan masukan bibit ke dalam lubang yang telah digali sampai batas leher. Tutupi pangkal bibit dengan jerami atau rumput kering, lalu siram dengan air. Berikan naungan untuk melindungi bibit yang baru ditanam agar tidak kering dan mati. 

Pemeliharaan Pohon Durian Montong



Lakukan penyiangan untuk menghindari persaingan, pemangkasan dan pemupukan. Pada tahap awal, buatlah selokan kecil untuk meletakkan pupuk dan tutup kembali selokan. Jenis pupuk yang digunakan adalah pupuk buatan, pupuk kompos atau kandang dan pupuk hijau. Setelah tiga bulan, berikan pupuk NPK sebanyak 200 gram per pohon. Setahun sekali berikan pupuk kandang.

Itulah beberapa cara menanam durian montong agar cepat berbuah yang bisa anda lakukan. Selamat mencoba dan semoga penanaman durian montong anda sukses. 

17 April 2017

Solat Sunat Rawatib


Rawatib berasal daripada perkataan ‘raatib‘ yang bermaksud berterusan. Oleh kerana itu Solat Sunat Rawatib dilakukan beriringan secara berterusan sebelum dan selepas solat fardhu lima waktu.

Solat Sunat Rawatib biasa juga disebut solat sunat Qabliyyah (sebelum) dan sunatBa’diyyah (selepas). Ia merupakan pendamping atau pelengkap bagi solat wajib yang bertujuannya untuk mencari keredaan Allah di samping menampung sebarang kekurangan ketika melakukan solat fardhu.

Selepas azan Zuhur dianjur mengerjakan solat Qabliyyah dua rakaat. Apabila cukup waktu kerjakanlah dua rakaat lagi. Setelah selesai solat fardhu Zuhur, kerjakanlah solat Ba’diyyah dua rakaat pula, bila ada masa tambahkanlah dua rakaat lagi.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas Zuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka” (H.R. Abu Daud & Tirmidzi)

Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Semoga Allah merahmati orang yang solat sunat Zuhur empat rakaat.” (Hadis riwayat Ahmad dan At-Tirmizi r.a.)

Pada Solat Sunat Rawatib sebelum Asar (Qabliyyah) adalah dua hingga empat rakaat manakala selepas Asar tidak ada rawatib Ba’diyyah. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka” (H.R. At-Tabrani)

Selepas solat fardhu Maghrib kita boleh melakukan Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah sebanyak dua rakaat dan solat Maghrib tidak ada Rawatib Qabliyah. Pada solat Isyak terdapat dua rakaat Solat Sunat Rawatib Qabliyyah dan dua rakaat Ba’diyyah. Adapun untuk solat Subuh, hanya ada dua rakaat sebelumnya (Qabliyyah), Solat Subuh tidak ada Solat Rawatib Ba’diyyah malah makruh solat selepas subuh.

Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai keutamaan Solat Sunat Rawatib. Jumlah yang mu’akkad (digalakkan) ialah 10 raka’at atau 12 raka’at, dalilnya:

عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ حَفِظْتُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ

Dari Ibnu Umar bahawa; “Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat sesudahnya Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaatseusai Isyak (juga di rumah) dan 2 rakaat sebelum solat Subuh.” (HR Bukhari-Muslim, Bukhari)

.
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ

Dari Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat Zuhur dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudahMaghrib, 2 rakaat selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh.” (Hadis riwayat Turmizi r.a.)
.
Solat sunat Rawatib yang mu’akkad
Solat 2 raka’at sebelum solat fardhu Subuh.
Solat 2 raka’at sebelum solat fardhu Zuhur atau Juma’at.
Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Zuhur atau Juma’at.
Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Maghrib.
Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Isyak




Apabila ada kekuatan dan kelapangan lakukanlah 12 raka’at Solat sunat rawatib yang sudah tentunya lengkap dan sempurna. Jika kesibukan, cukuplah lakukan 10 raka’at sahaja.

CARA MENGERJAKAN SOLAT SUNAT RAWATIB

1. Cara mengerjakan Solat Sunat Rawatib ini sama seperti dengan cara mengerjakan solat Subuh, hanya niatnya yang berbeza. Solat Sunat Rawatib Zuhur, berniat mengerjakan solat sunat rawatib Qabliyyah atau Ba’diyyah dan dikerjakan dengan cara individu (Munfarid, tidak berjamaah).


2. Niat Solat Rawatib:

a. Solat Sunat Rawatib Qabliyyah (sebelum)



Daku menunaikan solat sunat sebelum (Zuhur / Asar / Isyak / Subuh) dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
.
b. Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah (selepas).



Daku menunaikan solat sunat selepas (Zuhur / Maghrib / Isyak) dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.

3. Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:

Rakaat 1: Surah al-Kafirun
Rakaat 2: Al-Ikhlas
.
Peringatan:
Semasa melakukan takbiratul ihram solat sunat Rawatib, wajib diniatkan sama ada solat itu Qabliyyah atau pun Ba;diyyah.
Solat sunat sebelum fardhu Subuh dan sebelum fardhu Asar tidak perlu disebut atau diniatkan Qabliyyah.
Solat-solat sunat Rawatib ini tidak dituntut berjama’ah.
Solat-solat sunat Rawatib lebih utama dikerjakan di rumah.
Jika lebih 2 raka’at, lakukan tiap-tiap 2 raka’at satu salam.
.
Qada solat Rawatib

Nabi Muhammad SAW sangat mementingkan dan menjaga solat-solat sunat, terutama yang mu’akkad. Rasulullah SAW bersabda; “Dua rakaat sunat Subuh, lebih aku sukai daripada seisi dunia.” (Hadis riwayat Muslim)

Masuknya waktu solat sunat qabliyyah adalah ketika masuknya waktu solat tersebut dan ianya berakhir setelah masuknya waktu solat selepasnya. Apabila Rasulullah SAW tidak dapat melakukan pada waktunya, Baginda SAW pasti akan mengqadakan solat tersebut pada waktu berikutnya.


Daripada Aisyah r.a.; “Bahawa jika Rasulullah SAW tertinggal solat empat rakaat sebelumZuhur, maka Baginda SAW melakukannya selepas Zuhur.” (Hadis riwayat Turmizi r.a.)

Daripada Kitab ‘Mughni al-Muhtaj’; “Seandainya terluput akan solat sunat yang berwaktu, disunatkan mengqadakannya.” Maka solat sunat yang berwaktu boleh diqadakan sama seperti solat fardu.

25 Februari 2017

MERANCANG WAKTU


Dalam jurnal@blog lamaku ada aku tulis bab strategi menentukan arah hidup; (sayang jurnal tersebut buat masa ini tak dapat diakses; servernya habis kena godam... ish ada 1001 catatanku ghaib)

Sila ikut sasaran merancang masa ini agar kehidupan kita tidak jadi keliru kecamuk & cacamarba. Ada empat sasaran kerja. Ikutlah turutan ini agar segala urusan teratur & tidak sampai membuang waktu.

1. Mana yang segera & penting.
2. Mana yang tak penting tapi segera.
3. Mana yang penting tapi tak segera.
4. Mana yang tak penting & tak segera.

Yang kasi tips ini Pakar motivasi dari Rusia tetapi fasih berbahasa Inggeris. Dia kata kalau kita pandai mengimbangkan benda penting & segera ini pasti hidup kita tak akan rumit. Yang pasti dia letakkan chit-chat, ym, blog FB & wsapp itu bukan kategori penting mahupun segera. (Sekarang ada bos guna wsapp untuk urusan rasmi... emm ini agak pelik! manusia kini kena sentiasa dekat di WiFi)

Sasaran masa yang utama SEGERA & PENTING.

1. Segera & penting.

Solat dah tentu; ianya adalah Rukun Islam yang kedua. Tertinggal solat sebab nak kejar perkara lain ianya amat nazak lagi naif. Antara perkara yang lain yang perlu didahulukan segera & penting katanya jika isteri mahu bersalin. Keluarga kemalangan teruk. Sakit perut! Strok atau pengsan... Apa jua kecemasan jika kita lambat bertindak akan mendatangkan maut. Samalah makan ubat jika memang sakit kronik, segeralah makan ubat jika sudah memang rasa tak sihat ianya amat penting.

Temujanji: jika abaikan rasa tak penting tak segera menepati janji, maka awak sahih seorang munafik.

2. Tak penting tapi segera;

Hantar & mengambil anak ke sekolah; jika kita memang tak mampu kita boleh serahkan bas sekolah menghantarnya tapi tindakan kena segera;

Membeli belah kita boleh suruh orang rumah atau pembantu belikan tapi jika lambat bertindak mana sayur beras nak makan. Memasak ada ketika memang tak penting masak sendiri tapi kena segera... bila dah lapar sangat atau anda berpuasa saat berbuka udah nak sampai; kena segeralah cari makan. Atau beli sahaja jika memang duduk sendirian duit pun memang banyak. Kenyang itu tak penting sebab agama Islam pun sarankan berhenti makan sebelum kenyang tapi ikut jadual amat penting.

3. Penting tapi tak segera.

Seperti Rukun Islam terakhir Mengerjakan Haji boleh ditangguhkan jika ada masalah lain tapi ianya amat penting jika sudah sedia. Malahan bila telah cukup kemampuan akan jatuh berdosa jika sengaja tidak mahu naik Haji.

Begitu juga tidur, jika kerja banyak terpaksa lewat tidur tapi penting amat untuk cukup tidur. Bersenam tak mesti kena buat segera tapi sebaiknya sehari paling malas 20 minit.

Bayar bil, selalunya ada tempohnya jadi tak perlu disegerakan tapi kena bayar jika tidak seperti cukai pintu mahal dendanya atau seperti bil elektrik jika tak bayar akan dipotong elektrik di rumah.

4. Tak penting & tak segera.

Berinternet atau YM, blog, FB atau Wsapp siapa nak marah kita jika tak ketik sehari atau sebulan; tolong ingat sikit saya yang berjinak denga FB ini sekitar sebulan dah dapat lebih 300 kenalan. Nak buang kawan 300 ratus sehari pun tak siapa nak marah!. Jadi apa masalahnya lantaran FB sampai kerja hakiki terabai begitu!.

Samalah jualan langsung atau gores & menang. Kalau kita kaji penting ke benda ini? Perlu segerakah mahu menjadi ahli. Contohnya menjadi ahli jualan langsung Penapis Air ada yang sanggup buat pinjaman sampai RM20K. Sedangkan di pasaran bersepah Penapis Air jauh lebih baik, jauh lebih murah harganya dua kali ganda murah dari harga jualan langsung. Penting sangatkah benda ini. Segera@urgent sangatkah keperluannya?.
Rumusan.

Samalah jika nak menonton wayang atau mahu melancong atau  mencari hiburan yang lain, penting sangatkah?. Tak perlu pun disegerakan. Carilah masa yang sesuai untuk santapan jiwa awak!.

Sebagai rumusan terpulang kepada anda nak merancang masa anda. Cuma imbangkan; sebagai contoh di zaman moden kini ada orang perempuan terlalu penting solat berjemaah sampai tak masak di rumah, saya rasa ini satu kesilapan sebab; selain ibadah memasak itu juga satu kerja harian yang dianggap Islam sebagai ibadah. Imbangkan niat awak, semua niat baik itu menghalalkan cara. Maksudnya jangan tunggang terbalik terlalu nak kejar pahala jemaah sampai rutin harian yang lagi banyak pahalanya terabai.

Bagi perempuan atau para isteri; ada ketika solat berjemaah ini terpaksa dilupakan sebab tiada tuntutan solat berjemaah yang disarankan terhadap perempuan; jangan pula sampai tak solat ini memang terlarang. Perempuan lebih afdal solat di rumah. Ini memang jelas ajaran Islam.

Solat sendiri di rumah, atau nak pahala berganda boleh berjemaah dengan keluarga di rumah. Tidak mesti ke surau sebab biarpun memasak bukan wajib bagi wanita; tetapi jika berniat ikhlas ketika memasak itu pun ibadah juga. Seperti waktu Maghrib yang pendek; selalunya jika isteri bekerjaya waktu Maghrib itulah saat paling sibuk kena solat, kena masak takkan sibuk berkejar ke surau.

Insya-Allah pahala memasak untuk keluarga itu jauh lebih besar ganjarannya berbanding pahala sembahyang berjemaah buat seorang isteri.

TETAPI jika ada peluang atau waktu senggang ke masjid atau surau pun dekat dengan rumah apa salahnya sembahyang jemaah di surau setelah urusan rumah tangga usai.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup tujuh pintu Neraka dan akan terbuka pintu-pintu Syurga. Masuklah dan mana saja pintu yang disukainya dengan tidak dihisab."

Sebab itu para isteri kena tahu; solat jemaah tak dituntut oleh agama bagi para muslimah; lebih afdal solat di rumah; Solat para isteri di rumah itu lebih sempurna di sisa Allah berbanding solat di surau atau masjid.

Menghidangkan air buat suami pahalanya seperti puasa sunat setahun. Apatah lagi memasak untuk suami & keluarga. Akan tetapi para suami tak boleh menghalang jika isteri minta IZIN untuk solat di masjid atau surau; asalkan jangan timbul fitnah.

17 Januari 2017

Pelan Prabayar Siri 2

Ruj. Kami: BPA.600-1/1/9/106939
Tarikh: 14/01/2013


Tuan/Puan,

KES 131622: PELAN PRABAYAR
 
Saya dengan hormatnya menarik perhatian tuan/puan berhubung aduan yang diterima daripada Haridan Bin Mohd Rodzi, 760829145589, no tel 0126085955, emel idanradzi@yahoo.com  seperti berikut:

(Telefon saya hanya mudah dihubungi adalah Talian Tetap 03 87371884... ada Talian Telefom Bimbit 016 9094343 tapi jarang amat sy buka) 

Kerajaan sebaiknya mengkaji masalah kadar bayaran pengguna telefon bimbit yang mengambil pakej Prabayar/Prepaid. Ada Syarat/Pelan yang berat sebelah bagi pelanggan Pelajar, Pesara serta Warga Emas didera atau dianiaya bilamana tak mampu nak Tambah Bayar/topup sebulan RM30 untuk perkhidmatan sahaja tidak termasuk kadar yang mahal bila berbual. (SMS kini memang berbaloi)

2. Isunya sehari pemilik pakej Prabayar "tidak dapat tidak" kena membayar RM1 atau sebulan RM30 sewa perkhidmatan (mungkin ada sebahagian sempat membeli Youth Clup Hot Link/Maxis tempoh perkhidmatan selama setahun). Bermakna setahun jika mahu hari-hari buat panggilan atau SMS rakyat marhaen kena membayar
RM365. Jika satu keluarga guna dua talian RM730. Lojiknya lebih dari dua talian bagi satu keluarga waima JANDA/Ibu tunggal yang ada anak tunggal sekalipun. RM100 Sebulan sudah pasti jika terlajak SALAM panjang. Telefon bimbit kini adalah keperluan asas dalam kehidupan Negara nak Maju.

2. Itu satu kes; seperkara lagi jika tak ditambah bayar selama 30 hari HANYA DAPAT TERIMA panggilan SAHAJA dalam tempoh 90 hari; biarpun duit MASIH banyak terkumpul di dalam akaun Prabayar. Perlu diingat nombor dan duit yang terkumpul di dalam akaun Prabayar PASTI LEBUR jika kita terlupa tambah bayar dalam tempoh 90 hari (Pakej
Hotlink Youth Club by Maxis untuk sewa perkhidmatan setahun ini memang cantik tapi telah tidak ditawarkan lagi; sebaiknya untuk warga emas juga pesara dapat menikmati pakej ini) Kerugian pelanggan ini yang saya katakan satu cabang aniaya pengguna. Boleh dikatakan SAMUN secara sedar jika pelanggan tak PEKA dengan syarat/pelan ini.

3. Apalah salahnya Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan atau kementerian yang bertanggungjawab memberi lesen kompeni telekomunikasi ini serta JPM pantau bersama: buat kajian rambang cara berniaga yang PATUT; Saya cadangkan DUA syarat/pelan baru dapat DIUAR-UARKAN.

i. Pertama bayaran perkhidmatan RM1 SEHARI ini elok dikaji semula rasanya mahal amat jika kita congak pasti RM365 untuk setahun. Golongan berpendapatan rendah, Warga Emas serta Pesara seperti saya memang terasa mahal amat. Kurangkan kadar sewa perkhidmatan atau tambah tempoh 90 hari tersebut atau sebaiknya ditiadakan sementelah bila pelanggan guna Prabayar berbual atau SMS telah pun untung besar.

ii. Kedua jika duit masih berbaki di akaun Prabayar biarlah perkhidmatan itu TETAP dilanjutkan; pelanggan tak perlulah tambah nilai sampai habis duitnya digunapakai. Secara lojik jika memang baki dalam akaun Prabayar ada sebanyak RM50 kenapa tidak boleh tambah nilai dengan duit tersebut.

(Jika syarat pertama di atas tak lojik tidak menguntungkan atau kompeni telekomunikasi hatta boleh jadi bankrap; Uar-Uarkan sahaja syarat kedua pun sudah bagus)



 Kisah benar: 

Saya pernah guna Prabayar CELCOM 019 2541221, duit di akaun Prabayar memang masih berbaki. Terbabas sehari selepas tamat tempoh 90 hari. Duit hangus serta nombor kesayangan saya hilang. Saya membuat rayuan di Pejabatnya di Jalan Sungai Chua di Kajang untuk mendapatkan semula nombor cantik ini; hujungnya saja yang cantik 1221. Kerani bertugas ketika itu Gadis Melayu bergincu dengan muka TIDAK mesra pelanggan amat kedekut senyum; tak kasi saya tebus semula atau jual semula nombor yang disekat.

Saya telah pakai nombor tersebut bertahun-tahun. Biarpun saya ketika itu saya menawarkan harga RM1,000,000 (sejuta RM). Bergurau saja bukan ada duit sejuta pun. Sejarah nombor kesayangan saya ini amat panjang. Rakan saya Wak Jai kaya yang hadiahkan nombor 019 2541221 ini; dia beli sekitar RM250 sebab 1221 nombor hujung memang mahal di pasaran. Sepatutnya CELCOM bolehlah memberi peluang pelanggannya tebus semula nombor yang telah lama mereka gunapakai. Syarat ini setahu saya telah ada tapi mungkin tak semua Kedai atau staf di Kedai Celcom diberitahu.

Nota kecil :

RM30 jika beli beras "memang mampu menampung makan" (banyaknya M... Mila nama kekasih saya) kami bertujuh sekeluarga untuk SEBULAN; kami jarang tanak beras asyik makan Maggi jika mahu hari ketik (Ketik Bahasa Bandung untuk klik) telefom bimbit. Sebab itu saya jarang buka nombor baru saya ini 016 909 4343 (Lagi cantik) biarpun talian ini masih ujud. Sebab tak ada duit nak tambah bayar; saya hanya pakai talian talian tetap atau telefon awam; duit terkumpul di akaun Prabayar DiGi ini masih ada terkadang sampai RM50 lebih tapi tenguk jumlah sahaja sebab selalunya sebulan saya tambah bayar hanya mampu RM10. Dapatlah sepuluh hari ketik butang telefon bimbit dugong saya. Rasanya perniagaan Prabayar ini terlampau MUNGUGUT duit rakyat... kan gitu.

(Baru ni saya menang Naib Johan Pertandingan Mencipta Puisi hadiahnya tambah bayar/topup lumayan juga jumlahnya. TAPI penajanya lari kalau tak boleh bual sakan melalui telefon bimbit)


2. Sehubungan itu, sukacita dipohon kerjasama tuan untuk mengambil tindakan terhadap aduan ini. Selaras dengan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2009, kerjasama tuan juga dipohon untuk mengemukakan status tindakan yang diambil terus kepada pengadu dan disalinkan kepada Biro Pengaduan Awam dalam tempoh 5 hari bekerja.

3. Kerjasama dan perhatian tuan/puan amatlah dihargai.
.
Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,


b.p. Ketua Pengarah
Biro Pengaduan Awam
Jabatan Perdana Menteri

Respon iDAN:

Semalam saya terima e-mel dari BPA; terasa mat terkilan bilamana Aduan saya dianggap tak kena pada tempatnya; sedangkan telefon bagi saya adalah keperluan asas dalam kehidupan AWAM untuk berkomunikasi; bayangkan jika ofis tak ada telefon; telefon awam dari sepuluh hanya dua atau tiga yang berfungsi. Rumah langsung tak berdering telefon; Bila kecemasan hanya menjerit tak boleh panggil polis atau bomba. Huh payahnya dunia kini.

Kini telah meluas orang guna telefon bimbit (hp) tanpa hp pasti semua mati kutu. Tak banyak duit kita boleh guna pesanan ringkas (SMS). Aku menganggap ini adalah keperluan asas dalam kehidupan moden. Bila BPA dari sebuah kementerian paling teratas tak mahu ambil peduli masalah ini, rasanya ada satu yang tak kena. BPA di bawah JPM ianya . Dulu masa Pak Lah masih bertugas ianya aku kenal melalui Warkah Untuk PM. Pak Lah pernah e-melkan ucapan tahniah sebab aku simpati melihat kehidupan staf kerajaan; dari mula bertugas menjadi Budak Pejabat sampai jadi datuk pun di junjung ke liang lahat terus menjadi Budak Pejabat; biar pun cucunya memanggil atok setiap hari. Sebermula dari situlah aku nampak kebaikan BPA ini; peranannya amat Bagus jika stafnya benar-benar prihatin.

Tak mungkin BPA boleh selesai semua masalah; memang lojik takkan nak NAIK pangkat pun BPA kena selesaikan; tetapi amat wajar sebagai badan Perdana Menteri jikatak boleh selesai semua perkara boleh menegur; jika tak dapat bantu dalam bayak hal peribadi beri pendapat & teguran itu amat wajar. Bila ditegur agar pihak kena tegur itu terima dengan terbuka. Jangan melatah. Fikirkan satu amanah & tanggungjawab secara aman. Lojik atau tak lojik seseorang itu mengadu sampai mengadu ke Ketua Negara.

Agar BPA menjadi serampang dua mata; satu adalah agensi membetulkan staf kerajaan di samping itu apa salahnya BPA jadi sebagai satu wadah rakyat marhaen mencurahkan segala masalah. Dunia telah terbuka; dunia Globalisasi kini di hujung jari kita. Kenapa JPA tidak boleh menjadi satu badan Perdana. PM itu bagaikan satu BAPAK bagi keluarga nan besar.

Tak kiralah badan kerajaan atau swasta; seperti kes di atas memang ianya syarikat swasta kerajaan yang memberikan lesen berniaga Prabayar. Kenapa kerajaan tak boleh pantau jika rakyat telah rasakan mereka berniaga cara untung besar atau tak adil; kadar yang terlalu mahal untuk pelanggan mendapat khidmat Prabayar ini. Sebagai contoh terbaik pasti semua masih ingat bila ianya tanpa saingan; satu SMS zaman dulu berapa sen?... Kini kenapa boleh sampai 1sen. Hatta untuk kebaikan bersama takkan mereka yang mampu tambah bayar sebulan RM10 atau RM30;  setahun kena membayar RM365. Mahal amat. Mana ada pelanggan ini sekadar bayar perkhidmatan bulanan; bayaran panggilan mesti terlajak dari RM30 dalam tempoh sebulan. 

Sudah tiba masanya ianya dikurangkan untuk kemudahan asas kehidupan & kemakmuran rakyat di negara kita.